Wednesday, November 16, 2011

Terlaksanakah tugas kita sebagai Umat Islam?

 Kisah di bawah adalah diambil dari forum kementerian kesihatan....


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hing...ga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?

Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

SOLAT SELEPAS HAID - MAKLUMAN PENTING UTK KAUM WANITA

Assalamualikum lagi skali.

Ni aku nak share pulak lagi satu bab, hal2 orang pompuan. Penting ni utk pengetahuan kita, orang lelaki pun kena jugak ambik tau. Jangan nak kata tak payah blaja ye sebab awak tu nanti nak kawin ada bini kena jaga, anak anak pompuan nak kena didik. Kalo korang biarkan diorg dengan pemahaman singkat pasal 'bab2 orang pompuan' ni korang yang kena tanggung azab kat neraka nanti tau.

So, sama2 kita lepak kat sini ye, atau boleh gi santai2 kat szlihin.blogspot.com

Selamat menimba ilmu. Tataa..

***Sampaikanlah ilmu walau satu ayat....

YouTube Punye Hal..

Assalamualikum..
Agak dah lama jugak aku tak masuk blog aku ni, asyik masuk blog orang je. Bukan pe, kalo masuk blog sendiri kena wat posting baru, dah ganggu masa aku nak wat keje. Kalo masuk blog orang sambil2 nunggu sistem aku loading bley gak aku jenguk2 jap posting diorang. Hehee..

Aku paling suka blog mamat ni, solihinzubir.com ngan blog kedua dia ni, szlihin.blogspot.com. Best aa citer2 die, banyak aku nak share ngan korang tapi aku nak share yg pasal topik ni dulu, YouTube Yg Misteri... Hehee. ni aku tukar tajuk je, jgn marah ek brader Solihin. Yg lain2 aku tak kesah sangat, yg ptg aku nk try tang download tu. Heheee...


***Saje aku tak tulih detail biar korang tengok sendiri kat link aku bagi tu. Credit utk brader Solihin Zubir.

Tuesday, November 1, 2011

AL-KISAH YAYA : BUNYI GONG GONG...

Hmmm... Lamanyer teman x mengupdate belog ni yer.. Macam2 bende teman nak share tapi x de masa nak nulih2 ni. Asyik lalu-lalang belog org jer.. sambil2 buat keje. Hari tu sebok ngan keje+kelas+exam. Skang exam dah abih tinggal keje je yg berlonggok2. Adat la, selagi hidup selagi tu la ade je keje. Berdebar2 lak tunggu result 4 hb ni.

Ni nak citer pasal anak dara teman. Baru masuk 4 tahun tapi cakapnyer kadang2 dah macam org besau. Orang besau pun kengkadang terkedu dengar dia cakap.

Hari tu anak dara teman ni, Aulia' a.k.a Kakak Yaya (ni dia yg suruh panggil kakak) borak2 ngan adik ipar teman laki bini. Pak Uda ngan Mak Uda pun rajin melayan. Macam2 la dorang borak malam tu. Citer punye citer Pak Uda dia tanya la pulak dia, saja nak ngetest la tu.

Pak Uda tanya kenapa bunyi anjing "gong gong gong..." Dengan muka serius tanpa ada tanpa ragu2 Yaya jawab, "Yelah, dia bukan kambing kan..." Ok, Pak Uda dah terkedu. Haaaa, ambik la Pak Uda.

+++Hari ni Pak Uda dapat baby, 1st baby dorang. Welcome to the very happening club. Tahniah dari Mak Lang, Pak Lang, Kakak Yaya & Adik Adam. Adam pun dah x layak panggil adik dah, kena blajo panggil abang.. Hehehe..

Sunday, April 10, 2011

BUKTI NABI MUSA MELALUI LAUT YG TERBELAH DUA

 Menarik... aku dapat ni dari 1 blog, aku tepekkan kat sini utk korg baca. Fakta, bukan auta..



LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.
 
BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi

*************************************************************************************************************
Aku tepek jugak info dari Jurnal Public Library of Science ONE (klik sini kalo korang nak baca lebih lanjut report pasal kajian nih)

Background

Wind setdown is the drop in water level caused by wind stress acting on the surface of a body of water for an extended period of time. As the wind blows, water recedes from the upwind shore and exposes terrain that was formerly underwater. Previous researchers have suggested wind setdown as a possible hydrodynamic explanation for Moses crossing the Red Sea, as described in Exodus 14.

Methodology/Principal Findings

This study analyzes the hydrodynamic mechanism proposed by earlier studies, focusing on the time needed to reach a steady-state solution. In addition, the authors investigate a site in the eastern Nile delta, where the ancient Pelusiac branch of the Nile once flowed into a coastal lagoon then known as the Lake of Tanis. We conduct a satellite and modeling survey to analyze this location, using geological evidence of the ancient bathymetry and a historical description of a strong wind event in 1882. A suite of model experiments are performed to demonstrate a new hydrodynamic mechanism that can cause an angular body of water to divide under wind stress, and to test the behavior of our study location and reconstructed topography.

