A
ssalamualaikum...
Sebelum enkorang baca misteri malam sebelum kejatuhan Kerajaan Melayu Melaka moleklah kiranya (ecewahh.. macam hikayat pulak) tuan-tuan baca dulu article di bawah..
Ini adalah catatan dari seorang yang gemar berkembara dan menyusur sejarah.. (ni la link dia..)
Tujuan tuan tanah tepek article ni adalah untuk memberi sedikit keadaan pemerintah dan masyarakat pada masa tersebut yang tak langsung berkaitan dengan hukum hudud. (pada pandangan tuan tanah la..) Kalau ada yang beranggapan sangat berkaitan sila komen, ok? Gua tak marah punyer...
******************************************************************************************************
Assalamualaikum warahmatullah hi ta'ala wabarakatu.
Salah satu
sebab utama saya memberanikan diri menulis buku "Berpetualang ke Aceh:
Mencari Diri dan Erti" yang isinya menongkah arus zaman walaupun ramai
memberi peringatan ia mungkin tidak akan memberi apa-apa keuntungan
malah belum tentu lagi dapat mengembalikan modal adalah untuk
memperjuangkan beberapa perkara yang saya yakin penting untuk
mengembalikan jatidiri sebenar bangsa Melayu Islam. Salah satu perkara
tersebut ialah sejarah Melayu yang digelapkan. Kenapa sebut digelapkan?
Kerana saya percaya banyak sebenarnya yang kita tidak tahu tentang
kekuatan sebenar bangsa kita dahulukala dan memang ada pihak
berkepentingan yang tidak mahu kita tahu. Pihak yang mana? Banyak...
Paling utama adalah penjajah Barat pro Zionis, disokong para pemikir
Orientalis. Bersama, mereka amat berkuasa menentukan arah hala-tuju
sosio-politik dunia di samping mengawal kurikulum pelajaran sejagat lalu
menulis sejarah termasuk tentang tanah-air kita mengikut kaca-mata dan
kepentingan mereka sahaja... Dan saya juga percaya, rangkaian Zionis
serta sekutu mereka yang bergerak di balik tabir sambil memakai pelbagai
topeng muluk seperti persatuan membela hak asasi manusia dan gerakan
politik pembaharuan amat arif akan ilmu jiwa dan sosiologi yang
diperlukan untuk meneruskan agenda penggelapan ini kerana memang mahukan
umat Islam sentiasa rasa kerdil dan celaru jatidiri akibat kurang faham
hakikat asal-usul kita yang sebenar.
Kita sering disogokkan
dengan sejarah "rasmi" bahawa keSultanan Melaka yang merupakan simbol
kegemilangan bangsa Melayu dahulukala jatuh ke tangan Portugis kerana ia
bersifat kuno berbanding kuasa Barat. Kita diajar, budaya ilmu kita
tidak sehebat Barat maka itu kita tidak mampu menepis kedatangan mereka.
Kita diberitahu berulang-kali, kita kalah kerana pejuang kita cuma
mengharapkan keris, tombak dan pedang sedangkan Portugis dan
bangsa-bangsa Barat lain memiliki pistol, senapang dan meriam yang mampu
membunuh daripada jauh. Maka itu, kita pun digambarkan seperti orang
hutan yang duduk atas pokok lalu "sudah patutlah" kita dikalahkan dengan
senang. Betulkah semua ini? Pernahkah kita fikirkan apakah kebenarannya
secara mendalam?
Lakaran perang Aceh-Portugis di Melaka tahun 1629 Masihi
Catatan ketua panglima Portugis, Alfonso di
Alburqueque sendiri menyebut, setelah Kota Melaka dikalahkan, Portugis
telah merampas 3,000 pucuk meriam dan katanya itu baru separuh daripada
meriam milik Melaka. Maknanya kota itu sudah ada 6,000 pucuk meriam
ketika itu dan ini adalah cerita 500 tahun dahulu! Ada cerita menyebut,
orang Portugis terjumpa sebuah benda ajaib di istana Melaka. Bila
dipandang objek tersebut, muncullah muka manusia di dalamnya. Apabila
diteliti balik, muka manusia itu adalah muka orang yang memandang...
