Sunday, March 27, 2016

Emas dan Perak Disebut Dalam Al-Quran

Sambungan dari cerita tentang duit kertas dan kaitannya dengan emas.
***************************************************************


Nilai emas? Berbaloikah memiliki emas? Mengapa emas? Beza dengan wang? 

(sumber asal artikel)

image


Surah At Taubah : Ayat 34-35
{34} Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita dan ahli-ahli agama memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Dan (ingatlah) orang yang menyimpan EMAS dan PERAK serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

{35} (Iaitu) pada hari dibakar EMAS dan PERAK itu dalam Neraka Jahanam, lalu diselar dengan dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu


Surah Az Zukhruf : Ayat 70-72
{70}  Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan.

{71}  Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari EMAS; dan sediakan di dalamnya segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan kamu tetap kekal di dalamnya.

{72}  Dan dikatakan lagi kepada mereka: Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.


Emas & Perak Kekal Hingga Ke Akhirat
¤  Emas dan Perak berperanan di akhirat kelak. Orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak.

¤  Kepada yang beriman pula diedarkan piala-piala dari Emas dan diberi kenikmatan, kegembiraan dan kesenangan didalam Syurga.

Ada banyak lagi ayat Al-Quran tentang emas tapi cukup sekadar 2 surah sudah memadai membuka minda kita bahawa EMAS dan PERAK adalah LOGAM MULIA DAN BERHARGA. Wang kertas/wang fiat US dollar, Singapore Dollar, Euro dan Ringgit Malaysia TIDAK pun disebut didalam kitab suci ini.

Jadi sekarang kita dah pun sedar dan nampak permainan yahudi untuk mengaburkan dan melalaikan kita dari mempercayai Al-Quran. Mereka sengaja membuat sistem wang kertas/wang fiat yang boleh dimanipulasi sebaliknya EMAS TIDAK BOLEH DIMANIPULASI NILAINYA.

Terjermahan Surah sumber IslamGrid@ JAKIM.



Nak quote sikit kata-kata Tun M. : "Nilai matawang tidak terjamin kerana bergantung pada pasaran tukaran matawang dunia yang sentiasa berubah-ubah. Matawang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun EMAS boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam yang berharga di seluruh dunia."

*************************************************************************
p/s: artikel ni pun dah lama pending, ada la setahun kot. lebih pun kot pasal anak yg paling kecik ni dah setahun lebih. Tapi tuan tanah publish jugak la. Kalau nak edit lain hari, tahun depan (kalau ingat lagi. heheee..) buleh edit lagi.

KAITAN EMAS & WANG KERTAS PANDUAN DI AKHIR ZAMAN....

 Tuan tanah tak reti nak mengarang. Kopi bulat-bulat dari sini jer.. Heheh..

*********************************************************************************************

Semua orang Islam wajib beriman dengan kemunculan Hari Kiamat. Ia terkandung di dalam rukan Iman. Jika ada mana-mana Muslim yang tidak mempercayainya, maka imannya pastilah tidak lengkap. Percaya pada Hari Kiamat adalah rukun Iman ke-5.

Dalam menuju ke Hari Kiamat, kita diberi tanda-tanda kecil dan besar hari bagi tujuan persediaan.

Biasa dengar kemunculan Dajjal? Nabi Isa A.S?

Saya suka bertanyakan yang mana akan muncul dahulu. Kerana kedua-dua susuk di atas akan turun ke bumi.

Jika diamati, Dajjal akan dibunuh oleh Nabi Isa A.S. di Israel. Jadi Dajjal itulah yang akan turun dahulu.

Tetapi apakah kaitannya semua itu dengan wang kertas dan juga emas?

Wang kertas dan emas adalah matawang. Hari ini kita guna wang kertas. Dahulu guna emas.

Setiap kerajaan memerlukan matawang untuk berkuasa. Tak kiralah, samada kerajaan Dajjal atau pun Nabi Isa A.S.

Zaman Dahulu

Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini.

Emas dipilih kerana ia mempunyai nilai semulajadi di dalamnya. Emas itu memang semua orang suka di seluruh dunia. Cuba lihat sukan Olimpik, apakah yang dikejar oleh para atlit? Pingat apa?

Mengapa mereka tidak dikalungkan dengan kalungan wang kertas? Berapa lama sudah sukan Olimpik diadakan?

Tidak cukup dengan itu, lihat sultan-sultan Melayu hari ini, apakah yang mereka pakai?

Emas tidak akan jatuh nilainya. Kerana emas tetap emas. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas. Seperti wang kertas, ia dicipta untuk menjadi wang yang ditentukan nilainya oleh manusia.

Allah S.W.T sebagai jurutera pencipta manusia tentulah tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Hari ini, kita tolak emas sebagai wang. Kita terima wang kertas.

Wang kertas jika dikaji asal-usuknya, ia hanyalah surat hutang yang mewakili jumlah emas.

Sejak zaman dahulu sememangnya kerajaan-kerajaan di dunia semua menggunakan emas sebagai wang. Para penjajah negara kita pun menggunakan emas sebagai matawang. Siapakah yang pernah menjajah negara kita?

Belanda, British (United Kingdom), Portugis, Jepun dan Siam (Thailand). Tak kiralah negara mana pun yang menjajah kita dahulu. Mereka semua menggunakan matawang emas.

matawang emas Jepun


matawang emas British

Tapi....... mengapa mereka semua bertukar pada wang kertas? Jawapannya ialah kerana kerajaan mereka mengalami masalah kewangan. Mana tidaknya, wang emas itu habis digunakan bagi tujuan berperang. Kepulauan Melayu bergolak dengan penjajahan demi penjajahan. Sehingga tulisan Jawi kita jua dijajah menjadi tulisan Rumi (Roman) seperti yang huruf-huruf yang anda sedang baca sekarang ini. Sehingga juga ada warga veteran yang masih hafal lagu negara Jepun.