Conclusions/Significance

Under a uniform 28 m/s easterly wind forcing in the reconstructed model basin, the ocean model produces an area of exposed mud flats where the river mouth opens into the lake. This land bridge is 3–4 km long and 5 km wide, and it remains open for 4 hours. Model results indicate that navigation in shallow-water harbors can be significantly curtailed by wind setdown when strong winds blow offshore.

Thursday, April 7, 2011

Mari kita fikirkan.

Dah lama tak update blog ni. Bz maa.. Hari ini kita review satu artikel dari akhbar berbahasa cina. Menarik gak artikel ni, fakta yg memang tak boleh dipertikai lagi..

DASAR KERAJAAN PERLU BERKESAN
Akhbar Sin Chew Daily terbitan 14 Mac 2011 menerusi tulisan Timbalan Editornya, Tay Ting Hien memaparkan artikel mengenai pelbagai program yang dilancar kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah.
Berikut adalah artikel yang ditulis beliau bertajuk ‘Lebih baik dipraktikkan daripada hanya berniat baik’ yang disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat di halaman 28.
Skim Rumah Pertamaku telah dilancarkan baru-baru ini. Menerusi program itu, warganegara berumur 35 tahun ke bawah yang berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan, boleh membuat pinjaman 100 peratus bagi membeli rumah tidak melebihi RM220,000.
Seterusnya, Presiden MIC, Datuk G. Palanivel turut mengumumkan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang bekerjasama dengan parti itu untuk menggalakkan kaum India berpendapatan rendah di bandar kembali ke ladang-ladang.
Langkah itu, adalah supaya kaum India dapat keluar dari kawasan rumah setinggan yang sesak dan kotor serta menghindari mereka daripada terlibat dengan kegiatan jenayah.
Memang benar dasar kerajaan itu berniat baik dan ia membuktikan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak dilupakan. Tetapi dasar yang berniat baik itu, tidak semestinya berkesan untuk menangani segala permasalahan yang dialami kerana penggubal polisi berkenaan tidak memahami masalah yang dihadapi golongan itu.
Cuba kita gunakan kaedah matematik yang termudah sekali. Seorang pemuda bernama Khadafi berusia 30 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,000. Jika membeli rumah berharga RM200,000 di bawah Skim Rumah Pertamaku, dia perlu membayar ansuran bulanan RM1,200 sepanjang 25 tahun (sehingga usia pencen).
Selepas bayar rumah, baki duit Khadafi sebanyak RM1,800. Bayar pinjaman kenderaan RM800 sebulan, tinggal baki RM1,000 lagi. Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM330, baki wang beliau kini adalah sebanyak RM670.
Jika duit petrol kenderaan RM300 sebulan, bil api dan air, telefon dan pelbagai sebanyak RM300, maka baki akhir yang beliau peroleh adalah RM70 sebulan. Ini adalah untuk duit makan dan minum.
Angka itu hanya cukup untuk makan dan minum dalam masa dua hingga tiga hari sahaja. Jika Khadafi mahu menyara isteri dan ibu bapa beliau, mereka sekeluarga boleh telan angin dan minum air hujan untuk isi perut.
Dalam pada itu, Khadafi menghadapi masalah lebih serius jika dia tinggal di Lembah Klang, kerana rumah dengan keluasan 400 meter persegi telah menjangkau RM230,000 sebuah. Rumah yang lebih selesa turut meningkat kepada antara RM400,000 hingga RM500,000 sebuah.
Oleh itu, kenapa tidak dibina lebih banyak rumah kos sederhana yang berpatutan bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah.
Sementara itu, langkah menggalakkan kaum India di bandar kembali ke ladang-ladang adalah tidak sesuai kerana mereka dijangka hanya akan mendapat pendapatan antara RM400 hingga RM500 sebulan. Kemudahan pendidikan di kawasan ladang juga serba kekurangan.
Sehubungan itu, kerajaan sepatutnya meningkatkan kemudahan asas di ladang-ladang dan memastikan pendapatan ditingkatkan kepada RM800 sebulan.
Dasar-dasar kerajaan yang berniat baik perlu memberi kesan yang praktikal, barulah ia dapat memberi manfaat kepada rakyat.

Monday, March 14, 2011

SERAM!!

14 Mac 2010... (Isnin) @ 9 Rabiul akhir 1432 Hijriah..

Hari hampir Maghrib, dapur masih belum habis kemas lagi. Ah! Lepas ni nak kena bersihkan karpet depan pulak. Habis bedak satu botol budak-budak ni buat main. Hai, penat kat tempat kerja tak hilang lagi dah bertambah pulak dengan penat kat rumah. Kalau abang ada boleh la jugak tolong tengok-tengokkan budak-budak ni.

