Wednesday, January 30, 2013

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

sedikit perkongsian ilmu dicedok dari http://spanarburuk.blogspot.com


11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


link asal article : http://spanarburuk.blogspot.com/2012/08/11-orang-yang-mendapat-doa-malaikat.html

Tinggal dunia glamor demi Islam

dicedok dari http://www.halimislam.com
 
ISLAM telah membuka mata anak muda kelahiran Brooklyn, New York, Amerika Syarikat ini yang suatu masa dahulu terlibat dengan penjualan dadah di jalanan sebelum beralih ke dunia hiburan hip hop

Dua mimpi yang menjadi igauan sepanjang hidup bergelumang dengan dosa itu akui Jason Perez ialah dia pasti akan meringkuk dalam penjara ketika usianya mencecah 21 tahun. 

Manakala mimpi keduanya pula ialah walau bagaimanapun dia cuba mengelak semua itu daripada berlaku, dia tetap akan berkesudahan dengan kematian.

Rupa-rupanya, kedua-dua mimpi ngeri Jason itu ternyata benar. Uniknya, Jason kini bernafas semula dengan nama Islamnya, Jason Hamza Perez.
 
 
                       Jason Hamza Perez berusaha membantu mereka yang hidup di jalanan kembali kepada jalan kebenaran.

"Saya tidak tahu tentang nafsu. Islam menyedarkan saya bahawa di jalanan anda selalu mencari musuh. Namun, dalam Islam ia mengajar saya bahawa dalam rangka untuk menemukan musuh saya, saya harus melihat diri di cermin terlebih dahulu. Hakikatnya, musuh saya adalah diri saya sendiri iaitu nafsu saya," akui Hamza.

Tayangan dokumentari bertajuk, The New Muslim Cool yang pernah menjadi isu hangat rakyat Amerika Syarikat suatu ketika dahulu, sedikit sebanyak mengandungi pengalaman hijrah akidah dan kerohanian Hamza sebaik bergelar Muslim. Dokumentari itu turut menyelitkan pandangannya yang berketurunan Puerto Rico tentang agama.

Kini, Hamza telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia muzik dan hip hop yang suatu masa dahulu digilainya. 

Menurut Hamza, dia mengambil keputusan muktamad itu dengan alasan memberikan lebih tumpuan kepada keluarga, membantu mengukuhkan fungsi masjid dan melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan secara profesional. 

Malah isteri Hamza, Jennifer Maytorena Taylor merupakan generasi keempat Muslim keturunan Afrika di Amerika Syarikat, yang juga pengarah dan penerbit dokumentari, The New Muslim Cool.

Hamza membentuk sebuah komuniti yang terdiri daripada orang keturunan Latin dan Afrika-Amerika yang mana akhirnya ia berpindah dari Massachusetts ke Pittsburgh.

Dia menjadi begitu aktif dengan anggota komuniti tersebut sehingga sanggup bekerja keras demi membantu insan-insan yang terlibat dengan penagihan dadah keluar daripada kehidupan di jalanan.

Akhirnya, dia berakhir di penjara sebagaimana yang sering dimimpikan sebelum ini. Ironinya bukan sebagai rakan satu sel tetapi sebenarnya Hamza menjadi guru agama atau pendakwah di Penjara Allegheny County. 

Berkongsi cerita bagaimana dia boleh bertukar menjadi seorang Muslim akui Hamza, dia mempunyai seorang teman bernama Louie Ekuador. Mereka membesar bersama dan kemudian sama-sama juga terlibat dalam penjualan dadah. 

"Saya mencari kebahagiaan sebagai orang muda, tetapi saya tidak pernah menemuinya. Saya mencuba kehidupan jalanan dan dadah, tapi itu hanya membuat saya menjadi lebih tertekan.

"Biarpun kami berjaya mengumpulkan wang yang banyak, sayangnya ia tidak memberi apa-apa kepuasan, jauh sekali kebahagiaan. Suatu hari, sedang kami duduk melepak, kami didatangi oleh seorang Muslim. Dia mula bercerita tentang Islam. Akhirnya kawan saya itu menjadi Muslim," ceritanya. 

Kebetulan pula, rumah kediaman Hamza berhadapan dengan sebuah masjid. Cuma dia tidak pernah tahu tentang Islam dan ajarannya. Satu-satunya perkara yang dia tahu mengenai Islam ialah mereka membunuh kambing. 

