Sunday, June 29, 2014

JAHIT TUDUNG PULAK?

Hmmm.. tadi kita jahit baju kan? Tadi tu test drive je.. eh testing je nak tengok bley tak masukkan slideshare tu. Nampak gaya tuan tanah failed la bab-bab nak meng'insert' slide share ni. Tapi tak pe, link tu buleh bukak kan? Ok, belajor dari situ je lah yee...

Ni nak jahit tudung pulak. Alah, ape tak match langsung tudung ngan baju melayu ni tuan tanah ooiiii? Ala, tuan tanah selit je mana jumpe dulu, malas nak bookmark bebanyak.

Nak tak? Ni tudung awning punyer... Bakal-bakal saing Fareeda ni.. Hahahaaa..

*******************************************************************************************************

JOM JAHIT BAJU

Ehem.. ehem... Hadoi la tuan tanah ni. Betul-betul macam chipsmore la. Kejap ada, kejap tak de. Tapi lagi banyak tak de dari ada kan?

Wokeh, ni dah start puasa, maknanya tak lama lagi raya. Terasa-rasa cam nak carik contoh pola jahitan dress budak pulak. Tapi cam biasa la, lain kita carik lain pulak yang jumpa. Tak kisah la beb, janji hado... Hahahaha.. Pulak...

Ni tuan tanah jumpa manual untuk buat baju melayu cekak. Hmmm... sempat lagi ke nak buat ni? Tak polah, kito simpan yo lah untuk taun dopan ek? Hehehee...

******************************************************************************************************

Sunday, June 1, 2014

SEJADAH KUNING UNTUK BAGINDA

Alhamdulillah, dalam kepayahan tuan tanah mengendong anugerah-Nya sehari-harian, bakal berakhir Insya Allah dalam bulan Ogos 2014, Allah masih beri kekuatan untuk beribadat dan berkhidmat, walau cuma sedikit. Dalam keseronokan dan keghairahan tuan tanah menyelongkar dan mengorek isi ruangan maya ni (perghh.. ayat sastera.. tak pernah-pernah tuan tanah amik kelas sastera walaupun sangat berminat dengan sastera klasik..) tuan tanah terjumpe satu article yang sangat-sangat.... tak tau nak cakap macam mana perasaan ni. Kalau tuan tanah jadik rakyat hamba Allah ni memang tuan tanah rasa bersyukur sangat-sangat. Kalau boleh nak peluk cium, tapi... mana boleh kan. Haram... bukan mahram tuu..

Nak tau cerita dia? Haaa... Baca la... Tuan tanah sumber primer dari mana tapi tuan tanah dapat dari sini..

***********************************************************************************************************
Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja DiSanggah
- See more at: http://hakaluka.blogspot.com/2012/08/kisah-benar-sejadah-kuning-sultan.html#sthash.dxigvQ7T.dpuf

"Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja DiSanggah"
Masya Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.
first time dlm malaysia pintu istana dibuka utk rakyat jelata bukan utk menerima anugerah, tapi utk menyembah Raja kpd segala raja.

Allahuakbar!!