"Allahu akbar, Allahu akbar..."

Dah azan dah, aku tak mandi lagi. Nak mandi hapenye bedak ni tak setel-setel lagi. Adam dgn Yaya pun dah senyap, tido la tu. Maghrib je tido. Kalau boleh aku tak nak ajar budak-budak ni tido waktu-waktu cenggini, tapi kalo aku tahankan mengamuk sakan pulak diorang ni.

*******************************************************************

Dah 8.15 malam..

Dah siap mandi, baru nak solat. "Dam.. dam dam dam, dumm." Alah, bunyik pulak bende alah ni. Mainan anak aku la ni. Ade pulak yang berkenan nak main maghrib-maghrib ni. Diam la, anak aku nak tido.

"Dam.. dam dam dam, dumm."

"Dam.. dam dam dam, dumm."

Bunyik lagi. Wah, cabar aku nampak. Tak boleh jadik ni. Nanti kau. Al-quran dgn Yaasin cepat-cepat aku capai. Nak solat dulu.

*******************************************************************

Selesai solat aku terus baca Yaasin. Lepas baca doa lepas solat la.. Selesai Yaasin dengan doanya aku sambung baca Al-Mulk pulak. Tengah baca Al-Mulk dah dekat hujung-hujung surah azan Isyak pulak.
Dan-dan lepas azan Isyak dia buat lagi. Aku tak tunggu terus sambung habiskan Al-mulk.

Habis je baca Quran bunyik lagi. Pandai ko ye, time azan, time aku solat, time aku baca Quran, ko senyap. Habis je azan, habis je aku ngaji ko main lagi ye.

"....Ya Allah ya Tuhanku, kau lindungilah anak-anakku, kau lindungilah suamiku, kau lindungilah aku, kau lindungilah kami semua dari gangguan syaitan dan iblis, kau lindungilah kami dari angkara manusia, kau peliharalah rumah kami dari gangguan syaitan dan khianat manusia, kau peliharalah harta benda kami dari gangguan syaitan dan aniaya manusia."

"Dam.. dam dam dam, dumm."

"Ya Allah ya Tuhanku, sesungguhnya Kaulah Tuhan Yang Maha Esa, Kaulah Tuhan Yang Maha Kuasa,  Kaulah Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Kepada-Mu lah aku bermohon dan berserah. Kaulah sebenar-sebenar Tuhan, Tuhan sekalian alam. Aku berserah kepada-Mu Ya Allah, lindungilah kami semua dari segala gangguan syaitan dan iblis. Amin ya Rabbal 'aalamiinnn.."

Senyap...

Sunyi.....

Sepi...

Alhamdulillah. Anak-anak aku masih tenang tido. Terasa kuat sikit semangat aku yang lemah ni. Air wudhuk tak batal lagi. Pape hal pun solat Isyak dulu.

********************************************************************

"Eh! Kakak dah bangun. Nak makan?"

Angguk.

"Kejap ye, ibu lipat telekung dulu."

********************************************************************

"Ni yantai Mak Su ni, Mak Su bagi Yaya pakai." "Yelah, yelah. Kakak makan la senyap-senyap, jangan bising-bising, nanti adik bangun nanti cam ne ibu nak buat keje."

"Yelah, kakak tau, mane de kakak bising. Kan kakak senyap ni, ha tengok, kan kakak senyap ni." Hmmm, cakap-cakap tu pun bising la jugak kakak Yaya oiii...

"Ehek.. ehek.." Ha, kan dah cakap. Adik dah bangun. Hmm, nak nyusu dulu la ni.

"Dam.. dam dam dam, dumm."

Eh, tak habis lagi.

"Bu, kakak takut, die bunyi. Siapa main bu, kakak takut." Yaya dah hampir-hampir nak nangis. Tak boleh jadi ni. Aku tak boleh tunjuk penakut. Aku je yang ada sekarang utk protect budak-budak nih.

"Tak de pape Yaya, angin je tu. Die tiup-tiup tertekan mainan tu sekali."

"Dam.. dam dam dam, dumm.. Dam.. dam dam dam, dumm."

"Bu, kakak takut. Kat mana tu bu? Kakak takut la, kakak tak nak makan."

"Tak de pape Yaya, tu angin. Buat  pe kakak nak takut, kakak kan strong."  "Tak, kakak tak strong. Kat man tu bu? Kakak takut la."

"Dam.. dam dam dam, dumm. Dam.. dam dam dam, dumm."