Rupa-rupanya objek itu adalah cermin tetapi orang Portugis baru kali
pertama melihatnya! Jadi siapakah yang kuno dan siapakah yang lebih
bertamadun? Kalau orang Melaka sudah bertamadun lebih tinggi daripada
Portugis, kenapa pula ia boleh jatuh ke tangan Barat?
Buku
"Berpetualang ke Aceh" cuba mengajak bangsa Melayu supaya memikirkan
perkara ini dan mengukur balik sejarah "rasmi". Beberapa bulan lepas,
sedutan berkenaan sebab sebenar kejatuhan Melaka ini pernah dibangkitkan
dalam website terpilih di Internet dan telah mendapat reaksi yang
menggalakkan. Maka biarlah ia dibangkitkan lagi supaya perjuangan
membongkar balik kebenaran agar yang bathil gugur dengan sendirinya
dapat diteruskan. Insyaallah!
Pernahkah
anda bertanya secara jujur, mengapa Kota Melaka yang digelar Barat
sebagai “Venice of the East” boleh kalah dengan mudah? Bukankah ia
diakui ramai sebagai kota paling makmur di rantau ini pada zaman itu?
Dan untuk mempertahankannya, bukankah Melaka memiliki angkatan perang
hebat termasuk kelengkapan laut yang amat besar dan paling canggih di
bumi Melayu? Lalu bagaimana ia boleh jatuh ke tangan Portugis yang
menurut ceritanya cuma membawa beberapa buah kapal sahaja? Apakah
kelengkapan Melaka begitu lemah?
Sejarah rasmi sering menyebut Melaka
jatuh kerana kelengkapan moden angkatan Portugis mengatasi kelengkapan
kuno orang Melayu. Mereka memiliki meriam-meriam berkuasa tinggi,
istinggar (pistol lama), baju dan perisai besi sedangkan orang Melayu
kononnya cuma mengharapkan tombak, lembing, pedang dan keris. Pakai pula
baju Melayu yang senang dirobek senjata. Orang Portugis pakai baju besi
yang tidak lut dek keris. Mana tak Melayu kalah? Kuno dan mundur
ketinggalan zaman...
Tetapi tanyalah diri anda secara jujur. Apakah
orang Melaka yang ketika itu telah lama menerima para pengunjung dan
pedagang dari peradaban-peradaban besar seperti empayar Islam di Timur
Tengah, China dan India begitu daif dan mundur? Kita telah lama
menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara yang jauh lebih
maju daripada Barat zaman itu. Apakah orang Melayu tidak mengerti
keperluan pertahanan untuk menjaga sebuah kota yang menjadi nadi
perdagangan Nusantara malah seluruh dunia? Apakah bangsa kita begitu
kolot dan bodoh?
—————————
“Tidak. Melaka jatuh bukan
kerana orang Melayu kuno,” Rasyid bercerita ala seorang pejuang bangsa
di hadapan beberapa orang kenalan lain pula. “Dahulu lagiMelaka sudah
memiliki meriam dan istinggar yang boleh dibeli dari Timur Tengah atau
Cina, sudah kenal apa itu baju besi. Malah aku yakin orang Melayu sudah
mampu membuat semua alatan perang ini sendiri. Ingat Melayu dahulu bodoh
sangatkah?”
“Mereka yang memilih untuk berlawan dengan keris, tombak
dan lembing pula bukan calang-calang orang,” dia meneruskan. “Bukan
tidak pernah melihat senjata moden atau berfikiran kuno. Percaya atau
tidak, mereka memiliki kebolehan tertentu untuk mengatasi alatan
canggih.”
Angkatan laut Melaka yang sering meronda sepanjang Selat
Melaka, laluan dagang tersibuk di dunia sampai sekarang pula diakui
kecekapannya. Di bawah kepimpinan tokoh-tokoh berwibawa seperti
Bendahara Tun Perak dan Laksamana Hang Tuah, ia telah berjaya memukul
mundur armada laut Siam, juga ancaman mana-mana pihak...
