Memandangkan ramai sangat yang terkeliru pasal batu tergantung semasa nabi mahu dinaikkan ke langit semasa isra' mikraj, maka tuan tanah dengan ikhlas hati mengkompile maklumat dari blog http://qhazanah.wordpress.com tentang batu tersebut, siap buat research lagi utk dapatkan beberapa gambar supaya kita sama2 dapat gambaran yang jelas tentang kedudukan dan suasana batu tersebut. Link asal article tersebut ada di sini tapi ada gambar2 yang dapatkan hasil kerjasama dengan pakcik gugel. hehee... selamat membaca..
____________________________________________________________________________________________
Setiap kali menjelang kalendar Rejab sempena
kedatangan tarikh peristiwa Isra’ Mikraj, pasti gambar-gambar ini
disebarkan ke serata dunia maya dan hasilnya, ramailah yang
mempercayainya..
Berikut adalah gambar-gambar palsu yang kononnya
ia adalah Batu Terapung atau Batu Tergantung seperti yang tercatat
dalam peristiwa Israk Mikraj, tersebar meluas di dalam internet. Dan
juga.. Ia diguna pakai dalam khutbah multimedia di masjid-masjid di
KL..!
Gambar PALSU 1
Gambar
PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus
disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya. (He-eh..? Kan terapung tu ustaz..? )
Gambar PALSU 2
Gambar batu yang serupa dari sudut yang lain. Dah Nampak..?
Gambar PALSU 3
Juga satu lagi sudut gambar palsu ini. Dah jelas..? Belum..?
Gambar PALSU 4
Sekali lagi sudut yang lain gambar palsu ini. Haa.. Jelas..?
Gambar PALSU 5
Tadaa.. ‘Breaking The Magician Code: The Magic Secret Reavealed’. Teknik murahan rupanya.. Guna Photoshop..
Jadi.. Mana yang ASLInya..?
___________________________ …
Berikut yang penulis sertakan adalah gambar ASLI dan SAHIH Batu Terapung yang disebut dalam peristiwa Isra’ Mikraj..
Berikut adalah soal-jawab dari seorang hamba
Allah dengan Dato’ Dr. Haron Din mengenai Batu Terapung / Tergantung
seperti yang dinyatakan dalam sejarah Isra’ Mikraj baru-baru ini.
SOALAN:
Dato’, saya telah melihat gambar dalam
internet dan mendengar beberapa ceramah Israk Mikraj, ada penceramah
menunjukkan gambar batu besar yang tergantung-gantung di Masjidil Aqsa,
Baitulmaqdis. Adakah benar batu itu tergantung-gantung (tidak berpihak
di bumi) dan terlepas daripada tarikan graviti. Pohon Dato’ perjelaskan
apakah yang sebenarnya. – ZAINAL AHMAD
JAWAPAN Dato’ Dr Haron Din:
Tempat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam Dimikrajkan
Ulama umumnya berpendapat Rasulullah
Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermikraj dari satu tempat di Baitulmaqdis
yang disebut sebagai Qubbatul Mikraj (kubah tempat dimikrajkan). Tempat itu juga dikenali sebagai Sakhrah Baitulmaqdis.
Pengalaman Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi
Dalam kitab al-Israk wal-Mikraj oleh Khalid
Saiyyid Ali di halaman 82, atas tajuk yang bermaksud ‘Tempat Nabi
bermikraj’, disebut di bawahnya suatu penulisan (yang bermaksud):
“Berkatalah al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi, ketika membuat penjelasan
(syarah) Kitab al-Muwattak oleh Imam Malik disebutkan, batu besar di
Baitulmaqdis adalah suatu keajaiban Allah SWT.
“Batu itu berdiri sendiri di tengah-tengah Masjidil Aqsa, tergantung-gantung dan terpisah daripada semua bahagiannya dengan bumi. Tidak ada yang memegangnya, melainkan Yang Memegang langit, daripada jatuh menimpa bumi.”
“Di puncaknya dari arah selatan, itulah tempat kaki Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berpijak untuk menaiki Buraq, di sebelah itu agak condong. Dikatakan kerana kegerunannya atas kehebatan baginda Sallallahu ‘Alaihi Wasallam maka batu itu tergantung, saya sendiri takut untuk berada di bawahnya, kerana takut batu itu menghempap saya kerana dosa-dosa saya.”
“Setelah beberapa ketika kemudian, saya pun memberanikan diri dan masuk berteduh di bawahnya, maka saya dapat melihat pelbagai keajaiban. Saya dapat menyaksikan ia dari semua arah. Saya benar-benar melihatnya terpisah dari bumi. Ada arah yang lebih jauh terpisah dari bumi daripada arah yang lain.”
Inilah penulisan yang saya rujuk daripada
penulisan seorang ulama besar yang dikenali dengan nama Ibnul ‘Arabi.
Daripada sinilah timbul cerita demi cerita yang menyatakan batu tempat
Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wasallam tergantung-gantung.
Itu adalah cerita dahulu. Ada sandarannya, ada catatannya dalam
kitab-kitab yang berautoriti, termasuk daripada kitab yang saya sebutkan
tadi.