"Alah, tu angin je la Yaya. Kakak jangan takut. Kakak makhluk paling sempurna dari semua benda. Kakak ada perasaan, kakak ada akal, kakak ada nafsu, kakak boleh kawal nafsu kakak dengan akal kakak. Tak de makhluk lagi sempurna dari kita Yaya." Aku tau budak kecik umur 3 tahun 4 bulan ni mana la tau benda-benda ni semua, mana la faham. Saje je aku cakap cam tu.

"Dam.. dam dam dam, dumm. Dam.. dam dam dam, dumm."

"Dam.. dam dam dam, dumm." Amboih, lebih-lebih nampak. Ini dah melampau.

"Bu, kakak takut. Ibu duduk la sini, kat belakang kakak ni."

"Kakak jangan takut. Kakak strong, sebab kakak ada tangan. Sape-sape kacau kakak, kakak boleh tumbuk je. Kakak ade kaki, boleh sepak-sepak. Angin mana de tangan, mane de kaki. Dia boleh tiup angin je."

"Dam.. dam dam dam, dumm. Dam.. dam dam dam, dumm." 

"Kakak cakap, jangan main kat sini, kalau nak main pegi la main kat bawah. Kat bawah tu ada banyak mainan."

"A-ah, kakak ada tangan, nanti kakak tumbuk die, nanti kakak sepak dia ngan kaki kakak, kan bu. Pegi.. Pegi main kat bawah, jangan main kat sini. Kat bawah tu ada banyak mainan."

"Ha, jangan bising-bising. Jangan takutkan kakak. Nanti kakak berdoa dgn Allah mintak halaukan dia, ye. Allah tu kuat, haa."

"A-ah kan, Allah tu kuat. Jangan bising-bising la, nanti Rasulullah marah." Hmmm, Yaya.. Kalau dia tak bagi orang buat pape memang ayat dia, "..nanti Rasulullah marah.."

"Dam.. dam dam dam, dumm. Dam.. dam dam dam, dumm."  Ish, sialan! Memang gampang! Siap kau, aku cabut bateri bende alah ni.

Bismillahirrahmanirrahiiimm... Jangan kau kacau pape lagi. Aku tak kacau kau, kau jangan kacau anak-anak aku!

"Ok, kakak jangan takut ye. Dah, habiskan nasik tu. Duduk diam-diam, makan. Pas ni kita tido ye.."

*************************************************************

p/s : Ini bukan cerita dongeng semata-mata. Bak kata Pendekar Mustar (ke Mastur ek? konpius..) "Ini betul-betul, bukan cobaan." Tapi bunyi-bunyi mainan mungkin hanya kebetulan semata-mata. Mana la tau kot-kot mainan tu dah jem ke pasal asyik kene baling je. So, sensitif tak bertempat, tu yang asyik berbunyik je tuh.

Agaknyeeeee... Iye kan je lah. Jangan pk lain sudahhh..

Monday, February 28, 2011

Semalam Yang Gelap

Malam tadi cam biasa la, tinggal aku tiga beranak je. Husband aku keje malam, bisnesss maa, carik rejekiii. Semalam baru abis test, ok la, boleh la layan anak-anak aku sblm tido. Yang kecik pe lagi, nyonyot la puas-puas dengan gaya bebas dia. Rasa tak best baring sebelah aku, landing atas badan aku. Perghhh!!! Heaven... Rasa penat tukar lagi kuak lentang lak. Penat kuak lentang tukar gaya laen lak.. Hai anak bujang aku ni.

Yang kakak lak pot-pet pot-pet. Ye la, selalu aku sebuk buat itu ini. Ni aku dah baring sebelah dia bising la sket molot die yang comel tu. Hmmm, layan je la. Tetiba die senyap. Dah tido la kot. Biar la, susu dah abis sebotol. Kenyang la tu. Anak aku yang ni pulak sebok mencanang tadi dia minum susu dalam cawan, tak pakai botol. "Yaya dah nak sekolah dah tak boleh pakai botol lagi dah. Yaya dah besar bu!" dia cakap tadi masa aku tgh makan malam. Ingat memang dah tak nak pakai botol lagi, nak tido mintak gak botol susu. Hai, Yaya.. Yaya..


xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tetiba tergerak lak aku nak intai anak-anak aku ni. Memang la sebelah aku je, tapi aku tak nampak muka. Saje la nak tengok kot-kot diorang ngingau sengeh ke, senyum ke, wat muke moncong ke muka sedih ke. Hm, tenang je baby aku tido. Yang kakak lak? Astaghfirullah!!!! Ingat dah tido, melombong rupenye! Bertuah punye anak! Nak tido pon sempat lagi korek idung. Patut la senyap je, tengah feel rupenye..

Tuesday, February 15, 2011

AMEK KAUUU....

setelah bertahun2 abis blaja, bertahun2 keje dan dah kawen, ada anak, tetibe gatal lak nak blaja balik. Orait pe. Ok la tu kan, semangat utk memajukan diri tu ade. Nanti bley la aku story the mory kat anak2 aku utk naikkan semangat diorg nak blaja kan.