Apakah banyak wang terlibat dalam peperangan. Oh! Sudah tentu.

Siapa tukang bina kapal?
Siapa tukang kimpal?
Siapa tukang jahit layar kapal?
Siapa jurumudi kapal?
Siapa buruh kasar kapal?
Siapa jururawat di kapal?
Siapa pengawal di kapal?
Siapa tukang senjata di kapal?
Siapa tukang masak di kapal?
Siapa dan siapa ...

Jadi wang kerajaan sesebuah negara itu habis dek peperangan. Wang ketika itu ialah emas dan perak. Ia tidak boleh diulang-cetak. Ia sangat unik.

Hari ini, kerajaan Amerika Syarikat turut mengalami benda yang sama. Mereka kerugian kerana peperangan. Peperangan cara sekarang lebih banyak melibatkan wang. Bom-bom berkuasa hebat, teknologi canggih dan lain-lain.

Taktik Penjajah

Jadi semasa para penjajah kehabisan wang emas dan perak. Jadi penjajah ini mula menggunakan kertas sebagai ganti kepada emas. Rakyat jelata disuruh bekerja atau pun berkhidmat. Tetapi rakyat jelata tadi tidak diberikan emas.


Lihat perkataan promises to pay the bearer on demand.

Perkataan tersebut jika diterjemahkan, ia bermaksud 'janji-janji untuk bayar si penanggung beban atas tuntutan'.

Katakan anda orang Melayu yang menjual goreng pisang ketika itu, anda dapat kertas ini. Anda kemudiannya boleh menukarkannya kepada wang. Wang ketika itu ialah emas. Jadi kertas ini bersandarkan kepada emas.

Hari ini? Tidak lagi. Wang kertas kita, tidak lagi disandarkan pada emas. Buktinya? Kita akan lihat nilai wang kertas ini semakin menjunam. Ia akan mengalami inflasi dan spekulasi. Manusia boleh mainkan nilai wang kertas itu. Ia tidak sama halnya dengan emas. Kerana emas mempunyai nilai tetap di dalamnya terkandung berat, karat, saiz dan lain-lain.

Berbalik pada cerita penjajah tadi. Apakah kertas tadi boleh diterima oleh rakyat jelata? Apakah mereka tidak marah? Mereka marah dan tak suka orang berhutang dan memberikan selain daripada emas kepada mereka. Maka dari situ British pun mencantikkan kertas mereka seperti yang kita dapat saksikan di bawah ini:-




Dengan kertas ini rakyat jelata boleh mendapatkan emas mereka. Rakyat jelata menjadi tenang apabila terpampang gambar pemimpin British di kertas itu. Kononnya penjajah serius menjaga kebajikan rakyat jelata. Tetapi pada hakikatnya ini semua hanyalah untuk meredakan kemarahan rakyat jelata atas penipuan demi penipuan.

Maka seterusnya penjajah pun saling berperang. Kerajaan Jepun pun mahu kaya. Mereka kata Asia Tenggara ini mereka yang punya.

Masih ingat British lawan Jepun di Tanah Melayu? Apabila Jepun menguasai Tanah Melayu, mereka juga turut mengikut jejak langkah British. Dengan hasrat ingin untung sama seperti British untung. Maka Jepun pun mencetak kertas di bawah:-


Kertas bergambar pokok pisang yang sering diperkatakan warga veteran kita.

Rakyat jelata tentu marah. Mereka mahukan wang sebenar iaitulah emas. Bayangkan seorang peniaga goreng pisang menjual goreng pisang, dia tidak terima langsung sebutir emas dalam setiap jualan goreng pisangnya.

Bahkan dia terima pula kertas yang ada gambar pisang di atas. Mesti marah bukan? Tetapi dalam keadaan dijajah begitu, mana nak berani bangkang-membangkang?

Jika difikir, penjajah semakin untung, kerana rakyat jelata disuruh bekerja dan berkhidmat dengan hanya diberikan kertas-kertas bernombor.

Oh ya, semasa British digulingkan oleh Jepun, kertas-kertas British masih ada disimpan oleh ramai rakyat jelata. Kerajaan Jepun tak mahu bertanggungjawab dengan kertas-kertas British. Jadi siapa yang rugi? Tentulah rakyat jelata. Mereka kehilangan emas mereka.

Setelah itu, Kerajaan Jepun pula digulingkan oleh British. British kembali berkuasa. Tetapi kali ini mereka datang dengan mencetak kertas yang baru.



Lagi sekali rakyat jelata ditipu. Kertas-kertas terdahulu yang disimpan tidak dapat ditukarkan kepada emas. Malah tidak laku kerana British mengatakan kerajaan terdahulu dan terkemudiannya berbeza. Walau bagaimanapun kertas baru ini masih menjanjikan emas.

Setelah British memasukkan Borneo ke dalam Malaya, kertas baru dicetak lagi.



Apakah bezanya dengan kertas baru ini? Kertas ini tidak lagi melibatkan emas. Emas tidak lagi diwajibkan sebagai pertukaran. Ia hanyalah kertas bernombor semata-mata. Gambar Permaisuri Elizabeth digunakan. Pada masa itu, gambar ini sudah cukup seksi untuk meredakan kemarahan rakyat.

Jadinya rakyat jelata sudah ditipu dari penjajah demi penjajah dan dari penipuan demi penipuan. Ini semua melambangkan tenaga rakyat jelata boleh dikerah, diguna tanpa melibatkan sebutir emas pun. Cukup punya pandai penjajah ini. Kalau penjajah pandai, makanya rakyat jelata?

Kerajaan British amat bijak dalam melakukan persedian bagi menghadapi akibat terburuk. Maka mereka sekali lagi mencetak kertas yang baru.