"Jadi, dalam masyarakat, masjid mereka lebih dikenali sebagai tempat di mana kambing dibunuh. Memang benar, saya rapat dengan bangunan itu tetapi tidak benar-benar tahu tentang apa yang terjadi di dalamnya. Kawan saya, Louise akhirnya memeluk Islam dan menghilang diri selama 40 hari. Khabarnya, dia pergi dengan Jemaah Tabligh menyebarkan Islam.

"Namanya pun sudah berubah menjadi Luqman. Suatu hari Luqman datang berpakaian serba putih dengan seorang syeikh bernama Iqbal. Pada masa itu saya dan beberapa teman jalanan sedang bermain dadu, minum, dan merokok. Saya terpegun melihat Louise, wajahnya kelihatan bercahaya. Saya boleh melihat perubahan dalam dirinya. 

"Jadi, saya terus meninggalkan yang lain. Saat itu, syeikh ada bertanyakan sama ada saya percaya akan Allah yang Esa dan Nabi Muhammad. Saya tahu tentang Allah tetapi tidak tentang Muhammad. Melihat perubahan pada Louise, tanpa ragu-ragu dan teragak-agak, saya minta diajar mengucapkan dua kalimah syahadah, di tepi jalan itu juga. Adik saya yang menyaksikan insiden itu juga, ikut bersyahadah," katanya.

Terang Hamza lagi, berita pengislaman itu diterima sedih oleh keluarganya. Pun begitu, apabila mendapati dengan cara itu dia adik beradik bebas daripada dadah dan kegiatan berbahaya, ibu bapa mereka merestuinya. 

"Ibu saya sangat menyokong kerana saya berubah menjadi seorang anak yang memberatkan ibu, membantu dalam urusan keluarga dan melakukan apa sahaja yang dimintanya.

"Dulu sebelum menjadi Muslim, saya tidak pernah ambil kisah tentang ibu. Perubahan dalam diri saya turut menarik kakak saya untuk bergelar Muslim. Kemudian, salah seorang rakan saya ikut jejak. Akhirnya, lebih daripada 55 orang kenalan saya memeluk Islam," jelasnya.

Langkah seterusnya yang diusahakan Hamza ialah kembali ke tempat di mana mereka menjual dadah dan memasang papan tanda bertanda Heroin membunuh kamu dan Allah menyelamatkan anda!
Hasilnya, ramai daripada mereka terpengaruh.

Ditanya masalah yang dihadapi sebagai Muslim jelas Hamza pada peringkat awalnya, dia bagai hilang arah kerana beranggapan terpaksa menurut apa yang diperkatakan oleh Muslim lain. 

"Saya jadi keliru apabila ada beberapa orang Muslim, mengajar saya untuk melihat Muslim lain dan mengkritik umat Islam lain. Antaranya dalam aspek penampilan seperti Muslim yang berjanggut panjang dan 'pakaian aneh' mereka.

"Sampai satu peringkat, perbuatan mengkritik orang menjadi lebih kerap sementara mengingat Allah menjadi sedikit. Saya mulai rasa kehilangan nikmat kemanisan yang dialami ketika pertama kali menjadi Muslim. 
Namun, saya lakukan transformasi besar bersandarkan pernyataan, hanya melihat kesalahan diri, bukan kesalahan orang," katanya
 
link asal article http://www.halimislam.com/2012/03/tinggal-dunia-glamor-demi-islam.html

Briged al Qassam – Generasi muda perindu syahid…

dicedok bulat-bulat dari blog http://zainurrashid.com
*'saya' di dalam article ini adalah Dr. Zainur Rashid  Zainuddin





Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.


Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.


Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.
Di kesempatan yang ada ketika menyertai misi kemanusiaan di Gaza kali ini, saya telah mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai pergerakan ini daripada masyarakat setempat di sana.

Beberapa kali mendengar bunyi letupan di sana sini sepanjang keberadaan kami di Gaza, Namun masyarakat umum termasuk Israel juga amat mengetahui bahawa Briged al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang kuat dan mampu membuat pelbagai kejutan.

Alhamdulillah dengan takdir yang ditentukanNya pula, saya berpeluang untuk mengenali Briged al-Qassam ini dengan lebuh dekat melalui kunjungan ke pusat latihan mereka setelah mendapat jemputan daripada pimpinan kerajaan yang memerintah Semenanjung Gaza. Saya berpeluang menyaksikan sebuah satu demonstrasi latihan ketenteraan yang jarang-jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi kepada pengunjung dari luar Negara.

Objektif penubuhan al Qassam
Objektif  utama penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.

Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai kira0kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30 tahun.  Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.

Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.

Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :

1-Gigih berpegang dengan ajaran Islam
2-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
3-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah                                                                                        4-Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
5-Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6-Mencintai dan bersedia untuk syahid

Saya telah diberitahu bahawa briged ini juga mempunyai skuad wanita walau pun mereka tidak berada di barisan depan ketenteraan. Pernah sekali tentera al Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan dikepung oleh tentera Israel di dalam sebuah masjid, mereka telah menghantar tentera wanita yang tidak berpakaian seragam pada ketika itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terkepung, Tentera al Qassam ini kemudiannya berjaya keluar dengan berlakon sebagai orang-orang awam. Walau pun Briged al Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam operasi tersebut tetapi mereka tetap Berjaya kerana ramai di kalangan anggota utamanya yang dapat diselamatkan.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di wilayah Gaza bukan kerana serangan ketentaraan Israel sebaliknya adalah daripada sesi latihan al Qassam.

Briged al Qassam ini juga sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel.
Saya juga berkesempatan menyaksikan satu sesi latihan ketenteraan Brideg al Qassam ini yang menggunakan peluru hidup, bom tangan, senapang AK-47, mesingan dan roket grenad. Bergegar rasanya hati kecil ini ketika menyaksikan demonstrasi yang cukup membuktikan kehebatan generasi muda Palestin ini.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua pemuda-pemuda ini berkumpul dan bersujud syukur sebagai satu amalan penting pada setiap kali tamat satu pertempuran melawan tentera Zionis.

Dengan pelbagai maklumat dan diikuti oleh pertemuan yang bermakna ini, saya pasti bahawa mereka adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh pasukan tentera penjajah Israel yang berjumlah seramai 720,000 orang yang turut mempunyai pelbagai  kelengkapan teknologi ketenteraan yang canggih
Pemuda Briged Al-Qassam melakukan sujud syukur setiap kali pulang daripada bertempur dengan tentera Israel.

Sebelum berpisah, seorang pemuda al Qassal menghampiri saya dan bertanya asal usul kami. Apabila diberitahu daripada Malaysia, dia lantas menjawab bahawa tanah ini juga milik umat Islam di Malaysia. Tentunya jawapan ini begitu mendalam dan menggugah hati sanubari saya.

Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al Qassam atau tidak, kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana mereka biasanya mengistiharkan diri mereka sebagai al Qassam secara terbuka.

Tuesday, January 29, 2013

KULIT DAN SEKSAAN DI NERAKA

credit to : myibrah.com



Allah SWT berfirman di dalam al-Qur’an, yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang KUFUR INGKAR kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan MEMBAKAR MEREKA DI DALAM API NERAKA. Tiap-tiap kali KULIT mereka MASAK HANGUS, Kami gantikan untuk mereka KULIT yang lain supaya mereka dapat MERASA AZAB SENGSARA itu dan (ingatlah) sesungguhnya ALLAH adalah MAHA KUASA, lagi MAHA BIJAKSANA.” (Surah an-Nisa; 56)