Aku amik accounting kat UiTM, amek e-pjj. Kelas die sumer online, pas tu seminar sebulan sekali. Ok gak, tak le aku terkejar2 nak gi kelas tiap2 ptg atau tiap2 minggu kan. Memula aku ingat senang la sket aku nak study, tapi dh stat kelas baru tau, mak ooiiii.. penat oiii.. kena lak anak2 aku yg baru 2 org tu lasaknye mcm 10 org, aku pakai broadband, bile aku tgh online tu, sedap2 aku tgh type nk reply soklan lecturer aku, anak pulak sedap2 je tarik aku nyer celcom broadband tu, kene la connect balik, kena log in balik, maknanye aku kena la type balik bnde pjg2 yg aku dh type tu, kalo sekali dua bley tahan lagi la, ni bnyk kali anak2 aku buat hal, angin gak aku. Lagi best kalo diorg tekan power button. Itu macam kalu, rotan juga mari.

Bila aku pk2 balik kesian anak2 aku, pagi sampai ptg aku keje, mlm la time diorg nk bermanja2 ngan aku, kn. Tapi aku balik kang mcm2 aku nak buat, ngan umah aku lagi, nak urus anak2 lagi, sib baik la  aku ada suami yg memahami. Kadang2 aku balik tgk2 nasik + lauk tinggalkan nak panaskan je. Cian laki aku..

Tu la, kalo korang nak blaja, blaja abis2 masa tgh muda2. Kalo bley jgn kawen dulu, pasal dah ada anak nanti susah korg nak ada masa nk blaja. Bukan la nk kata anak tu menyusahkan, tak la, anak tu pun rezeki Allah jugak. Tapi kalo korang x sabar + tabah = tak abis blaja la korang. Kalo tak caya cuba la.. Aku dah rasa, hehee...

Thursday, January 27, 2011

AKU TERKENANG..

Masa tu aku baru darjah 5, antara best student kat skolah aku tapi malasnye nak gi skolah ya amat.. Hari2 aku la yg paling lambat sampai skolah, org dah nak beratur kat assembly baru aku nak sorong basikal masuk kawasan skolah. Hari tu aku ponteng skolah, tapi bukan skolah yg hari2 aku lambat sampai tu. Aku ponteng skolah agama. pasal pe tah, aku cam tak der mood nak gi skolah hari tu.

Adik aku pun terpaksa la terponteng skali ngan aku. Ye la, sebab hari2 aku yg carry die gi skolah naik beskal. Kakak aku dah masuk alam menengah dah. Kalao tak kitorang take turn carry adik aku, tapi slalunye die la yg bawak pasal die kakak. Hehee..

Makcik aku lepak kat umah aku masa tu. Dah 2-3 hari dah pasal die tak sehat. Aku ingat lagi, baby die yg ke-4 kecik sgt lagi, die pun baru je habis pantang, kalo tak silap aku la. Mak aku cakap die bentan. Memang nampak perut die kembung cam ada baby lagi dlm perut die. Pakcik aku masukkan die dlm keta sorong kalo nak bawak die gi memana, "Acik kau ni berat sangat", die cakap kat aku. Memang makcik aku tu, Cik Ati agak tegap orgnye tapi tak le besau sgt pun. Pelik gak aku pakcik yg aku paggil Paman tu tak bley dokong die pasal Paman tu pun tegap gak.

2-3 hari ni orang dtg umah aku bersilih ganti pasal nak lawat Cik Ati. Cik Ati pun layan je diorg, boleh lagi die borak2, tapi makan macam kurang sket. Embah pun lepak skali ngan die, tapi atuk tinggal kat umah die. Atuk ngan embah tinggal dlm utan, aku pun tak tau ngape, tapi mak cakap dolu atuk ade bela lembu & kerbau. Menatang tu slalu masuk kawasan umah org kacau tanaman org kampung, so diorg marah la, tu yang atuk masuk jauh dlm utan, buka kawasan baru. Umah die atas bukit, nak naik bukit curam betul. Kalo naik moto memang tak ternaik kalo tak tolak moto tu, termasuk la beskal. Keta? Jangan harap nak bawak masuk, pasal nak masuk umah aku pon kena jalan kaki dari seberang sungai tu. Ayah aku dulu keje driver, die parking kat jalan mati seberang sungai tu je, pas tu jalan kaki naik jambatan gantung yg tinggi ya amat tu. Bukan jauh pun. Aku pun nak gi skolah kene tolak beskal naik jambatan tu gak.

