Selepas baca back ground Turki sila-sila lah baca pulak kisah pemimpin terakhir Daulah Khilafah tersebut. Link asal? Of kos ada kat sini.
*********************************************************************************************************
Ini adalah sejarah Islam yang perlu kita tahu. Antara lain tanda kejayaan Islam di benua Eropah ialah dengan berkembangnya wilayah kedaulatan Khilafah Othmaniah Turki. Selama berabad-abad, kerajaan Islam tersebut berjaya memantapkan pengaruhnya di Eropah Timur, Balkan, dan Mediterranean.
DIPERALAT OLEH ORANG KEPERCAYAAN SENDIRI
Dalam buku itu disebutkan bahawa kaum Yahudi mesti mempunyai negara sendiri. Oleh itu, Yahudi lantas mengadakan pertemuan pertama di Switzerland pada 29-31 Ogos 1897 untuk meletakkan asas pembentukan negara Yahudi di Palestin. Selepas persidangan itu, pergerakan Yahudi semakin aktif. Ini menyebabkan Sultan Abdul Hamid mengeluarkan keputusan tahun 1900 untuk tidak membenarkan orang-orang Yahudi yang datang ke Palestin dan tinggal lebih daripada tiga bulan. Segala cara dilakukan kaum Yahudi untuk memujuk Sultan Hamid membatalkan keputusannya. Termasuk dengan menawarkan sejumlah pampasan dan pelbagai janji lain. Abdul Hamid enggan menerima tawaran tersebut. Ia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha:”Katakan kepada Yahudi biadap itu, hutang negara Usmaniah bukan sesuatu yang memalukan.”
*********************************************************************************************************
Ini adalah sejarah Islam yang perlu kita tahu. Antara lain tanda kejayaan Islam di benua Eropah ialah dengan berkembangnya wilayah kedaulatan Khilafah Othmaniah Turki. Selama berabad-abad, kerajaan Islam tersebut berjaya memantapkan pengaruhnya di Eropah Timur, Balkan, dan Mediterranean.
Namun begitu
selepas berabad-abad, pengaruh itu beransur pudar. Menjelang masa-masa
kejatuhannya, muncul pemimpin Khilafah Othmaniah iaitu Sultan Abdul
Hamid II. Dengan segala kuasa yang ada, ia cuba untuk terus
mempertahankan pemerintahan Islam di wilayah-wilayah kekuasaannya dari
bahaya yang semakin mengancam, khasnya dari kekuatan Barat dan Yahudi.
KELAHIRAN KHALIFAH
Sultan Abdul
Hamid II dilahirkan pada hari Rabu, 21 September 1842. Nama lengkapnya
adalah Abdul Hamid Khan II bin Abdul Majid Khan dan merupakan anak kedua
Sultan Abdul Majid I (dari isteri keduanya).
Ibunya
meninggal dunia semasa beliau berusia tujuh tahun. Abdul Hamid sejak
muda, sudah boleh berbahasa Turki, Arab, dan Parsi di samping mengetahui
bahasa Perancis. Dia juga gemar mempelajari beberapa buah buku
kesusasteraan dan puisi.
Sewaktu
orang tuanya, Sultan Abdul Majid meninggal dunia, bapa saudaranya, Abdul
Aziz telah diangkat menjadi Khalifah. Abdul Aziz tidak terlalu lama
memegang jawatan Khalifah. Dia dipaksa berhenti dari jawatannya dan
selepas itu dibunuh oleh musuh politik Othmaniah.
Penggantinya
adalah Sultan Murad, anak Sultan Abdul Aziz, namun dia pun disingkirkan
dalam masa yang singkat kerana dianggap tidak layak. Pada tarikh 31
Ogos 1876, Sultan Abdul Hamid dilantik menjadi Khalifah menggantikan
saudaranya, Murad V.
Umat
memberikan baiat dan ketaatan kepadanya. Pada masa itu, dia telah
berumur 34 tahun. Dari tahun 1877 hingga tahun terakhir memerintah pada
1909, dia tinggal di Istana Yildiz. Abdul Hamid menyedari, seperti yang
diungkap dalam catatan hariannya, tentang pembunuhan bapa saudaranya dan
pergantian kepimpinan yang selalu disebabkan adanya konspirasi
menentang Daulah Islamiah (Negara Islam).
Para
sejarawan mengkaji secara mendalam tentang perwatakan Abdul Hamid.
Menurut mereka, Abdul Hamid mewarisi jawatan kepimpinan sebuah negara
besar yang berada dalam keadaan tegang dan genting.
Dia juga
menghabiskan masa lebih daripada tiga puluh tahun yang penuh dengan
konspirasi, peperangan, revolusi, peristiwa-peristiwa dan
perubahan-perubahan yang terus terjadi.