Batu Terapung Pada Hari Ini Dari Pengalaman Dato’ Dr Haron Din
Ada pun mutakhir ini, saya sendiri
berpengalaman, telah masuk dan melihat batu tersebut, yang sekarang
tempat itu dikenali sebagai Qubbatul Sakhrah atau Rock of The Dome (kubah yang di bawahnya ada batu). Sekarang ini sudah berada di belakang daripada Masjid al Aqsa.
Jika dilihat Masjid al-Aqsa, imam akan
dilihat berada nun jauh daripada arah kiblat dan berakhir kawasan masjid
dengan Qubbatul Sakhrah ini.
gambar-gambar lain
Meneliti Batu Terapung
Saya telah memasuki tempat ini, berpeluang
melihat batu itu dan masuk ke bawahnya. Memang batu itu benar-benar
wujud dan terletak di tengah-tengah bangunan. Gambaran sekarang ini,
batu itu jika dilihat daripada bawah, seolah-olah seperti sebuah payung
besar, seperti gua yang kita berada di bawahnya. Saya menganggarkan
keluasan tempat itu, sebesar ruang solat untuk 20 atau 25 orang, jika
untuk masuk bersesak-sesak boleh sampai 150 orang.
Keadaan Berubah
Merenung batu itu dengan cermat, saya dapati
ia sekarang terletak di atas fondisi konkrit batu yang kukuh. Di
segenap arahnya berpijak ke atas fondisi itu dan tidak nampak pun ia
tergantung seperti yang dijelaskan di atas. Semasa lawatan itu, saya
kebetulan bertemu dengan Imam Besar Masjid al-Aqsa yang berada di situ,
di samping pemandu pelancong kami. Mereka menyatakan memang dahulu batu
besar yang macam payung itu tergantung-gantung.
keadaan di dalam Qubabtul Sakhrah, permukaan atas batu tergantung.
lagi permukaan atas batu tergantung
beberapa pelawat mengintai batu dari atas Qubbatul Sakhrah
Kegerunan Hati Manusia
Oleh kerana banyak pembesar-pembesar negara dan banyak pelawat-pelawat luar datang, mereka terperanjat dan amat gerun
dengan keadaan batu itu, banyak yang tidak berani masuk di bawah batu
itu, kerana takut tiba-tiba batu itu menghempap. Memandangan hal
keselamatan penting dan mengelak daripada berlakunya berbagai tanggapan
orang ramai ke atas keadaan yang unik itu, maka pihak berkuasa mengambil
tindakan membina fondisi yang menyambung batu itu dari bumi.
Gambar Batu Terapung dari sudut atas.
Mengapa Berubah..?
Ketakutan pembesar-pembesar zaman ini samalah seperti yang dirasai oleh al-Imam Aku Bakar Ibnul ‘Arabi seperti dalam bukunya.
Maka atas itulah batu tersebut sudah tidak
lagi kelihatan tergantung-gantung, tetapi ia menjadi seperti sebuah
bangunan yang di bawahnya boleh dimasuki, ia kelihatan seperti sebuah
batu biasa yang dapat dilihat. Wallahua’lam.
nota tambahan:
Ada 2 bangunan masjid di kawasan tersebut. Bangunan yang berkubah emas adalah bangunan yang terdapat Batu Terapung di bawahnya manakala Masjid Al Aqsa adalah berkubah biru tua..
Di sebabkan ia terletak dalam kawasan yang berhampiran, maka ramai yang menganggap bahawa kubah emas adalah Masjid Al Aqsa.
Kubah emas inilah mendapat gelaran ‘Qubbatul Sakhrah’ kerana di bawahnya terdapat Batu Terapung tersebut..
Manakala Masjid Al Aqsa adalah masjid yang berhampiran dengan Qubbatul Sakhrah..
Ada pandangan yang mengatakan tidak salah juga digelar Masjid Al Aqsa kerana ia berada dalam kawasan yang berhampiran..
Dan dari pandangan Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi seperti yang dijelaskan; ia asalnya berada ditengah-tengah Masjid Al Aqsa. bermaksud asal kawasan liputan Masjid Al Aqsa adalah luas dan pada awalnya Batu Terapung tersebut di tanah lapang dalam lingkungan kawasan Masjid Al Aqsa.
nota tambahan:
Ada 2 bangunan masjid di kawasan tersebut. Bangunan yang berkubah emas adalah bangunan yang terdapat Batu Terapung di bawahnya manakala Masjid Al Aqsa adalah berkubah biru tua..
Di sebabkan ia terletak dalam kawasan yang berhampiran, maka ramai yang menganggap bahawa kubah emas adalah Masjid Al Aqsa.
Kubah emas inilah mendapat gelaran ‘Qubbatul Sakhrah’ kerana di bawahnya terdapat Batu Terapung tersebut..
Manakala Masjid Al Aqsa adalah masjid yang berhampiran dengan Qubbatul Sakhrah..
Ada pandangan yang mengatakan tidak salah juga digelar Masjid Al Aqsa kerana ia berada dalam kawasan yang berhampiran..
Dan dari pandangan Al-Imam Abu Bakar Ibnul ‘Arabi seperti yang dijelaskan; ia asalnya berada ditengah-tengah Masjid Al Aqsa. bermaksud asal kawasan liputan Masjid Al Aqsa adalah luas dan pada awalnya Batu Terapung tersebut di tanah lapang dalam lingkungan kawasan Masjid Al Aqsa.
No comments:
Post a Comment