Kertas ini ada gambar pemimpin negara kita.

Cerdiknya British, mereka sanggup menggantikan gambar Permaisuri dengan pemimpin negara kita demi menghalalkan kertas ini. Rakyat jelata rata-ratanya hormat akan pemimpin sendiri. Jadi hasilnya tiadalah lagi api kemarahan rakyat. Tetapi tidakkah kita terfikir, bagaimana pemimpin kita boleh mendengar cakap British?

Mengikut sampaian orang-orang veteran, raja-raja Melayu, ulama' dan pemimpin Melayu yang tidak berpihak pada British akan dibunuh dan dibuang ke pulau-pulau kecil. Jadinya kuasa-kuasa istana dan pemimpin di parlimen yang ada pada hari ini berpihak pada siapa?

Amalan jelik masih diteruskan oleh budak suruhan British hingga ke hari ini. Sekaligus terus-menerus menidakkan hak rakyat jelata untuk mendapatkan kembali emas kepunyaan nenek moyang mereka sejak zaman penjajah dahulu.

Ini semua akhirnya akan menjadikan kita semua, satu negara kita ini meleset dari segi ekonominya, akhlaknya dan lain-lain akibat tempias penggunaan kertas itu tadi.

Satu contoh, peperangan yang berbekalkan dana emas akan berakhir apabila emas habis dibelanjakan. Ia tidak mungkin dapat dicetak lagi seperti kertas. Jadinya kezaliman dan keangkuhan pemimpin untuk terus berperang akan terbatas dengan ketiadaan emas. Tetapi hari ini, kertas boleh diulang cetak.

Mengikut kiraan ulama' Sheikh Imran Hosein pada ceramah 2007 beliau, katanya setelah kejatuhan wang dalam bentuk kertas tadi, Dajjal pun akan muncul.

Kedatangan Dajjal boleh disaksikan oleh budak-budak yang sedang bersekolah hari ini. Jika kiraan ini tepat, maka Dajjal yang dikatakan lahir dari keluarga Yahudi, berambut kerinting akan memerintah dunia dari negara haram Israel dalam sedikit masa lagi.

Tambah Sheikh Imran Hosein, Dajjal akan menggunakan wang elektronik bagi menggantikan wang dalam bentuk kertas. Satu lagi penipuan secara elektronik bakal mewarnai dunia. Bukan?

Kata Sheikh Imran Hosein, apa yang umat Islam perlu lakukan ialah melaksanakan apa yang ada di dalam Al-Quran dan hadis.

Oleh itu, saya menyeru kepada semua para pembaca, agar kita kembali kepada dinar (emas) dan dirham (perak) serta menghayati sistem ekonomi Islam yang popular dengan pengharaman riba'.

Kita tidak seharusnya mengaku kalah dengan kedatangan Dajjal. Kerana terdapat juga proses menyambut kedatangan Nabi Isa A.S dalam menewaskan Dajjal di Israel. Jadi tidak mahukah umat Islam turut serta menyambut Nabi Isa A.S?


Kredit info : hanif.blogspot.com

p/s: artikel ni pun dah lama dalam draft folder. rasa macam sayang pulak kalau tak publish. tapi sejujurya tuan tanah pun tak hengat kenapa artikel ni pending. Hahaaa.. Punya la lamaa..

Mengapa Seorang Isteri Perlu Berhenti Kerja?

Assalamualaikum semuaaaa...

Wahhaaa.. Tuan tanah dah jenguk kebun. Dah laaamaaaaaa sangatt tuan tanah tak jenguk2 kebun sekangkang kera ni. Nak buat macam mana kan, bizi je.  Kalau ikutkan macam-macam tuan tanah nak cerita. Tapi.. nak bukak e-mail pun tak sempat. Nak main Bingo Blitz pun masa tengah tidurkan anak.. Hahahaa..

Anak??? Haa, ni tuan tanah nak citer ni. Bulan Ogos 2 tahun lepas tuan tanah dah selamat tambah saham akhirat lagi. Insya Allah saham ke syurga la hendaknyer.

Pasal anak ni len kali citer ek. La ni tuan tanah nak borak2 kosong pasal satu article ni...

"Senyum, Ini Jawapan Bernas Bagi Penjawat Awam Yang Ingin Berhenti Kerja"

Bukan nak kata tuan tanah tak setuju. Memang la tak setuju pun. Masing2 ada reason sendiri kan.

Macam beliau ni, beliau memandang keadaan ekonomi yang makin meruncing. (Ecewah, tetibe bahasa bombastik pulak). Pendapat beliau tidak terhad terhadap lelaki sahaja, termasuk juga wanita a.k.a isteri bekerja.

Bagi tuan tanah pulak, memang tak salah kalau isteri bekerja, untuk membantu suami. Ulang suara untuk membantu suami. Itu pun dengan keizinan suami. Yelah, isteri.. kalau nak keluar rumah je wajib minta izin suami walaupun untuk menziarahi keluarga atau orang tua. Tuan tanah tak nak la bagi dalil2 hadis ke ayat Quran ke, takut salah petik. Lagi pun tuan tanah bukanlah orang  yang arif pasal dalil2 ni. Tapi tuan tanah pasti ada dalil berkenaan perkara ni. Cari la sendiri ye.

Pasal benti keje ni...

Tempat seorang isteri adalah di rumah, mengurus hal ehwal suami dan anak2. Memang tanggungjawab urus rumah tangga ni semua tanggungjawab suami, kalau betul2 ikut Islam. Tugas isteri cuma layan suami je, dan menggembirakan suami. Kalau ikut Islam masak, kemas rumah jaga anak semua kerja suami. Tapi sebagai isteri consider jugak la dah suami keluar kerja, isteri tolong la urus rumah + jaga anak. Lagi pun kan ke tu termasuk menggembirakan suami. Memang tak wajib isteri yang buat tapi wajib isteri tu menggembirakan suami. Lebih2 pulak kalau suami dah arahkan maka wajib isteri laksanakan. Ingat, seorang isteri itu wajib patuh pada suami selagi si suami tak menyuruh isteri tersebut membuat perkara2 yang menyalahi syarak.