“Bukankah ia
cukup besar dan kuat untuk menjamin keselamatan penduduk, pendatang dan
pedagang sepanjang Selat Melaka?” Rasyid mengutarakan. “Mampu meronda
dari utara Semenanjung sehingga selatan ke Pulau Jawa, memantau dan
menghidu pergerakan musuh sebelum mereka dapat menghampiri pusat
pemerintahan di Kota Melaka?”
Lalu bagaimana Kota Melaka boleh jatuh?
Lebih pelik lagi, di manakah angkatan laut Melaka ketika ia diserang?
Satu soalan cepumas yang membuat ramai kenalan pemuda itu ternganga...
“Bacalah
mana-mana buku cerita atau sejarah mengenai kejatuhan Melaka termasuk
tulisan Barat yang berat sebelah,” dia mencabar pula. “Angkatan laut ini
langsung tidak terlibat sehingga Melaka dengan senangnya boleh dibedil
Portugis dari laut. Tidak ada satu pun kapal Melaka menghalang, tidak
ada apa-apa sekatan. Tidakkah ini aneh?”
“Inilah akibatnya bila raja
yang bodoh dan rakus diangkat menaiki takhta sementara pembesar yang
korup diharap menjaga negara.” Rasyid terus bercerita. “Mereka yang
benar-benar berkebolehan dipinggirkan sedangkan pembesar berwibawa yang
masih ada menjadi tawar hati. Bagaimana jentera pertahanan hendak
digerakkan dengan cekap? Mungkin penduduk Melaka sendiri serta para
pedangang luar sudah siap sedia membelot, membuka laluan untuk Portugis
menawan Melaka? Atau memang sudah lama wujud gunting dalam lipatan yang
inginkan Melaka jatuh sehingga angkatan laut Melaka tidak berfungsi sama
sekali?”
Ada cerita lama orang tua-tua Melayu menyebut kebanyakan
kapal yang menyerang Kota Melaka sebenarnya bukan milik Portugis tetapi
Melayu, kapal angkatan laut Melaka juga! Rasyid juga pernah terbaca,
tidak ingat di mana, sebuah laporan Portugis pula menyebut mereka ada
ternampak sebuah angkatan laut yang dikenalpasti milik orang Melayu
sedang disediakan untuk menyerang dari satu tempat di perairan Melaka.
Mungkin benar Tun Mutahir sedang bersiap-sedia untuk merampas takhta
atau ada pihak lain bertanggungjawab tetapi menuduh Bendahara pula yang
ingin berlaku khianat? Yang pasti, ada pihak yang membelot...
Apapun,
nasi sudah menjadi bubur. Melaka jatuh dan terus dijajah selama lebih
400 tahun. Sultan Mahmud pula menjadi orang pelarian dan menurut
ceritanya, terpaksa meninggalkan Kota Melaka lari selatan ke Muar.
Itupun terus dikejar Portugis, tidak boleh duduk aman lama di satu
lokasi, terpaksalah hidup merempat dari satu tempat ke satu tempat.
Apakah dia menyesal atas segala perbuatannya dahulu?
“Sesal dahulu
pendapatan, sesal kemudian tidak berguna!” Rasyid menambah seraya
bermadah pula. Madah berhelah agaknya... “Hendak kata dia menyesal pun
tidak pasti kerana dalam pelarian itulah Sultan Mahmud sempat membunuh
anak kandungnya sendiri, Raja Ahmad!”
**********************************************************************************************************************************
article sambungan... (link)
Masjid Kampung Raja di Pagoh, Muar, Johor. Di sebelah masjid inilah
terletaknya makam Sultan Alauddin Riayat Shah (memerintah 1477-1488
Masihi), satu-satunya Sultan Melaka yang makamnya masih wujud di
Malaysia.
Subhanallah. Terasa mahu menyambung lagi cerita daripada Bab 2 buku
"Berpetualang ke Aceh: Mencari Diri dan Erti"... Kira sambungan terus
daripada sedutan mengenai Sultan Alauddin Riayat Shah dalam artikel
sebelum ini...