Duduk kampung, macam tu la. Kat uamh aku tak pakai air paip kerajaan, ayah korek perigi pas tu pasang pam utk tarik air masuk tangki air. Aku ingat lagi masa korek perigi tu aku baru darjah 3 atau 4, korek pakai sekop je, gilir2 ngan abang ngan Alang, satu2nye adik ayah yang masih hidup yg normal. Ayah anak sulong, Angah dah lama tak rupa cm org normal pasal dolu2 masa aku belom ada die kena buatan org, sampai sekarang tak sembuh2. Ayah ngan mak tau sape yg buat, mak redha je tapi ayah tak nak maafkan orang tu. Baru2 ni je baru hati ayah lembut nak maafkan orang tu pasal die kesian tgk org tu sakit dah bertahun2 cam dah nak mati tapi tak mati2 lagi.  Bab Angah ni nanti aku citer lain kali.

Aku dah ingat. Hari tu aku ponteng skolah agama pasal aku cakap kat mak aku tak sehat. Memang pun cam rasa nak demam. Tapi yg lebihnya pasal aku nak tengok Flashman ngan Maskman hari tu. Tahun 1992 tak silap aku. Memula mak tak bagi tapi tah cam ne mak cakap "Suke ati kau la Pah". Memang aku suke, hehee..

Aku tengah lepak2 kat ruang tamu baring2 tetibe kakak aku wat muka sedih kuar dari tempat Cik Ati landing. Die dokong Zura, anak Cik Ati ke-3 yg baru berumur 1 thn masa tu. Aku dah rasa laen macam, terus aku masuk ke tempat Cik Ati, die dah nazak. Mak ngan embah dah nangis2. Mak suruh Kak Lin panggil suami Wak Midah. Ayah keje, paman lak mak cakap tengah carik barang nak buat ngubat Cik Ati, atuk aku nak ubatkan. Atuk memang boleh ubatkan orang.

Mak ajar Cik Ati kalimah syahadah, sambil2 tenangkan embah yg dah hampir2 meraung. Dalam nazak tu, Cik Ati sempat jugak pesan pada mak ngan Kak Ros supaya jaga anak2 die baik2. Sebelum keluar tadi Kak Lin pun dah merebeh air mata dengan muka cemas. Laju je die merempit ngan beskal gi rumah Wak Midah yang cuma dipisahkan jambatan gantung tinggi tu. Aku tak tau pe perasaan aku masa tu, aku macam tak caya acik aku dah nak pergi, tinggalkan aku terus. Dulu aku nangis2 masa malam pertama pas die kawin pasal tak nak die tinggalkan aku. Masa tu aku tadika lagi. Malam pas kenduri kawin tu die suruh aku tido ngan mak, aku marah masa paman masuk bilik die. Aku nangis depan bilik die sampai aku tertido sendiri. Aku tak tau sape yg angkat aku masuk bilik mak.

Sekarang die nak tinggalkan aku lagi, tapi untuk selama2nya. Aku rasa ada air mata nak keluar tapi cam tersekat. Dada aku rasa cam nak pecah, tengkuk aku meremang, mata aku pedih, aku jadi kelu. Tak tau nak buat ape. Aku pegang tangan Acik, sejuk, tapi dahi ngan leher die basah ngan peluh. Mak tak henti2 ajar die syahadah, embah peluk kepala die sambil meraung2, sekejap2 mak pujuk embah supaya bertenang. Alhamdulillah, Cik Ati dapat menyebut kalimah agung tu dalam kepayahan, sempat juga disebut kalimah ALLAH 2-3 kali sebelum dia menghembus nafas terakhir. Waktu die pergi tu baby die yg baru 2 bulan yang tido dlm buaian tiba2 menangis. Mungkin die tau ibu die dah tak de. Kakak aku peluk cium die, bagi die tengok ibu die buat kali terakhir. Setiap orang yang datang berziarah sayu tengok anak die yg masih bayi tu. Sedih bercampur simpati, anak kecil yg masih sgt2 perlukan kasih syg ibu, dan masih menyusu ibu, kehilangan ibu yg masih belum dikenali.

Ramai yang tak sangka Cik Ati akan pergi. Sebab arwah nampak makin sihat, masih bertenaga. Tak sangka arwah pergi di petang yg damai tu. Cuaca memang baik petang tu. Tak hujan, tak panas. Mendung je. Patut la Allah gerakkan aku utk ponteng skolah hari tu. Patut jugak la Allah lembutkan hati mak utk benarkan aku ponteng. Sebab Dia nak bak bagi orang2 yg rapat dgn arwah berada di sisi arwah di saat2 akhir.

Al-Fatihah buat arwah SURIATI SAUMIN, makcik aku, cikgu aku, dan juga kawan aku bermain (sebab dia suka layan aku).

Monday, January 24, 2011

SOLAT DAN FAKTA SAINS

Haa... pada korang2 yang suka sgt tinggalka solat tu, ingat bnyk2, ada sebabnye KENAPA ALLAH suruh kita SOLAT LIMA WAKTU SEHARI.. ingatan utk aku gak.. hehee..
*p/s: jgn lupa tgk slide show ni..

