Tuesday, December 25, 2012

Ada lagi satu perkara..

Lupa pulak, 27 hb ni kakak nak register tadika, 28 hb pulak besday adik yg kecik. Happy upcoming b'day my little baby.

Sekarang ni si kecik tu tengah galak nak belaja jalan. Berdiri belum betul lagi nak terus jalan memang la tumbang. Sebenarnya dia dah boleh jalan 6-7 langkah tapi Dik Dijah ni gelojoh sangat, excited sangat kot. Dia baru berdiri tak tegak betul lagi nak terus menapak.

Nak tidur pun tengah menyusu badan boleh dia nak berdiri nak jalan lagi. Kalau bukan nak belajar jalan pun memang si kecik ni tak reti menyusu diam2 mesti bontot gatal nak menonggeng2 tak pun berpusing dengan landing macam2 free style. Hmmm, macam2 perangai.

Kakak Yaya Nak Sekolah Dah..

Assalamualaikum...
Pagi ni baru teringat anak dara sulung tu nak resgister tadika besok. Entah macam mana la nanti agaknya dia yer. Kesian Kakak Yaya, kawan2 dia yang lain dah sekolah dari tahun lepas lagi tapi dia baru nak mula sekolah tahun depan.

Si kakak tu memang dari dulu exited nak sekolah, tapi tahun lepas tak dapat sebab kuota dah penuh. Ha tahun ni takut kuota penuh punya pasal bulan Jun lagi ibu dia naik lif gi pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional nak register tadika untuk tahun depan. Sib baik la pejabat Jabatan Perpaduan tu berdepan je blok opis ibu Yaya ni. Kuar opis ibu seberang jalan jap dah masuk opis JPNIN.

Tapi satu benda yang ibu takut ni, takut Yaya tak boleh cath up ka tkelas pasal dia dah tertinggal setahun dari kengkawan dia. Banyak tu kalau nak ikutkan. Tapi mujur jugak sikit2 ibu dia dah bekalkan basic untuk sekolah. Alhamdulillah takat ABD, 123 dia dah boleh lepas, cuma nak kena ajar dia ikut arahan. Kadang2 bila ibu main2 ngan dia ala2 cikgu dengan murid dahjadi macam Yaya pulak cikgunya, dia pulak yang nak ngajar kita. Silap haribulan nanti cikgu dia yang pengsan tak larat nak ngadap dia sorang.

Satu lagi perkara Kakak Yaya ni banyak sangat tanya. Sumer bende dia nak tanya. Kalau kita jawab dia nak ikut skema jawapan dia je pulak tu, selagi jawapan kita lain dari yang dia nak selagi tu la dia akan bertanya, sampai dia puas hati. Tapi lumrah la kan, budak2 memang suka banyak tanya. Masalahnya pertanyaan dia kadang2 di luar jangkaan kita. Macam hari tu ibu citer kat Yaya dengan Adam kisah2 nabi. Dia boleh tanya kenapa tak de nabi perempuan? ha, kalau korang ape korang nak jawab. Sebab tak nak hampakan dia ibu jawab la jugak dengan jawapan yang di dalam level penerimaan dia, sebab girl tak kuat macam boy, boleh angkat meja angkat kayu angkat macam2, sambil refer pada abah dia. Kalau tak kuat macam mana nak tolong orang, nabi kena rajin tolong orang, sebabtu tak de nabi perempuan. OK, kakak jawab, sib baik dia puas hati dengan jawapan tu.

Hmm, macam mana la pulak kat tadika nanti gak nyer ek???

Thursday, December 20, 2012

Hilang....

Tak de ape yg hilang pun. Saje tak tau nak bagi tajuk pe. Dah lama tak update blog ni, bukan lupa nak update, tapi memang lupa aku ada blog. Har har har.... apa punya manusia daaa... Tu lah dia, melayu mudah lupa. Sungguh, ni pun tangah cek emel gmail pas tu terus selongkar blog orang, baru perasan rupa2 nya aku ada blog sendiri. Ala, sebelum2 ni pun memang aku jarang pun jenguk2 sini. Sibuk laa..

Macam2 hal jadi dalam 7 bulan ni. Yg best, yag tak best, suka duka sumer ada la. Nak citer sume tapi otak cam tak bleh refresh lak sekarang ni.

Yang terbaru, aku gi kursus jauuuuhhhhh kat seberang. Jangan jeles kiter gi Sabah free wak.. Jabatan tanggung la tiket pergi balik tapi yg tak beh nye tido kat asrama la. Hmmm, ada kawan halimunan lak tu. Tu pun nasib baik tau masa dah sampai airport KK nak balik KL. Yang lagi sedihnye aku gi Pasar Philippine tak sopping2 pong.. Tak do duit la yang, beli ala kadar utk family dan opis mate terdekat je, untuk diri sendiri pun tak beli pape tau. Cian kiter kann...

Hmmm... Hal2 lain nanti aku citer len kali la, kalo tak bizi la. Almaklum la, aku ni kan dalam golongan kaum2 ibu yang bekerja, pagi sebok ngan keje, balik bizi ngan anak2 lak. Pas tu hujung2 minggu gi kelas lak (walaupun kelas cuma 2-3 minggu sekali tapi hujung ngan malam pas anak2 tido + my mr. mama gi keje je la aku ada masa nak wat assignment tu).

Wokeh, sambung balik keje. Jangan curi tulang, tak berkat rejeki ok..