Monday, March 14, 2011

SERAM!!

14 Mac 2010... (Isnin) @ 9 Rabiul akhir 1432 Hijriah..

Hari hampir Maghrib, dapur masih belum habis kemas lagi. Ah! Lepas ni nak kena bersihkan karpet depan pulak. Habis bedak satu botol budak-budak ni buat main. Hai, penat kat tempat kerja tak hilang lagi dah bertambah pulak dengan penat kat rumah. Kalau abang ada boleh la jugak tolong tengok-tengokkan budak-budak ni.

"Allahu akbar, Allahu akbar..."

Dah azan dah, aku tak mandi lagi. Nak mandi hapenye bedak ni tak setel-setel lagi. Adam dgn Yaya pun dah senyap, tido la tu. Maghrib je tido. Kalau boleh aku tak nak ajar budak-budak ni tido waktu-waktu cenggini, tapi kalo aku tahankan mengamuk sakan pulak diorang ni.

*******************************************************************

Dah 8.15 malam..

Dah siap mandi, baru nak solat. "Dam.. dam dam dam, dumm." Alah, bunyik pulak bende alah ni. Mainan anak aku la ni. Ade pulak yang berkenan nak main maghrib-maghrib ni. Diam la, anak aku nak tido.

"Dam.. dam dam dam, dumm."

"Dam.. dam dam dam, dumm."

Bunyik lagi. Wah, cabar aku nampak. Tak boleh jadik ni. Nanti kau. Al-quran dgn Yaasin cepat-cepat aku capai. Nak solat dulu.

*******************************************************************

Selesai solat aku terus baca Yaasin. Lepas baca doa lepas solat la.. Selesai Yaasin dengan doanya aku sambung baca Al-Mulk pulak. Tengah baca Al-Mulk dah dekat hujung-hujung surah azan Isyak pulak.
Dan-dan lepas azan Isyak dia buat lagi. Aku tak tunggu terus sambung habiskan Al-mulk.

Habis je baca Quran bunyik lagi. Pandai ko ye, time azan, time aku solat, time aku baca Quran, ko senyap. Habis je azan, habis je aku ngaji ko main lagi ye.

"....Ya Allah ya Tuhanku, kau lindungilah anak-anakku, kau lindungilah suamiku, kau lindungilah aku, kau lindungilah kami semua dari gangguan syaitan dan iblis, kau lindungilah kami dari angkara manusia, kau peliharalah rumah kami dari gangguan syaitan dan khianat manusia, kau peliharalah harta benda kami dari gangguan syaitan dan aniaya manusia."

"Dam.. dam dam dam, dumm."

"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Kaulah Tuhan Yang Maha Esa, Kaulah Tuhan Yang Maha Kuasa,  Kaulah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kepada-Mu lah aku bermohon dan berserah. Kaulah sebenar-sebenar Tuhan, Tuhan sekalian alam. Aku berserah kepada-Mu Ya Allah, lindungilah kami semua dari segala gangguan syaitan dan iblis. Amin ya Rabbal 'aalamiinnn.."

Senyap...

Sunyi.....

Sepi...

Alhamdulillah. Anak-anak aku masih tenang tido. Terasa kuat sikit semangat aku yang lemah ni. Air wudhuk tak batal lagi. Pape hal pun solat Isyak dulu.

********************************************************************

"Eh! Kakak dah bangun. Nak makan?"

Angguk.

"Kejap ye, ibu lipat telekung dulu."

********************************************************************

"Ni yantai Mak Su ni, Mak Su bagi Yaya pakai." "Yelah, yelah. Kakak makan la senyap-senyap, jangan bising-bising, nanti adik bangun nanti cam ne ibu nak buat keje."

"Yelah, kakak tau, mane de kakak bising. Kan kakak senyap ni, ha tengok, kan kakak senyap ni." Hmmm, cakap-cakap tu pun bising la jugak kakak Yaya oiii...