Di sini terbit satu kekhilafan sejarah yang
nyata. Kenapa Sejarah Melayu menceritakan Sultan Alauddin semakin gering
lalu memanggil Bendahara dan para pembesar malah bersandar pada
dayang-dayang sebelum memberi wasiat supaya Sultan Mahmud yang masih
belum bercerai susu pula diangkat sebagai penggantinya? Bagaimana
baginda boleh berbuat begini sedangkan hari-hari terakhirnya dihabiskan
di luar Istana Melaka, nun jauh di Pagoh dengan makamnya di sana sebagai
bukti?
Bagaimana pula Sultan Mahmud yang ibunya anak Bendahara boleh
diangkat sedangkan Sultan Alauddin mempunyai seorang lagi anak yang
jauh lebih tua, matang dan layak, seorang anak gahara dari ibu berdarah
raja bernama Raja Munawar? Apakah mungkin ini berlaku kerana Raja
Munawar yang pernah ditabalkan sebagai pemerintah Kampar juga mempunyai
sifat adil, warak, tegas dan gagah berani seperti ayahandanya?
“Apakah
kerana baginda tidak boleh dipengaruhi para pembesar korup, maka Sultan
Mahmud yang belum mengerti apa-apa lalu senang diperalatkan pula
dipilih?” tanya Rasyid kepada kawan-kawannya. “Yang pasti, Sultan Mahmud
lebih memenuhi citarasa para pembodek. Boleh diampu, ‘diangkat’ secukup
rasa. Apa salahnya dibiarkan bermaharajalela asalkan tidak mengganggu
kegiatan ‘extra-curriculum’ mereka?”
Memang pemuda ini marah apabila
bercerita tentang apa bentuk salah-laku yang dilihatnya tidak kira pada
zaman mana ia berlaku, walaupun orang lain mungkin tidak mempunyai
pandangan serupa. Tetapi mereka yang mengenalinya tidak kisah jika
kata-katanya kadang-kadang agak keterlaluan dan emosional. Atau mereka
kurang sedar betapa pentingnya ‘fakta’ yang ingin diketengahkan? Tidak
endah bahawa itulah faktor utama kejatuhan Melaka, faktor sama yang
boleh menyebabkan kejatuhan Malaysia jika pemimpin serupa diangkat
menerajui negara?
“Ingat tidak cerita peminangan Puteri Gunung
Ledang?” Rasyid bertanya. Kali ini di hadapan beberapa orang yang baru
sahaja dikenali di sebuah warung terpencil di Hulu Langat. “Kerana
inginkan sangat puteri itu, Sultan Mahmud sanggup memaksa rakyat Melaka
menggadaikan harta benda dan tenaga untuk membuat kerja sia-sia. Demi
memenuhi syarat peminangannya, rakyat dikerah mendirikan jambatan emas
dari Kota Melaka ke Gunung Ledang. Kalau dilihat pada peta sekarang
adalah 40 kilometer jauhnya. Berapa tan emas kah yang perlu dipakai?
Berapa banyak harta rakyat harus digadai? Berapa banyak tenaga yang
dipersiakan?”
Tidak cukup itu, mereka disuruh pula mengumpul
bertempayan air mata anak dara. “Bagaimana pula dengan sedulang hati
nyamuk dan sedulang hati kuman yang perlu disediakan juga. Hendak
mencari nyamuk sedulang pun payah, inikan lagi hatinya, apa lagi hati
kuman. Tidakkah gila rakyat Melaka dibuatnya?” Rasyid terus melepaskan
geram.
Tetapi orang tidak boleh berkata apa kerana kisah ini memang
disebut dalam kitab Sejarah Melayu juga Hikayat Hang Tuah. Lagipun
pemuda ini bercerita perkara yang benar kerana Sultan Mahmud memang
terkenal dengan kezalimannya. Bukankah pepatah Melayu menyebut raja adil
raja disembah, raja zalim raja disanggah? Pada Rasyid, daripada orang
lain seperti Mat Saleh kutuk bangsa kita, baik orang Melayu sendiri
mengingatkan bangsa. Jangan sampai orang seperti Munsyi Abdullah yang
menegur anak raja bodoh tidak pandai membaca, asyik hendak berlaga ayam
sahaja pula berlagak sebagai pejuang bangsa sedangkan hamba Allah ini
juga bertanggungjawab menterjemahkan kitab Bible ke dalam Bahasa Melayu.