DIPERALAT OLEH ORANG KEPERCAYAAN SENDIRI
Cubaan
pertama yang dihadapi Abdul Hamid adalah Midhat Pasha (1822-1885). Ada
dakwaan bahawa Midhat berasal dari kaum Yahudi Dunnama.
Midhat Pasha
terlibat secara rahsia dalam usaha penyingkiran bapa saudaranya, Abdul
Aziz. Tidak lama selepas dilantik sebagai Khalifah, Abdul Hamid melantik
Midhat Pasha sebagai ketua Majlis Menteri-Menteri kerana Midhat Pasha
amat terkenal pada masa itu.
Midhat Pasha menjadi musuh dalam selimut kepada Khalifah Abdul Hameed II
Pasukan
Khilafah Othmaniyah membuat persiapan untuk menjadi pasukan ketiga
terkuat di dunia dengan kekuatan tentera darat mencapai 700,000 orang.
Sultan Abdul Aziz juga melawat Mesir, Perancis, Inggeris, dan Jerman.
Tujuan
lawatan itu ialah untuk mempengaruhi Perancis supaya berpihak kepada
Daulah Usmaniyah dan supaya Perancis tidak berpihak kepada Rusia. Tujuan
lain adalah untuk menghimpunkan negara-negara Eropah untuk menentang
Rusia.
Tidak lama
kemudian, Inggeris mencadangkan diadakan pertemuan di Istanbul yang
dihadiri oleh para duta kuasa-kuasa besar dengan tujuan untuk mewujudkan
‘perdamaian’ di Balkan. Perjanjian pertemuan akhirnya memaksa Khilafah
Usmaniah untuk melaksanakan beberapa reformasi.
Maka, Midhat
Pasha menjalankan reformasi-reformasi domestik tersebut. Termasuk di
dalamnya pembentukan sebuah perlembagaan demokrasi dan undang-undang
sekular.
Dikelilingi
oleh negara-negara besar, undang-undang itu jelas bertentangan dengan
Islam, yang jika dilaksanakan akan bermakna penghapusan sistem Khilafah
dan bererti mewujudkan sebuah negara yang serupa dengan negara-negara
Eropah lain.
Abdul Hamid,
para ulama serta tokoh-tokoh Islam yang lain menentangnya. Khilafah
menolak memenuhi desakan negara-negara besar. Inggeris berusaha gigih
untuk menghancurkan Khilafah dan mereka berusaha untuk mempastikan
pelaksanaan perlembagaan sekular yang didrafkan oleh Midhat Pasha. Untuk
menghalang niat jahat ini, Abdul Hamid cuba mengurangkan populariti
Midhat Pasha. Akhirnya dia berjaya melepaskan diri dari belenggu Midhat.
Midhat
didakwa merancang pembunuhan Sultan Abdul Aziz. Seterusnya Abdul Hamid
mengalihkan perhatian terhadap musuh luar negara Daulah Islam Usmaniah.
Melalui kebijaksanaannya, dia mampu meramalkan bahawa revolusi komunis
akan berlaku di Rusia dan akan membuat Russia lebih kuat dan lebih
berbahaya.
Istana Yildiz , Pusat Pemerintahan Kerajaan Othmaniah
Pada waktu
itu Balkan yang merupakan sebahagian daripada wilayah kekuasaan Daulah
Islam Othmaniah sedang berhadapan dengan dua bahaya iaitu Rusia dan
Austria. Abdul Hamid berusaha membangkitkan penduduk Balkan dan
menyedarkan mereka tentang bahaya yang bakal dihadapi. Dia hampir
berjaya membuat perjanjian dengan negeri-negeri Balkan tetapi ketika
perjanjian mencapai peringkat akhir, empat negeri Balkan mengambil
keputusan lain dan mengenepikan Daulah Islam Usmaniah. Ini adalah
disebabkan pengaruh Barat dan Russia. Abdul Hamid menyedari bahawa
persekongkolan untuk memusnahkan Negara Islam Usmaniah lebih besar
daripada yang disangkakan.
Persekongkolan
itu melibatkan usaha dari dalam dan dari luar Negara Islam. Dari dalam,
adalah Panglima Pasukan Awni Pasha yang cuba mengheret Daulah Islam
Othmaniyah ke dalam kancah perang Bosnia tanpa persetujuan Abdul Hamid.
Abdul Hamid mengetahui jika terjadi peperangan, maka Rusia, Inggeris,
Austria, Hungary, Serbia Montenegro, Itali, dan Perancis akan menyerang
kerajaan Othmaniyah secara serentak dan memastikan Bosnia dirampas.
Kejatuhan Daulah Islam Othmaniah tinggal menunggu waktu.