Monday, January 10, 2011

FACEBOOK OH FACEBOOK..

Hmmm... zaman sekarang ni tak sah rasanye kalo tak de fesbuk, dah jadi macam saru kemestian, macam henpon jugak la, kalo dolu orang2 yg berkemampuan je yg ada henpon, sekarang ni budak sekolah rendah pun dah ada henpon sendiri, makin canggih bebudak zaman sekarang. kalo dolu pegi mana2 pun berlambak tepon awam, tapi yg boleh pakai nak calling2 bape kerat je la, yang lain2 tu takat wat tempat teduh dari panas nak tunggu bas je lah. tepon ni nanti kite citer laen, hari ni nak borak2 pasal fesbuk.


Kalo korang perasan la kan, kat profile tu, macam2 gaya gambar korang tayang. Kalo yg berkapel tu lagi hebat, masing2 nak tunjuk kasih syg, nk bagi tau sumer orang diorang tangah bahagia. yang dok berhimpit, berpeluk sakan, tak masuk lagi yg moncong hampir bertaut. Tu lah yang diorang banggakan, cara barat. Kalao ada yang tegur kata kolot la, tak up to date la, tak sporting la. Dik, bukan tak sporting, tapi tak manis la cenggitu dik. Kita orang melayu ada budaya kita sendiri, bersopan dan beradab. Kalo tak nak pikir pasal budaya, tak pelah, kalo korang anggap budaya korang, asal usul korang ni kekampungan, kolot, tapi ingat Tuhan dik. Sekarang korang boleh la berseronok2 dgn gaya bebas, bila nyawa bercerai badan nanti gaya bebas korang laen pulak dik. Kitorang yang nak menasihat ni pun bukan lah baek sangat pun, tapi korang tau tak dalam reramai yang memuji tu sebenarnye ada yang meluat, menyampah, tapi nak cakap takut kecik ati, elok2 berkawan dah jadi gaduh fesbuk punye hal.

Satu lagi kat wall tu, alaaaahaiiii, sume nak luah perasaan kat situ, kalo yang molek2 tu tak pe lah, ni gaduh laki bini, adik beradik, rindu dendam sumer nak citer kat situ. Daripada orang laen tak tau hal korang terus tau serba serbi, hal2 personal kan elok disimpan sendiri, kalo pun kepala berserabut nak tenangkan hati bukan dengan cara meluahkan pada semua orang, cari la tempat yang selamat, maknanye cume cerita pada orang yang benar2 kita percaya atau cari kaunselor. Kalo korang citer sumer kat wall silap2 ada yang amik kesempatan, cam no tuh.. Kalo nak luahkan rasa rindu, luah pada si dia sorang cukup la, ni baru balik dating kat luar berpeluk sakan, sambung lak lagi dalam fesbuk, Haduyaiiii, semak mata tengok status korang tu.

Tu lah, fesbuk punyer hal memang tak habis sehari kalo nak cerita sumer, nanti la laen kali kita cerita lagi ek. Ta taaa....

p/s : aku kalo fesbuk suke maen game jer... hehehee... tapi la ni dah lama tak maen game, bz la.. kebun aku dah bersemak, cafe aku dah bersawang..

Wednesday, January 5, 2011

UJIAN DEMENTIA

ni aku dapat dlm email beberapa taun dolu.. saje nk publish kat sini..

di bawah ada (4) soalan dan satu soalan bonus. anda perlu menjawab dengan pantas. anda tidak boleh mengambilmasa, perlu menjawabnya segera. ok?

mari cuba, lihat sendiri berapa pantas dan hebatnya diri anda.....

ready? go!!! (lihat bawah)



soalan pertama:

anda menyertai perlumbaan. anda mengejar dan memotong orang yang kedua. sekaranganda ditempat yang ke berapa?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
jawapan:jikajawapan anda tempat yang pertama, sudah tentu jawapan anda salah! jikaanda memotong orang kedua sudah tentu anda mengambil tempatnya, tempatkedua!

cuba jangan lihat atas semula untuk soalan seterus. sekarang jawabsoalan kedua, tetapi jangan ambil terlalu banyak masa seperti soalan pertama ok?


soalan kedua:
jika anda memotong tempat orang yang terakhir, jadi anda di tempat...? (lihatbawah)
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
 jawapan: jika jawapananda tempat kedua terakhir, anda salah lagi.. siapakah yang terakhir,bagaimana anda boleh memotong orang yang terakhir?


adakah anda pantas dan cerdek, tidak begitu rupanya.?


soalan ketiga:
soalan kira-kira bermuslihat! perhatian:ini mesti dilakukan tanpa menggunakan fikiran sahaja. jangan guna kertas dan pensil atau mesen kira-kira. cuba lah...

ambil 1000dan campur 40. sekarang campur lagi 1000. campurlagi 30.... campur lagi 1000. campur lagi 20...campur lagi 1000. campur lagi 10...berapa kah jumlah semua?

lihat bawah untuk ...jawapan.. ..