Ayat di atas merupakan salah satu peringatan dan ancaman dari Allah SWT kepada umat manusia yang kufur ingkar kepada ayat-ayatNya. Saudaraku, pernahkah terlintas di fikiran kita, mengapa di dalam ayat ini Allah SWT menyatakan KULIT ?
Setelah memasuki Block Dermatology dan Musculoskeletal System baru ana mengerti akan KEMUNGKINAN (sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala susatu) kenapa kulit yang Allah Nyatakan di dalam ayat ini. Jadi, marilah kita sama-sama telusuri dan berkongsi sedikit ilmu dan pandangan mengenai hal ini. Bukti Kebesaran Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Kulit
Kulit merupakan organ terbesar yang Allah SWT ciptakan pada tubuh kita. Ia meliputi 16% daripada berat tubuh. Secara histologi, kulit dapat dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu :
1. Epidermis – lapisan paling atas yang berasal dari ectoderm
2. Dermis – lapisan connective tissue di bawah epidermis yg berasal dari mesoderm
3. Subkutan – lapisan kulit paling bawah dan mengandung banyak sel lemak.
Histologi kulit manusia
Terdapat beberapa reseptor yang Allah SWT ciptakan pada kulit manusia. Antaranya ialah:
1. Mechanoreceptor – receptor yang menerima ransangan tekanan, sentuhan & getaran.
2. Thermoreceptor – receptor yang menerima ransangan suhu (sejuk/panas)
3. Nociceptor – receptor yang menerima ransangan sakit.
Walaupun terdapat banyak receptor di kulit kita, tetapi receptor sakit merupakan receptor yang paling menarik minat saya. Jika ditinjau dari aspek neurologi, threshold receptor sakit lebih tinggi berbanding receptor-receptor lain. Jadi, ia hanya dapat mengesan stimulus yang melampau. Sebagai contoh, jika terdapat ransangan panas, ia akan dikesan oleh termoreceptor. Tetapi, jika haba yang diberikan terlalu banyak (melampau) maka reseptor pula sakit akan teransang.
Sakit
Saudaraku, rasa sakit didefinisikan sebagai suatu deria dan pengalaman emosi yang tidak disenangi, yang berasal dari stimulus yang dapat menyebabkan kecederaan atau yang berpotensi menyebabkan kecederaan pada tubuh. Rasa sakit merupakan amaran kepada kepada kita bahawa ada ‘something wrong’ pada tubuh. =)
Kadang-kadang, dalam menghadapi kesakitan, kita mengeluh seolah-olah tidak redha dengan ketentuan tuhan. Dan yang lebih menyedihkan, ada yang “memaki” Tuhan di atas sakit yang menimpa.
Saudaraku sekalian, pernahkah kita terfikir bahawa di saat kita sedang merasai kesakitan, sebenarnya kita juga sedang mengecapi nikmat dari Allah SWT, Tuhan semesta alam? Nikmat yang saya maksudkan di sini ialah nikmat berupa keupayaan tubuh kita untuk mengesan rasa sakit.
Saudaraku, cuba kita bayangkan bagaimana keadaan kita jika Allah SWT mematikan semua nociceptor pada tubuh kita. Mungkin ada orang yang berpendapat “Syok la klo cenggitu, klo nak branak pun x la sakit” =p.
Tapi saudaraku, tanpa receptor sakit, kita tidak akan sedar yang tubuh kita sedang mengalami kecederaan. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami appendicitis (biasa orang sebut kne appendix) tidak akan tahu bahawa peradangan sedang terjadi di appendixnya. Maka dia akan tetap “tenang-tenang aja” (bak kata orang Medan), sedangkan inflamasi yang sedang terjadi boleh menyebabkan appendixnya pecah dan menyebabkan keadaan yang lebih parah.
Tanpa rasa sakit, orang yang mengalami kemalangan tidak akan sedar bahawa tulang rusuknya telah patah (close fracture) dan lebih teruk lagi, jika tulang yang patah itu menikam paru-paru atau jatungnya.
Penderita Coronary Heart Disease mungkin tidak dapat didiagnosis penyakitnya tanpa angina pectoris (sakit dada). Akhirnya, jantungnya mengalami ischemia (x cukup oksigen) kerana penyumbatan pada artery coronary (saluran darah yang membawa darah ke otot jantung) dan akhirnya dia mati akibat gagal jantung (heart failure), tanpa sempat didiagnosis dan diberikan terapi.
Maka benarlah bahawa menderita kesakitan juga merupakan salah satu nikmat dari nikmat-nikmat dari Allah SWT yang tidak terhitung banyaknya. Dan perkara ini membuktikan kebenaran firman Allah SWT di dalam al-Qur’an, yang bermaksud ;
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya…” (Surah an-Nahl;18)
Maka, sepatut dan seharusnyalah kita bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita.
Allah berfirman di dalam surah Ibrahim, ayat ke-7 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu berfirman: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih.” (Surah Ibrahim;7)
Tetapi saudaraku, syukur tidak cukup hanya dengan lafaz “Alhamdulillah” tetapi, syukur kita haruslah dizahirkan dengan mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
Mantapkan amalan fardhu. Perbanyakkanlah amalan sunat. Kadang-kadang, ada orang menyangka bahawa dengan amalan fardhu sahaja sudah cukup baginya. Saudara, apakah kita akan berpuas hati jika setiap kali kita makan, hidangan yang disediakan hanyalah nasi putih, tanpa lauk pauk yang enak? Semestinya kita jemu bukan? Begitulah juga halnya dengan ibadah kita. Tanpa ibadah sunat, kita tidak akan dapat merasa apa yang dikatakan manisnya iman.
Seksaan Neraka
Saudaraku, jika kita merujuk kembali kepada terjemahan ayat ke 56 Surah an-Nisa, sedarkah kita betapa dasyatnya seksaan yang Allah sediakan bagi orang yang kufur? Kulit kita yang terbakar disiat oleh Malaikat Zabaniyah lalu Allah SWT menngantikannya dengan kulit yang baru, lalu di bakar lagi, dan disiat lagi. Begitulah halnya berterusan tanpa henti. Tujuan rasa sakit yang Allah ciptakan bukannya lagi berfungsi sebagai amaran bahaya tetapi kini berubah menjadi SEKSAAN. (Sedih saat ana menjalankan praktikum fisiologi dimana kami diminta menyediakan preparat nerve muscle dari katak. Semasa ana menyiat kulit katak, ana terbayangkan bagaimana menderitanya kita jika kulit kita disiat di neraka – na’uzubillah )
Rasulullah SAW bersabda ;
“Seksa terkecil bagi ahli neraka di hari kiamat ialah selipar api neraka, yang apabila dipakai, otak akan mendidih disebabkan panasnya”
Abu Hurairah RA berkata ;
“Jika ada seratus ribu orang lebih di dalam suatu masjid, lalu seorang ahli neraka menghembuskan nafasnya di situ, maka matilah semua orang di dalam masjid.”
Ketahuilah wahai diriku dan saudaraku, seseungguhnya Allah SWT telah menciptakan neraka dan kedasyatan untuk penduduknya. Allah SWt berfirman:
“Takutilah mereka dengan hari penyesalan (kiamat), ketika dihukum tentang perkara yang telah dilakukan sedangkan mereka dalam kelalaian dan mereka tiada beriman”. (Surah Maryam;39)
Sungguh, ini semua telah ditentukan dan akan menjadi kenyataan di hari kiamat, yang menghairankan, kita masih tertawa dan terpaut oleh kehinaan dunia. Kita tidak tahu bagaimana keputusan Allah untuk kita.
(Petikan dari Kitab Mukasyafah al-Qulub oleh Imam al-Ghazali)
Jika Allah telah memudahkan mu ke jalan yang baik, bergembiralah, barangkali engkau jauh dari neraka. Jika kau telah berniat ingin baik, tentulah akan dimudahkan buat menuju ke sana. Jika engkau berniat buruk, akan dimudahkan pula jalan ke sana (neraka). Allah Azza Wa Jalla berfirman;
“Sesungguhnya orang-orang yang baik dalam kenikmatan (syurga) dan sesungguhnya orang-orang yang jahat dalam neraka” (Surah al-Infithar;13-14)

