Kisah diceritakan oleh mujahiddin Malaikat turut berperang bersama Mujahidin melawan rejim Syiah Assad
"(Ingatlah), ketika
kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu diperkenankan Nya bagimu:
Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepadamu dengan seribu
malaikat yang datang berturut-turut". (Surah Al-Anfal 10)
Ada kisah menarik
daripada sukarelawan Hilal Ahmar Society Indonesia(Hasi) yang baru
sahaja tiba di Syria dan membuat laporan di bangunan Dewan Dakwah
Islamiah Indonesia(DDII) pada hari Selasa (11/12/2012). Abu Yahya,
penyelaras sukarelawan Hasi menceritakan kisah seorang bekas tentera
Bashar Assad yang bertaubat lalu bergabung dengan mujahidin.
Kepada bekas tentera itu, para mujahidin sempat bertanya kenapa para
tentera Assad yang berjumlah 1500 orang di Jabal Akhrod tidak berani
melakukan serangan terhadap mujahidin Syria yang hanya berjumlah 150
orang. Dari segi kekuatan (jumlah) dan persenjataan, mujahidin sangat
lemah dari tentera rejim syiah Assad.
Mendengar soalan itu, bekas tentera Bashar Assad ini berasa hairan dan
bertanya. "Siapa kata jumlah mereka sedikit? Kami setiap malam melihat
kamu dengan berpakaian putih bergerak dari satu lembah ke lembah lain
sehingga kami berfikir dulu untuk menyerang, "kata bekas rejim syiah
Assad tersebut.
Kisah yang berlaku di
atas bukan terjadi sekali itu. Cerita lain muncul ketika mujahidin
hendak melakukan serangan terhadap konvoi 50 trak yang dinaiki tentera
rejim Bashar Assad. Hingga pada satu tempat berlaku tembak menembak di
antara mujahidin dengan tentera rejim Assad. Oleh kerana mujahidin
memang sudah merancang serangan tersebut menyebabkan tentera Bashar
Assad berundur.
Namun ketika serangan berlaku, tiba-tiba muncul kejadian di luar
jangkaan mereka. Helikopter dan pesawat pejuang datang seperti hendak
menyerang pihak mujahidin. Tentu mujahidin membuat kesimpulan bahawa ini
bantuan dari pihak Bashar Assad untuk menyerang mereka. Kita ketahui
bahawa sehingga kini mujahidin Syria langsung tidak mempunyai
kelengkapan perang seperti pesawat. Mereka bertempur hanya melalut darat
dengan persenjataan yang mundur jika dibandingkan dengan senjata milik
rejim Assad.
Mengukur jumlah mujahid dan persenjataan yang terhad, komando mujahidin
mengarahkan untuk segera mengosongkan tempat pertempuran dan masuk ke
gunung-gunung untuk mengatur strategi. Satu keajaiban berlaku, ketika
mujahidin sudah berundur, bunyi tembakan masih terus berlaku. Muncung
dan desingan peluru seperti tidak berhenti walaupun tidak ada satu
mujahidin pun berada di lokasi pertempuran tersebut. Komando mujahidin
bertanya dalam hati, siapakah sebenarnya yang sedang berperang melawan
tentera Bashar Assad. Dia kemudian memeriksa jumlah mujahid yang ada
untuk memastikan jika ada mujahidin yang tertinggal dan melakukan
serangan terhadap tentera Assad. Namun dari perkiraan tersebut seluruh
mujahidin sudah masuk ke dalam gunung.
Hingga matahari terbit dan mereka yakin keadaan telah selamat, barisan
mujahidin turun dari gunung dan terkejutnya apabila mereka melihat
sebahagian tentera Assad telah terbunuh. Sebahagian yang lain mengalami
luka parah akibat pertempuran hebat tersebut. Tentu kejadian ini menjadi
seribu tanya bagi Abu Yahya, sukarelawan Hasi yang menghabiskan masa
selama satu bulan di Desa Salma, daerah Jabal Akhrod, Syria dan
mendengar kisah ini langsung dari mujahidin.
"Siapa pula yang berada di dalam pesawat dan helikopter untuk melawan
tentera Syria?" diam Abu Yahya dengan seribu tanda tanya di depan para
awak media yang juga diliputi kehairanan.
Subhanallah, inilah ayaturrahman yang muncul dalam Jihad di bumi Syam.
Fakta yang menjadi bukti bahawa mujahidin tidak berseorangan. Mereka
bersama Allah untuk berperang menegakkan Islam di Syria dan melawan
kezaliman regim Syiah Nushairiyyah terhadap umat Islam. Semoga ini
menjadi khabar baik bagi kemenangan mujahidin dan tegaknya Islam di
Syria. Tentu jika kita mendengar kisah dari mujahidin, kita akan sangat
faham siapakah bala tentera yang tiba-tiba datang membantu para
mujahidin melawan tentera Assad.
"(Ingatlah), ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu, lalu
diperkenankan Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala
bantuan kepadamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut".
(Surah Al-Anfal 10)
Diterjemahkan dari sumber Islampos.com/detikislam
No comments:
Post a Comment