Dalam zaman keruntuhan moral sekarang ni, lebih elok la isteri duduk rumah. Sebab.. #1. Untuk menjaga keselamatan diri. Sekarang ni kes samun, rompak, road bully.. bersepah. Belum masuk kes culik, rogol, bunuh, jual dan yang seangkatan. Kalau sorang wanita berada di rumah, duduk diam2 dalam rumah kunci pintu jaga anak2, insya Allah jauh dari segala perkara di atas. Lain la pulak kalau isteri tu memang handal berlawan.

Sebab #2.. Tuan tanah perati anak2 sekarang jauh beza dengan zaman tuan tanah budak2 dulu. Tak de la tuan tanah ni baik sangat kan, tapi kurang2 nilai2 moral dan akhlak tu masih terjaga. Budak2 sekarang.. ada yang dah pandai berjinak2 dengan dadah, bukan takat hisap dadah.. siap jual.. Lepak, mencuri, bergaduh.. termasuk la belasah budak lain yang tak pandai @ tak mampu nak melawan balik pun. Yang masuk ICU, yang mati.. bukan takat pat lima orang lagi dah.. berlebih pun.

Belum tuan tanah citer bab maksiat lagi, pengaruh rakan sebaya, video lucah.. hishhh.. macam2 la..

Cuba bayangkan kalau mak bapak keluar rumah siapa yang jaga anak? Nak harap cikgu? Cikgu pun akan cakap mak bapak tak reti jaga anak. Cikgu bukan hanya nak tengok anak kita je, berpuluh mak bapak harap sorang cikgu akan jaga anak dorang yang berpuluh2 tu. Jadi mengharap 100% cikgu mendidik moral dan akhlak anak bukanlah satu idea yang bernas. Cikgu boleh membantu tapi bukan memikul 100% tanggungjawab tersebut.

Nak harap pengasuh? Haloo.. Tak semua pengasuh boleh jaga anak2 majikan macam menjaga anak sendiri. Dorang bekerja untuk duit, bukan bekerja untuk dapat anak angkat. Lagi pun, kalau masa anak banyak dihabiskan dengan pengasuh.. enkorang tengok la nanti, anak tu lagi rapat dengan pengasuh ke mak bapak.

Sebab #3. Banyak perkara mungkar berlaku bila isteri keluar bekerja. Yelah, dah isteri ngadap lelaki2 ensem tiap hari kan. Nak pulak isteri dah mekap lawa2, wangi2.. Si hidung belang dah tak kira dah isteri orang ke anak dara.. asal berkenan aku kebas. Kena pulak si isteri pun menggatal layan, memang menjadi la. Kalau tak caya gi cek kat pejabat agama ke mahkamah syariah ke, mana2 tempat yang berkenaan la, bape banyak kes laki bini cerai disebabkan iseri ada kekasih gelap. Yang dah pernah sedap2 tidur bersama pun ada. Haloo.. bukan takat tidur je, paham2 la ekkk..

Pasal kemungkaran ni, tak semestinyer skandalos je. Sesi mengumpat rakan sebaya, pesen dan penampilan yang tak memenuhi hukum syarak i.e: baju nampak ketul2, tudung ala2 tutup puncak gunung je, kain belah, sanggul style bonggol unta. Alaaa... tuan tanah nak sebut semua banyak sangat.

Sesi mengumpat tu, tuan tanah tau sangat2, memang payah nak elak. Tambah2 kalau ada rasa tak puas hati dengan sape2 kan. Dapat pulak geng yang sehati sejiwa. Emmmphhh.. memang menjadi. Sedap buat ketupat, ada umphhh..

Tu tak masuk pakai wangi2 yg boleh menarik perhatian lelaki ajnabi lagi. Tuan tanah tak kata tak boleh pakai langsung, sekadar untuk menutup 'keharuman semula jadi yang luar biasa' boleh la kot. Ni sebatu lagi bau dah sampai dulu, hape kes. 1 tong ke siram  badan.

Semua2 dosa ni cik kak cik kak ingat cik kak tanggung sorang2 ke? Taaakkkkkk... Allah dah cakap semua dosa isteri2 ni incik2 suami masing2 akan sama2 tolong tanggung jugak. Kata sayang seben, sampai ati cik kak cik kak sume tarik seben2 cik kak masuk neraka sekali. Incik2 suami pun silap, bangga bila isteri masing2 pakai cenggitu.

Sebab #4. Dah memang lumrah semulajadi seorang wanita tu dilahirkan dengan 9 nafsu berbanding 1 akal. Susah nak kawal napsu macam2 yang memuncak2 ni. Tadi dah sebut kan napsu nak mengumpat,pakai santek2 sume. Ni napsu nak shopping. Rasa2 kalau dah isteri tu ada duit poket sendiri, kena pulak boleh keluar rumah sendirian tanpa suami, aliran duit keluar tu lebih laju daripada aliran masuk. Sale sana sini, belum lagi katalog macam2 keluar taim2 gaji. Kalau dapat bonus, hmmmm.. lagi la banyak godaan shopping. Betul tak? Itu membantu suami ke namanya?

Sebab #5. Dah memang Allah tentukan tanggungjawab suami untuk beri nafkah pada isteri. Nafkah zahir, nafkah batin, memenuhi keperluan isteri semua. Jadi tanggungjawab suami la keluar kerja, mahu tak mahu suami perlu kerja keras untuk menyara keluarga.. ister dan anak2. Tiada alasan untuk suami tidak mahu memenuhi keperluan isteri dan anak2 melainkan jika ada keuzuran atau masalah2 lain yang boleh diterima akal. Ulang suara ke, keperluan.. bukan kehendak tau. Kalau kehendak isteri dan anak2 dapat dipenuhi itu dikira bonus. Pandai2 korang nak beristeri, pandai2 la korang nak sara isteri korang ye.