Sumber: http://www.soutulislami.blogspot.com/
link article : http://myibrah.com/kulit-dan-neraka
 

BATU HAJARUL-ASWAD ADALAH SUPER CONDUCTOR YANG SANGAT HEBAT

credit to:  www.halimislam.com



Encyclopedia Amerika menulis: "... Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan tawaf ataupun solat di muka bumi ini, nescaya akan terhentilah pusingan bumi kita ini, kerana putaran dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik.

Menurut hasil kajian dari 15 Universiti: menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, iaitu 23,000 kali dari besi yang ada.

Beberapa angkasawan yang mengangkasa melihat suatu sinar yang teramat terang mememancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata berpunca dari Baitullah atau Kaabah. Super konduktor itu adalah Hajaratul Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yang sedang berpancar dan jaraknya mencapai ribuan batu liputan pancarannya.

Prof Lawrence E Yoseph - Fl Whiple menulis: "... Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, solat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu ..." Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illaha illallah, Allahu Akbar. Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan tawaf haji & Umrah.


link asal : http://www.halimislam.com/2012/11/fakta-menarik-batuhajar-aswad-merupakan.html

THE ONLY LIVING SAHABI (SATU-SATUNYA SAHABAT NABI YANG MASIH HIDUP)

credit to : www.halimislam.com


Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.



Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".




Sedikit sejarah mengenainya...




KISAH 1 

Sebelum Rasulullah diangkat menjadi Nabi dan Rasul, baginda sering mengikut bapa saudaranya, Abu Thalib pergi berdagang... Pada suatu hari Abu Thalib pergi ke Syam untuk berdagang, dan dibawanya sekali baginda yang masih  muda pada ketika itu, dan beberapa pemuka Quraisy yang lain....



Dalam perjalanan, mereka berhenti sebentar untuk berehat sambil berteduh dibawah sepohon Pokok...Tidak jauh dari tempat rehat mereka, ada sebuah biara yang didiami oleh Ahli-ahli kitab.. dari tingkap biara itu ada seorang Rahib (Ahli Kitab) yang sedang tekun memerhati rombongan Abu Thalib yang sedang berehat..