Untuk apa? Supaya kita menjadi bangsa yang lebih bertakwa? Sudahlah...
Tali barut penjajah... Jangan sejarah lama berulang kembali... Maruah
bangsa dan tanahair tergadai lagi. Jadilah Pak Kaduk setakat menang
sorak. Mana tidak bangsa lain kata orang Melayu, bodoh, lemah...
“Apapun,
akhirnya, sejarah menyebut Sultan Mahmud tidak dapat memperisterikan
Puteri Gunung Ledang,”seorang hamba Allah menyampuk. “Kerana dia tidak
dapat memenuhi syarat terakhir iaitu mempersembahkan semangkuk darah
anaknya Raja Ahmad. Tidak sampai hati melihat anak kecilnya sedang lena
beradu,”
“Betul! Tetapi dia nyaris nak buat juga,” Rasyid menjawab
balik. “Bukan senang membendung kehendak raja rakus yang sedang
memuncak. Menurut cerita dalam Hikayat Hang Tuah, Sultan Mahmud memang
sampai hati hendak menumpahkan darah anaknya sendiri tetapi Puteri
Gunung Ledang sempat menjelma di istana lalu menghalang.”
“Kamu tidak
tontonkah filem Puteri Gunung Ledang?” dia menyambung. “Bukankah Tiara
Jaquelina yang berlakon sebagai puteri itu telah menjelma dalam istana
untuk memberi amaran kepada Raja Melaka? Sebelum itu, Sophia Jane yang
berlakon sebagai Tun Fatimah sudah mendaki Gunung Ledang untuk
memberitahu Tuan Puteri tentang niat suaminya yang bermata keranjang
mahu masuk meminang. Dia sendiri menyebut boleh ke tudung saji dibuat
tutup mulut gunung berapi...”
“Eh... Kamu ini pandai-pandai sahaja
bercerita,” seorang pendengar lain menegur. “Bukankah Tun Fatimah
menyebut bolehkah air disiram untuk memadamkan gunung berapi, lebih
kurang begitu...”
“Entahlah...” jawab Rasyid. “Tudung saji ke tudung
botol, aku tidak berapa ingat dialognya. Tetapi maksudnya, bolehkah
ditutup nafsu Sultan Mahmud yang sudah berahi sangat hendak beristerikan
puteri itu.”
Mungkin begitulah juga keadaannya bila ada pemimpin
negara yang gilakan perempuan. Bukannya rakyat tidak tahu, berapa ramai
orang politik sanggup berbuat apa sahaja untuk mendapatkan wanita pujaan
mereka? Setakat bercakap bohong ini nothing, memang tabiat semulajadi
orang-orang ini... Masalahnya ada yang sanggup mempermainkan agama,
bangsa dan negara, pandai bermain ayat-ayat Al-Quran, berlagak seperti
ustaz dan sanggup menggunakan kuasa yang diamanahkan, juga harta awam
untuk mencapai cita-cita dan memenuhi nafsu serakah. Akhirnya yang punah
rakyat juga, termasuk perempuan yang termakan pujuk-rayu mereka...
Menurut
satu cerita pula, Puteri Gunung Ledang sengaja memberi syarat-syarat
mengarut kerana mereka sebenarnya haram berkahwin. Ini kerana menurut
orang-orang lama yang pernah ditemui Rasyid, baginda adalah ibu saudara
Sultan Mahmud, anak nendanya, Sultan Mansur Shah dengan puteri
Majapahit! Mana boleh berkahwin beb? Nak jadi macam Sangkuriang yang
gilakan ibu kandungnya? Atau kalau Mat Saleh (sebab ramai Melayu tak
kenal sejarah bangsa sendiri) jadi macam Oedipus?