Isteri pun, suami dah penat2 kerja seharian cari rezeki nak penuhi keperluan korang.. mungkin juga kehendak.. bila suami  balik rumah, bagi la high class service pada suami. Baru la suami tak pandang perempuan lain di luar bila di rumah sentiasa menanti bidadari penenang hati. Penat jaga rumah dan anak2 tak boleh dijadikan alasan. Kalau dah berumah tangga kena bersedia dengan risiko2 penat tahap gaban cenggitu. Jangan kata tuan tanah tak faham, kerana tuan tanah juga seorang ibu, dan sedang merancang untuk berhenti kerja bila kewangan keluarga sudah stabil. (suami tuan tanah sedang membina kerjaya, dan untuk itu tuan tanah harus bersabar untuk berhenti sehingga kerjaya suami betul2 mantop.)

Lain la kalau memang tak mampu nak tanggung sorang2, isteri perlu bantu. Tapi jangan nanti mengungkit pulak. Pompuan ni pantang laki buat silap sikit, semua di ungkitnyer. Dah jadi nusyuz tuuuu... Dah dapat kebenaran tu jangan la berlebih2 pulak. Tapi kalau suami dah mampu nak tanggung semua,lebih elok la kalau isteri duduk rumah, uruskan rumah tangga je. Bukan untuk orang lain, untuk suami, anak2 dan diri sendiri jugak.
 
Untuk mengelakkan perkara2 di atas demi keselamatan di muka pengadilan selepas dihidupkan semula setelah mati nanti, baiklah kiranya seorang isteri menjaga urusan rumah tangga sahaja. Melainkan seseorang wanita itu adalah "superwoman" yang boleh menahan diri dari napsu yang bermacam2, harus wanita itu untuk membantu suami mencari rezeki, menampung ketidakcukupan. Soal rezeki, Allah dah tentukan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Walaupun perit untuk kita, tapi mungkin itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita. Jangan jadi seperti Qarun yang melupakan Allah setelah dilepaskan dari kemiskinan hidup, sedangkan telah terbukti kemiskinan adalah lebih baik baginya berbanding kekayaan harta.

“Siapa banyak cash, dialah Raja.” 

Ungkapan yang hanya sesuai bagi mereka2 yang suka bermewah2 dan berlebih2an yang mungkin boleh menyebabkan pembaziran. Sesungguhnya pembaziran itu amalan syaitan. Mengapa perlu jadi raja sedangkan bersederhana itu lebih afdal?

Senyum lagi.. Apa yang datang dari Allah adalah sebaik2 pemberian kepada hamba-Nya, walaupun perit, walaupun pedih. Kita tak nampak hikmah di sebalik kesusahan itu.

p/s: banyak lagi sebab2 tuan tanah nak bagi tapi dah lupe, sebab artikel ni tuan tanah pikir setahun yang lalu. Ni tuan tanah sambung kerja2 yang terbengkalai je. Heheee..

ASAL USUL WANG KERTAS

Assalamualaikum.

Syuh.. syuhh... Banyak benau nyamuk, dah bersawang berlalang blog tuan tanah ni. Sebok sangat sampai tak der masa nak update apa2. Kalau ikutkan macam2 tuan tanah nak citer, tapi apakan daya. Masa tidak mengizinkan.

K, seperti yang tuan tanah berjanji manis dulu nak update lagi citer pasal wang kertas ni, ni tuan tanah kopi pes lagi artikel dari sini...

Kopi pes je, nak taip sendiri tak mampu. Hahaaa..

Jom.. Cekidaut...

*************************************************************************

PENIPUAN WANG KERTAS


Sebelum memulakan topik ini saya suka untuk bertanya para pembaca apakah ciri-ciri bagi suatu alat yang digunakan sebagai mata wang di sesebuah negara? Sudah tentu ianya haruslah dipersetujui oleh manusia bahawa ianya JELAS BERNILAI untuk dijadikan urusan jual beli.

Persoalannya adakah wang kertas yang diamalkan kita hari ini memiliki ciri-ciri diatas? Sudah tentu jawapannya adalah TIDAK. Ini adalah satu lagi penipuan dari pihak penjajah yang diterima bulat-bulat oleh kita yang bertujuan merosakkan institusi sosial umat manusia. Sekeping kertas yang dicetak dengan angka-angka tertentu tidaklah bernilai apa-apa sebenarnya jika kita mula berfikir diluar kotak dan bukan lagi secara hanya "follow the flow".



Zaman dahulu, semua negara menggunakan emas. Ramainya manusia menggunakan emas adalah sama seperti mana ramainya manusia menggunakan wang kertas pada hari ini. Bahkan ditanah air kita suatu masa dahulu, sebelum dijajah, transaksi jual beli adalah dengan menggunakan syiling emas. Pernahkah kita terfikir kemanakah hilangnya kesemua syiling-syiling emas milik negara kita?




Emas tidak akan jatuh nilainya. Kerana emas tetap emas. Ia memiliki nilai emasnya yang tersendiri yang tidak ada pada kertas. Tidak seperti wang kertas, ia dicipta untuk menjadi wang yang ditentukan nilainya oleh manusia.
Emas tidak boleh dicetak dengan sewenang-wenangnya seperti wang kertas. Maka pengaliran emas jika digunakan sebagai wang akan menyebabkan emas ini sentiasa mengalir dalam suatu komuniti. Tidak seperti wang kertas yang mana jelas hanya memihak kepada satu pihak sahaja, iaitu pihak yang boleh mencetak wang kertas ini. Tidakkah ini suatu kebodohan?