Rahib itu keluar dan menuju kearah pohon itu,... Rahib itu menemui ketua Rombongan (Abu Thalib) dan bertanya akan perkara berkaitan seorang budak yang turut serta dalam rombongan itu... dia meminta izin untuk bertemu dan memeriksa fizikal budak itu...



Diamati satu persatu lalu dia memegang tangan budak itu sambil berkata, .... “Aku bersumpah kepadamu, dan demi Tuhan yang esa, agar engkau menjawab pertanyaan-pertanyaan ku ini dengan jujur. ”

Rasulullah menjawab, “Aku selalu berkata jujur, dan aku tidak pernah berdusta ...Bertanyalah. ” 



Rahib itu melanjutkan pertanyaannya, “Apakah yang paling kau suka perhatikan ? ” 

Rasulullah menjawab, “Langit dan bintang-bintangnya.”

Rahib itu bertanya lagi, “Apakah kau juga bermimpi ?

Rasulullah menjawab, “Ya, dan apa saja yang aku lihat dalam mimpi, aku

lihat juga dalam keadaan berjaga.

Rahib itu bertanya, “Boleh aku melihat di antara kedua bahumu ?

Rasulullah menjawab, “Ya, silakan.” 

Rahib itu mendekati Rasulullah dan menyingkap jubah yang dipakai baginda, diantara kedua bahunya... Dia melihat  cop mohor kenabian (Khatamun Nubuwah) sebesar buah apel..... “Sama.” 



Abu Thalib bertanya, “Apa maksud mu..? Sama dengan apa ? ” 

Rahib itu menarik lengan Abu Thalib dan memimpinnya jauh dari rombongan yang sedang leka berteduh....  “Katakan kepadaku. Apa hubungan kamu dengan anak ini ?” 

Abu Thalib, yang sangat mencintai Rasulullah seperti anaknya sendiri, menjawab, “ Dia anak ku.” 

 Rahib itu menggeleng-gelengkan kepalanya “Tidak mungkin...!! dalam perkiraan ku Ayah anak ini telah meninggal dunia. ” 

Abu Thalib terkejut dengan kenyataan Rahib itu, lalu dia membenarkan..“ Benar.. Dia adalah anak saudaraku... Bapanya adalah adik ku,...meninggal dunia sebelum dia dilahirkan, dan aku sangat mencintainya seperti mana aku mencintai anak-anak ku sendiri..

Rahib itu berkata kepada Abu Thalib, “ Anak ini akan menjalani kehidupan yang gemilang dan luar biasa di kemudian hari.... Aku khuatir, Jika orang lain mengetahui apa yang telah aku lihat dan mereka mengenalinya, mereka akan membunuh anak ini..... Sembunyikan dan lindungi dia dari musuh-musuhnya ....Dia lah penghulu dan utusan Rabb alam semesta, dia diutus oleh Allah sebagai rahmat bagi alam semesta."



Terkejut dengan perkataan Rahib tadi, segera Abu Thalib bertanya, "Bagaimana kamu ketahui tentang hal ini ? "  

Sang Rahib menjawab, "Sesungguhnya ketika rombongan kamu muncul dan berhenti berteduh, aku melihat pohon bersujud kepadanya dan pohon ini tidak akan bersujud kecuali kepada seorang Nabi.... Dialah Nabi yang ditunggu-tunggu....Sesungguhnya aku dapat mengetahuinya melalui tanda-tanda yang dinyatakan dalam Kitab-kitab lama,.... tanda kenabian yang terletak pada bagian bawah tulang rawan diantara kedua bahunya yang mirip buah apel, menguatkan lagi kepercayaan aku tentang perkara ini"



Setelah itu, Rasulullah pun dipanggil untuk menemui si rahib, ketika Rasulullah berjalan, tiba-tiba saja awan menaungi beliau...., pohon yang sebelumnya menaungi orang Quraisy di tempat duduknya, tiba-tiba saja beralih menaungi Rasulullah....Semua rombongan termasuk Abu Thalib, takjub dengan apa yang terjadi....."Lihatlah, naungan pohon itu telah pindah kepadanya..."



Rahib didalam kisah ini adalah seorang pendita Nasrani yang bernama Bahira...







KISAH 2


Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.
Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."
Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra 1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. 2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.
Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH. Pohon itu adalah satu-satunya sahabat Rasulullah yang masih hidup hingga ke hari ini.......
Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah 
صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya - Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.

**article from : www.halimislam.com