Anak muda itu
teringat komen seorang tua yang dikenalinya mengenai filem Puteri Gunung
Ledang. Pejuang lama kemerdekaan orang Melayu ini cukup marah kerana
Hang Tuah digambarkan sebagai “mat jiwang”, syok sangat bercinta dengan
puteri itu sehingga frust giler, sanggup lari terpekik-terlolong tak
tentu arah sampai boleh tergolek masuk paya...
“Cis! Menjatuhkan
maruah pahlawan Melayu sahaja,” katanya marah. “Sudahlah begitu, filem
ini juga menggambarkan tentera kerajaan Demak macam gangster, golongan
fanatik agama yang tidak menghormati hak asasi manusia... Serang
kerajaan Majapahit sehingga sanggup bakar rumah rakyat biasa yang tidak
berdosa. Mana ada tentera Islam buat begitu? Kerajaan Demak adalah
KeSultanan Islam pertama di Pulau Jawa, disokong pula para Wali Songo...
Islam tidak mengajar umatnya membakar rumah orang, apalagi milik
golongan marhain. Ini semua propaganda halus untuk menjatuhkan maruah
Islam. Atau orang yang buat filem ni memang tak peka sejarah?”
“Kebodohan
dan kerakusan Sultan Mahmud bukan setakat itu saja,” Rasyid meneruskan
cerita di hadapan pengunjung warung di Hulu Langat. “Ada banyak lagi dan
lagi... Salah satunya Sejarah Melayu menceritakan dia sanggup membunuh
saudara kandungnya sendiri, Raja Zainal!”
Menurut cerita itu, Sultan
Mahmud amat marah, dengki dan iri hati kerana segala kaum wanita Melaka,
tua dan muda, dara juga yang berpunya akan berhenti membuat kerja lalu
duduk di serambi rumah atau menghendap dari balik tingkap untuk menatap
rupa paras Raja Zainal yang elok dan kacak setiap kali saudaranya itu
keluar dari istana untuk bersiar-siar. Maka itu dia telah mengarahkan
agar adindanya itu dibunuh secara senyap-senyap demi ‘kesejahteraan’
negara. Agar para wanita Melaka tidak lagi dapat menatap wajah kacaknya
sehingga Melaka menjadi ‘huru-hara’. Bacalah kitab Sejarah Melayu. Lebih
kurang begitulah ‘prihatinnya’ seorang raja dalam menjaga ‘kebajikan’
rakyatnya.
“Mungkin dia tidak rasa bersalah kerana Raja Zainal adalah
adinda tirinya, seibu dengan Raja Munawar yang disisih dari takhta
Melaka.” Rasyid menduga. “Kitab Sejarah Melayu ada menyebut Sultan
Mahmud kurang senang apabila ada pembesar yang kelihatan lebih suka jika
Raja Munawar menaiki takhta. Maka eloklah juga adinda seibu Raja
Munawar ini dihapuskannya, kuranglah seorang ‘pencabar’ takhta. Tapi apo
nak dikato apabila Sultan ini nanti sanggup membunuh anakandanya, darah
dagingnya sendiri Raja Ahmad yang dahulunya ditatang bagaikan minyak
penuh dalam cerita peminangan Puteri Gunung Ledang?”
Sebelum itu,
Sultan Mahmud telah mengarahkan pembunuhan seisi keluarga Bendahara Tun
Mutahir kerana percayakan fitnah. Sejarah Melayu mencatatkan, dia telah
lama berdendam kerana Bendahara tidak memberitahu beliau mempunyai
seorang puteri rupawan bernama Tun Fatimah. Sultan cuma dapat tahu
apabila dijemput menghadiri majlis perkahwinan puteri itu dengan Tun
Ali. Maka apabila ada yang menjaja cerita Tun Mutahir merancang untuk
merampas takhta, Sultan Mahmud mengarahkan seluruh isi keluarga Tun
Mutahir dibunuh tanpa periksa, termasuk Tun Ali. Tun Fatimah pula dibawa
ke istana untuk dijadikan isteri. Tidak lama kemudian, Kota Melaka pun
diserang Portugis dan menurut catatan-catatan rasmi dengan senang jatuh
ke tangan mereka.