Allah S.W.T sebagai jurutera pencipta manusia tentulah tahu apa yang terbaik untuk ciptaannya. Hari ini, kita tolak emas sebagai wang. Kita terima wang kertas dan memperbodohkan diri kita.
Wang kertas jika dikaji asal-usulnya, ia hanyalah surat hutang yang mewakili jumlah emas. Ianya bertujuan sebagai cek untuk menukarkan kertas yang diterima oleh rakyat yang bekerja untuk ditukarkan kepada emas.








Lihat perkataan promises to pay the bearer on demand. Perkataan tersebut jika diterjemahkan, ia bermaksud 'janji-janji untuk bayar si penanggung beban atas tuntutan'.

Penjajah ini mula menggunakan kertas sebagai ganti kepada emas. Rakyat jelata disuruh bekerja atau pun berkhidmat. Tetapi semakin lama(bahkan ke hari ini) rakyat jelata tadi tidak diberikan emas.
Jika difikir, penjajah semakin untung, kerana rakyat jelata disuruh bekerja dan berkhidmat dengan hanya diberikan kertas-kertas bernombor. Emas iaitu harta negara pula dijadikan suatu barang yang kurang bernilai berbanding wang kertas yang diberikan kepada kita, kerana dengan itu, pada suatu tempoh kelak, setelah rakyat lupa akan asal usul wang kertas ini, penjajah akan dengan banyaknya "membeli" emas-emas di seluruh dunia dengan wang kertas yang kononnya tersangatlah bernilai seperti yang kita fahami dan amalkan hari ini.

Maka hilanglah semua emas-emas didunia sedikit-demi sedikit akibat disapu habis oleh para penjajah.

Kedai menjual emas adalah satu kehidupaan yang direka oleh mereka supaya dengan mudah penjajah akan dapat membolot hampir semua emas di dunia ini. Membeli emas dengan nombor-nombor yang dicetak pada kertas. Sungguh tidak masuk akal. Pada mulanya penjajah mencetak wang kertas yang dimana gambar Permaisuri Elizabeth digunakan padanya selain dicetak nombor-nombor tertentu padanya. Tujuannya adalah untuk
kelihatan menarik agar dapat menarik perhatian rakyat terhadap penggunaannya.


 
Dengan kertas ini rakyat jelata boleh mendapatkan emas mereka. Rakyat jelata menjadi tenang apabila terpampang gambar pemimpin British di kertas itu. Kononnya penjajah serius menjaga kebajikan rakyat jelata. Tetapi pada hakikatnya ini semua hanyalah untuk meredakan kemarahan rakyat jelata atas penipuan demi penipuan.

Namun masih ramai lagi yang memperjuangkan hak penggunaan emas yang sepatutnya diberikan pada masa itu.

Maka kemudian penjajah bergerak selangkah lagi kehadapan bagi menarik perhatian rakyat terhadap penggunaan wang kertas.
Diantara penipuan mereka secara psikologi untuk membuatkan manusia bersetuju dengan penggunaan wang kertas ini adalah dengan meletakkan gambar-gambar yang memberikan imej negara kawasan jajahan itu sendiri pada wang kertas yang dicetak, seperti contoh gambar pemimpin negara itu sendiri, supaya dengan perlahan-lahan rakyat akan mula menerimapakai wang kertas ini dan akhirnya menghalalkan penggunaan wang kertas secara total seperti mana yang difahami dan diamalkan kita pada hari ini.




Sungguh terancang plan jahat mereka tanpa kita sedari. Bahkan kita paa hari ini hampir semuanya seperti bersetuju dengan sistem kuffar mereka ini. Seolah-olah merekalah penyelesaian kepada setiap masalah yang dialami oleh kita dalam zaman yang kononya bertamadun ini.

Ini semua akhirnya akan menjadikan kita semua, satu negara kita ini meleset dari segi ekonominya, akhlaknya dan lain-lain akibat tempias penggunaan kertas itu tadi. Fikirkan bagaiman dengan mudahnya harta negara dibolot semua sekali dengan kertas-kertas yang dicetak oleh mereka dengan nombor-nombor tertentu, dan semua usaha titik peluh rakyat akhirnya dibayar dengan kertas-kertas bodoh yang diukir dengan nombor-nombor tertentu dan angka-angka yang menarik perhatian. Semua ini adalah satu kebodohan yang diterapkan kedalam minda kita sebagai ketamadunan.

Yang lebih pelik lagi ialah, nilai sehelai kertas yang dinamakan RM ini adalah berubah-ubah mengikut tempat. Ya, ianya berubah-ubah. Jika di Malaysia, nilai 1 nya adalah bersamaan 1. Tetapi jika kita seberang ke pulau Singapura, nilai 1 menjadi 0.37. Jika keBahrain pula nilai 1 menjadi 0.01. Jika di U.k, nilai 1 bersamaa dengan 0.15. Tidakkah ini suatu pembohongan yang jelas? Jika penggunaan emas, 1 adalah 1 walau diman jua kita berada. Ianya mempunyai harga yang tetap bahkan semakin meningkat dari setahun ke setahun.
 



Maka lahirlah generasi tertindas seperti kita hari ini. Dan tunggulah kita semua akan kedatangan satu lagi era baru penjajahan zionis. Seperti mana British dijatuhkan dahulu sebagai kuasa dunia dan berpindah kepada Amerika laknatullah, begitu jugalah kuasa Amerika akan jatuh dan berpindah ke Israel dengan penipuan yang lebih dahsyat dengan bertopengkan ketamadunan.
Mengikut kajian, dalam beberapa tahun lagi mereka akan menjatuhkan sistem wang kertas dollar Amerika ini pada mulanya(inilah sebabnya mereka akan membuatkan dunia percaya bahawa kuasa pusat dunia telah terlepas dari tangan mereka), dengan tujuan untuk mereka memperkenalkan sistem wang yang baru, yang lebih menindas dan memihak kepada mereka, iaitu WANG ELETRONIK. Pada masa ini wang tidak lagi boleh disentuh, yang ada hanyalah nombor-nombor yang bermain-main didalam minda seluruh manusia.