Yahudi Mula ‘Menggigit’ Daulah Islamiah
Semua pihak
mahukan sebahagian daripadanya, tidak ketinggalan kaum Yahudi.
Orang-orang Yahudi yang menjadi warga Daulah Islamiah adalah pelarian
dari negara-negara Eropah seperti Sepanyol dan Portugal selepas
pemerintah Islam di Andalus dikalahkan oleh tentera Kristian. Pada tahun
1895, sebuah buku bertajuk Der Judenstaat (Negara Yahudi) karangan Dr
Theodore Hertzl (1869-1904), seorang Zionis dari Hungary, diterbitkan.
Der Judenstaat (Negara Yahudi) karangan Dr Theodore Hertzl (1869-1904)
Dalam buku itu disebutkan bahawa kaum Yahudi mesti mempunyai negara sendiri. Oleh itu, Yahudi lantas mengadakan pertemuan pertama di Switzerland pada 29-31 Ogos 1897 untuk meletakkan asas pembentukan negara Yahudi di Palestin. Selepas persidangan itu, pergerakan Yahudi semakin aktif. Ini menyebabkan Sultan Abdul Hamid mengeluarkan keputusan tahun 1900 untuk tidak membenarkan orang-orang Yahudi yang datang ke Palestin dan tinggal lebih daripada tiga bulan. Segala cara dilakukan kaum Yahudi untuk memujuk Sultan Hamid membatalkan keputusannya. Termasuk dengan menawarkan sejumlah pampasan dan pelbagai janji lain. Abdul Hamid enggan menerima tawaran tersebut. Ia menghantar jawapan kepada mereka melalui Tahsin Pasha:”Katakan kepada Yahudi biadap itu, hutang negara Usmaniah bukan sesuatu yang memalukan.”
Pada tahun
1902, Hertzl untuk kesekian kalinya menghadap Sultan Abdul Hamid dalam
percubaan untuk melakukan rasuah. Diantara rasuah yang disogokkan Hertzl
kepada Sultan adalah :
- 150 juta poundsterling Inggeris khusus untuk Sultan.
- Membayar semua hutang pemerintah Ustmaniyyah yang mencapai 33 juta poundsterling Inggris.
- Membangun kapal induk untuk pemerintah, dengan kos 120 juta Frank.
- Memberi pinjaman 5 juta poundsterling tanpa bunga.
- Membangun Universiti Ustmaniyyah di Palestin.
Semuanya
ditolak Sultan, bahkan Sultan tidak mahu menemui Hertzl, diwakilkan
kepada Tahsin Basya, perdana menterinya, sambil mengirim pesan,
Nasihati Mr Hertzl agar jangan meneruskan rancangannya. Aku tidak akan melepaskan walaupun sejengkal tanah ini (Palestin), kerana Palestin bukan milikku. Tanah itu adalah hak umat Islam. Umat Islam telah berjihad demi kepentingan tanah ini dan mereka telah menyiraminya dengan darah mereka. Yahudi silakan menyimpan harta mereka!! Jika Khilafah Othmaniyah dimusnahkan pada suatu hari, maka mereka boleh mengambil Palestin tanpa membayar harganya. Akan tetapi, sementara aku masih hidup, aku lebih rela menusukkan pedang ke tubuhku daripada melihat Tanah Palestin dikhianati dan dipisahkan dari Khilafah Islamiyah. Perpisahan adalah sesuatu yang tidak akan terjadi. Aku tidak akan memulai pemisahan tubuh kami selagi kami masih hidup.
Al-Quds
(Jerusalem) menjadi sebaagian dari tanah Islam sewaktu Umar bin
Al-Khattab menaklukkan kota itu dan aku tidak akan mencatat sejarah yang
memalukan dengan menjual Tanah Suci kepada Yahudi dan mengkhianati
kepercayaan rakyat.” Tahun 1901, Abdul Hamid mengeluarkan perintah
melarang tanah di Palestin dijual kepada Yahudi.
Tindakan Abdul Hamid ini sesuai sabda Rasulullah SAW: ”Imam adalah perisai (pelindung) yang dibelakangnya kamu berperang dan mendapat perlindungan.”
Dengan penyertaan Yahudi dan Zionis dalam konflik, maka barisan musuh
Islam semakin kuat. Yahudi akhirnya meminta bantuan Inggeris untuk
mewujudkan impian mereka. Setelah Abdul Hamid II digulingkan pada 13 Mac
1909 maka pembentukan negara Yahudi di Palestin semakin dekat. Inggeris
kemudian melancarkan serangan terhadap Khilafah Usmaniyah dan inilah
menjadi punca kejatuhannya. Tahun 1918, Sultan Abdul Hamid II meninggal
dunia.
No comments:
Post a Comment