"Ehek.. ehek.." Ha, kan dah cakap. Adik dah bangun. Hmm, nak nyusu dulu la ni.

"Dam.. dam dam dam, dumm."

Eh, tak habis lagi.

"Bu, kakak takut, die bunyi. Siapa main bu, kakak takut." Yaya dah hampir-hampir nak nangis. Tak boleh jadi ni. Aku tak boleh tunjuk penakut. Aku je yang ada sekarang utk protect budak-budak nih.

"Tak de pape Yaya, angin je tu. Die tiup-tiup tertekan mainan tu sekali."

"Dam.. dam dam dam, dumm.. Dam.. dam dam dam, dumm."

"Bu, kakak takut. Kat mana tu bu? Kakak takut la, kakak tak nak makan."

"Tak de pape Yaya, tu angin. Buat  pe kakak nak takut, kakak kan strong."  "Tak, kakak tak strong. Kat man tu bu? Kakak takut la."

"Dam.. dam dam dam, dumm. Dam.. dam dam dam, dumm."


"Alah, tu angin je la Yaya. Kakak jangan takut. Kakak makhluk paling sempurna dari semua benda. Kakak ada perasaan, kakak ada akal, kakak ada nafsu, kakak boleh kawal nafsu kakak dengan akal kakak. Tak de makhluk lagi sempurna dari kita Yaya." Aku tau budak kecik umur 3 tahun 4 bulan ni mana la tau benda-benda ni semua, mana la faham. Saje je aku cakap cam tu.

"Dam.. dam dam dam, dumm. Dam.. dam dam dam, dumm."

"Dam.. dam dam dam, dumm." Amboih, lebih-lebih nampak. Ini dah melampau.

"Bu, kakak takut. Ibu duduk la sini, kat belakang kakak ni."

"Kakak jangan takut. Kakak strong, sebab kakak ada tangan. Sape-sape kacau kakak, kakak boleh tumbuk je. Kakak ade kaki, boleh sepak-sepak. Angin mana de tangan, mane de kaki. Dia boleh tiup angin je."

"Dam.. dam dam dam, dumm. Dam.. dam dam dam, dumm." 

"Kakak cakap, jangan main kat sini, kalau nak main pegi la main kat bawah. Kat bawah tu ada banyak mainan."

"A-ah, kakak ada tangan, nanti kakak tumbuk die, nanti kakak sepak dia ngan kaki kakak, kan bu. Pegi.. Pegi main kat bawah, jangan main kat sini. Kat bawah tu ada banyak mainan."

"Ha, jangan bising-bising. Jangan takutkan kakak. Nanti kakak berdoa dgn Allah mintak halaukan dia, ye. Allah tu kuat, haa."

"A-ah kan, Allah tu kuat. Jangan bising-bising la, nanti Rasulullah marah." Hmmm, Yaya.. Kalau dia tak bagi orang buat pape memang ayat dia, "..nanti Rasulullah marah.."

"Dam.. dam dam dam, dumm. Dam.. dam dam dam, dumm."  Ish, sialan! Memang gampang! Siap kau, aku cabut bateri bende alah ni.

Bismillahirrahmanirrahiiimm... Jangan kau kacau pape lagi. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau anak-anak aku!

"Ok, kakak jangan takut ye. Dah, habiskan nasik tu. Duduk diam-diam, makan. Pas ni kita tido ye.."

*************************************************************

p/s : Ini bukan cerita dongeng semata-mata. Bak kata Pendekar Mustar (ke Mastur ek? konpius..) "Ini betul-betul, bukan cobaan." Tapi bunyi-bunyi mainan mungkin hanya kebetulan semata-mata. Mana la tau kot-kot mainan tu dah jem ke pasal asyik kene baling je. So, sensitif tak bertempat, tu yang asyik berbunyik je tuh.

Agaknyeeeee... Iye kan je lah. Jangan pk lain sudahhh..

No comments:

Post a Comment