 
Satu lagi penipuan yang akan ditanggung oleh generasi beberapa tahun akan datang sebelum datangnya imam mahdi untuk menghapuskan kekejian yang melarat didunia ini dan kemudiannya pembunuhan dajjal oleh nabi Isa setelah penurunannya kali kedua. Dunia kemudiannya akan kembali kepada sediakala dan sistem khalifah akan ditegakkan semula. Namun harga yang besar perlulah ditanggung oleh kita akibat kerosakan bumi ini sebagai akibat perbuatan kita sendiri yang selama ini berkiblatkan golongan penyembah syaitan ini. Harganya ialah perang dunia menentang tentera dajjal serta dajjal itu sekali sepertimana hadis-hadis dari nabi akan perihal akhir zaman.
Menurut riwayat Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Akan keluarlah Dajjal kepada umatku dan dia akan hidup di tengah-tengah mereka selama empat puluh. Saya sendiri pun tidak pasti apakah empat puluh hari, empat puluh bulan atau empat puluh tahun. Kemudian Allah mengutus Isa bin Maryam yang rupanya seolah-olah Urwah bin Mas’ud dan kemudian membunuh Dajjal itu.”


Oleh itu, saya menyeru kepada semua para pembaca, agar kita kembali kepada dinar (emas) dan dirham (perak) serta menghayati sistem ekonomi Islam yang popular dengan pengharaman riba'. Hanya tinggal satu fasa penipuan lagi kita akan dapat bertemu dengan nabi Isa dan Imam Mahdi(dengan izin Allah) dan akan hidup dalam aman damai dan harmoni.

Maka ingatlah pesan nabi junjungan kita terhadap penipuan wang kertas yang diamalkan kita hari ini. Kita semakin hampir kepada masanya dunia akan mencapai klimaks kesesatannya dan kemudian kembali semula kepada fitrahnya yang asal. Maka nabi telah berpesan kepada kita berkenaan penggunaan emas diakhir zaman kelak.
"Akan tiba suatu zaman dimana tiada apa yang bernilai boleh digunakan untuk umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham(untuk digunakan). Hadis dari musnad imam Ibn Hambal."

Teruskanlah berdoa agar kita tetap berada dijalan yang benar, bahkan apabila keluarnya dajjal kelak, kita akan berjuang bersama tentera imam mahdi dan bukannya bersama-sama al-masih dajjal laknatullah.





Wednesday, July 1, 2015

REPORT CARD?

Assalamualaikum.

Semalam tuan tanah pergi sekolah anak. Amik report kad, katanya. Memandangkan tuantanah tak de mintak cuti, kena pulak minggu ni turn tuan tanah pergi bank, makanya pagi2 lagi lepas punch kad terus tuan tanah keluar balik. Of kos la bagi tau colleague nak kuar jap.

Sampai2 tak ramai lagi orang. Tuan tanah gi naik sensorang, incik asben dok tunggu kat keta ngan baby Sumayyah tengah tido. Borak2 ngan anak kejap, sambil2 main game, tak sampai sejam dah sampai turn tuan tanah pulak ngadap cikgu. Oh, ajar agama rupanya. Ustazah la ni..

EH! Mana report kad? Laaa, print out atas A4 je. Hmm.. Laporan penilaian prestasi. Belek2 not bad la result anak dara ni. Tak letak high expectation pun sebab masih awal sangat lagi kan, baru darjah 2. Tapi agak di luar jangkaan jugak la.

Ni la dia resultnyer..
Ustazah cakap, "Anak puan ni sebenarnya pandai, kalau saya tanya dia dapat jawab, tapi dia banyak main masa saya mengajar."

Hmm.. dah memang namanya Aulia' macam tu la pe'el dia. Pikir2 balik anak tuan tanah sorang ni tak de la study sangat pun kat rumah. Homework pun kadang2 siap kadang2 tak buat. Bila tanya cakap dah siap atau tak de. Bila cek buku, banyaknyer tak siap...

Tapi tulah keistimewaan anak dara ni. Alhamdulillah dia cepat catch up. Tapi yg cepat sangat absorb ni la yang tuan tanah risau. Takut ter'absorb' mende2 tak sesuai dengan dia je..

Pape pun, alhamdulillah.. Allah dah kurniakan anugerah yang tak terhingga nilainya ni. Walaupun degil ya amat, tapi sebenarnya Aulia' ni anak yang penyayang, sayang adik2 dia. Rajin nak tolong ibu dia, cuma kadang2 over react sikit dan kuat merajuk. Tu yang demam bila tuan tanah pikir pasal beliau yang sorang ni.

Monday, June 8, 2015

EKZAM OH EKZAM...

Hehehee... (gelak dulu..)

Assalamualaikum. hari ni dengan bersemangatnye tuan tanah nak bagi tau..

Lagi 2 hari tuan tanah nak pi exam BITK ni. Heheee.. Nak exam tapi haram sepatah perkataan pun tak study lagi. Camne la tak amik sampai 3 kali tak pas2. Heh..


Ni la baru kelam kelibut nak carik soklan taun lepas. Soklan hokeh.. bukan nota lagi dah.
La ni dah tak dan nak  baca nota dah, hapal soklan je. Haha..

Mana la tak makin bijak pala hotak nih.. Adeh..

Pape pun, gud lak la untuk tuan tuan tanah sok ye.

Hmmm...

Sunday, June 29, 2014

JAHIT TUDUNG PULAK?

Hmmm.. tadi kita jahit baju kan? Tadi tu test drive je.. eh testing je nak tengok bley tak masukkan slideshare tu. Nampak gaya tuan tanah failed la bab-bab nak meng'insert' slide share ni. Tapi tak pe, link tu buleh bukak kan? Ok, belajor dari situ je lah yee...

Ni nak jahit tudung pulak. Alah, ape tak match langsung tudung ngan baju melayu ni tuan tanah ooiiii? Ala, tuan tanah selit je mana jumpe dulu, malas nak bookmark bebanyak.

Nak tak? Ni tudung awning punyer... Bakal-bakal saing Fareeda ni.. Hahahaaa..

*******************************************************************************************************



JOM JAHIT BAJU

Ehem.. ehem... Hadoi la tuan tanah ni. Betul-betul macam chipsmore la. Kejap ada, kejap tak de. Tapi lagi banyak tak de dari ada kan?

Wokeh, ni dah start puasa, maknanya tak lama lagi raya. Terasa-rasa cam nak carik contoh pola jahitan dress budak pulak. Tapi cam biasa la, lain kita carik lain pulak yang jumpa. Tak kisah la beb, janji hado... Hahahaha.. Pulak...

Ni tuan tanah jumpa manual untuk buat baju melayu cekak. Hmmm... sempat lagi ke nak buat ni? Tak polah, kito simpan yo lah untuk taun dopan ek? Hehehee...


******************************************************************************************************



Sunday, June 1, 2014

SEJADAH KUNING UNTUK BAGINDA

Alhamdulillah, dalam kepayahan tuan tanah mengendong anugerah-Nya sehari-harian, bakal berakhir Insya Allah dalam bulan Ogos 2014, Allah masih beri kekuatan untuk beribadat dan berkhidmat, walau cuma sedikit. Dalam keseronokan dan keghairahan tuan tanah menyelongkar dan mengorek isi ruangan maya ni (perghh.. ayat sastera.. tak pernah-pernah tuan tanah amik kelas sastera walaupun sangat berminat dengan sastera klasik..) tuan tanah terjumpe satu article yang sangat-sangat.... tak tau nak cakap macam mana perasaan ni. Kalau tuan tanah jadik rakyat hamba Allah ni memang tuan tanah rasa bersyukur sangat-sangat. Kalau boleh nak peluk cium, tapi... mana boleh kan. Haram... bukan mahram tuu..

Nak tau cerita dia? Haaa... Baca la... Tuan tanah sumber primer dari mana tapi tuan tanah dapat dari sini..

***********************************************************************************************************
Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja DiSanggah
- See more at: http://hakaluka.blogspot.com/2012/08/kisah-benar-sejadah-kuning-sultan.html#sthash.dxigvQ7T.dpuf

"Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja DiSanggah"
Masya Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.
first time dlm malaysia pintu istana dibuka utk rakyat jelata bukan utk menerima anugerah, tapi utk menyembah Raja kpd segala raja.

Allahuakbar!!


Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja DiSanggah
- See more at: http://hakaluka.blogspot.com/2012/08/kisah-benar-sejadah-kuning-sultan.html#sthash.dxigvQ7T.dpuf
Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja DiSanggah



Masya Allah!! Perkongsian hebat dari seorang warga Kelantan, Wan Norhaziki Wan Halim:

Suatu hari ketika saya di tingkatan tiga, saya ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu untuk mendirikan solat Jumaat.

Di dalam masjid, saya berasa hairan kerana para jemaah tidak berani menduduki beberapa helai sejadah kuning yang dihamparkan di belakang sejadah imam.

Tanpa mempedulikan orang lain, saya terus bersolat tahiyyatul masjid di atas sehelai sejadah kuning bersebelahan sehelai sejadah kuning empuk yang paling istimewa.

Ketika beri'tikaf, saya mula menyedari bahawa diri saya sedang diperhatikan oleh orang ramai termasuk tuan imam.

Tidak lama kemudian, beberapa individu berbaju Melayu kuning bersamping datang ke arah saya lalu duduk di atas sejadah-sejadah kuning berkenaan.

Baru saya menyedari bahawa Sultan Kelantan (Sultan Ismail Petra) duduk betul-betul di sebelah kiri saya di atas sejadah empuk tadi.

Ketika itu, saya mula rasa bersalah dan bertekad hendak mundur ke saf belakang kerana menyedari bahawa sejadah yang saya duduki di sebelah baginda sultan itu telah dikhaskan untuk seorang individu.

Ketika saya cuba berundur ke belakang, seorang pemuda yang saya yakini merupakan pemilik sejadah tersebut menghalang saya dari berundur dan beliau duduk bersebelahan saya.

Ketika bersalaman dengannya, beliau menghadiahkan senyuman manisnya kepada saya. Hari ini pemuda tersebut telah bergelar 'Sultan' bagi Negeri Serambi Mekah.

Jika dahulu semasa bergelar 'Raja Muda' baginda pernah membenarkan sejadahnya dipijak oleh saya, hari ini pula setelah bergelar 'Sultan' baginda telah membenarkan mahligainya diinapi oleh ribuan rakyatnya untuk berqiyamullail.
first time dlm malaysia pintu istana dibuka utk rakyat jelata bukan utk menerima anugerah, tapi utk menyembah Raja kpd segala raja.
Allahuakbar!!
- See more at: http://hakaluka.blogspot.com/2012/08/kisah-benar-sejadah-kuning-sultan.html#sthash.dxigvQ7T.dpuf
Raja Adil Raja Disembah, Raja Zalim Raja DiSanggah
- See more at: http://hakaluka.blogspot.com/2012/08/kisah-benar-sejadah-kuning-sultan.html#sthash.dxigvQ7T.dpuf