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
adakah jawapan anda 5000?

jawapan sebenar adalah 4100.

jika anda tak percaya gunakan mesen kira-kira.! mungkin ini bukan hari anda kan? mungkin anda boleh jawab soalan yang akhir ini denganbetul ... cuba.


soalan keempat:

bapa mary ada seramai lima orang anak gadis: 1.. nana, 2. nene, 3.nini, 4. nono. apakah nama anak gadisnya yang terakhir?
~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~

adakah jawapan anda nunu? salah!sudah tentu salah.

namanya mary.baca semula soalan!


okay, cuba jawab
soalan bonus:

sorang bisu pergike mini-market untuk membeli sebatang berus gigi. dengan mengayakan lakunanmemberus gigi ia berjaya menerangkan hasratnya kepada pekedai dan ia berjayamembeli berus gigi itu.

seterusnya, seorang buta pergi ke mini-market, untuk membeli cermin matahitam, bagaimaa dia menerangkan kepada pekedai itu hasratnya. ...?

~~~~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~ ~~~~~~~~~
jawapan: dia hanya membuka mulutnya dan menyebut apa yang dihajati

mudah sahaja.

selamat bergumbira.. ... bye.!!

SHHHH!! RAHSIA RUMAH TANGGA..

Assalamualaikum..

Haaa… ni ada petua org tua2 utk kesejahteraan rumah tangga.
Pada yang belum berkahwin tu, simpan nasihat ni baik2 kerana insyaAllah  one day bila dah jadi orang punya tu tau le apa yg patut di buat dan sebaliknya....  Bagaimana petua org tua2 dpt membantu kita membina rumahtangga yg harmoni serta penuh kasih sayang...InsyaAllah,  dipermudahkan kita oleh NYA mendapat petunjuk dan jalan...

Membasuh pakaian, sekarang rasanya 95% dari kita semua ada mesin basuh,  ok tak apa suruh maid basuh baju kita,  tapi yg 'kecik'2 terutama kita punya dan suami tu, sebaik2nya kita basuh  sendiri. Sedapat mungkin bila kain baju sudah dibasuh dan siap  diangkat, masa melipat pun, kita pilih yg patut kita lipat dan uruskan sendiri.  (ada rahsia tu).
Juga bilik. Bilik tidur kita sepatutnya adalah kawasan larangan terutama kpd penbantu rumah. NO ENTRY !!!!. Apa pun yg ada di dlmnya adalah hanya dlm pengetahuan kita dan suami. Terutama tempat tidur (katil), minta sangatlah kita yg bergelar ISTERI ini yg mengemasnya. Usah sesekali dibiarkan pembantu yg menguruskannya. (ada rahsia tu),
APA RAHSIA NYA???
AIR TANGAN!!!!... itulah rahsianya, air tangan kita sebagai isteri dan sebagai ibu. Tak ada cara yg saintifik yg mampu menjelaskan kehebatan serta 'powernya' air tangan seorg ibu dan isteri itu terhadap keluarganya, tapi dapat dijelaskan melalui kaedah rohaniah. Kalau kita masih keliru dan kurang yakin, cuba kita fikir (bagi yg merantau selalunya terasa sangat), kita sering teringat masakan ibu, ke mana pun kita pergi dan bertemu dgn masakan yg serupa, namun rasanya masih tidak dapat menyamai dari apa yg terhidang hasil 'air tangan ibu'. Walaupun sekadar mee maggie!!!.
Begitu juga memberi makan anak, suapan ke mulut anak dgn tangan kita itu membawa banyak kesan yg akan hanya kita nikmati 10 - 15 thn akan datangnya. Bila anak2 sudah pandai bergaul sendiri, sudah tahu memilih teman, kebanyakan mereka 'kurang mendengar' apa yg kita ibu bapa pesan dan ingatkan, namun baraqah dari 'air tangan' (usaha ibu bersusah payah mendidik dan menyediakan keperluan anak2) sedikit sebanyak,  kalaupun anak2 itu ingin mengikut 'kehendak sendiri' namun dia, Insya Allah pada akhirnya akan tetap mencari 'restu si ibu' dlm hidupnya. Pecayalah... Tak dapat lakukan sepanjang hari kerana kita bekerja,mungkin pada sebelah malamnya kita dapat lakukan,sekurang2nya sekali sehari pun memadai, kalau dapat selalu lebih baik lagi. Sebab dgn suapan kita itu sambil kita berdoa ' air tangan' yg masuk ke perut anak, Insya Allah akan membentuk darah daging yg baik, berkat doa dan tangan ibu.
Kebajikan suami juga, kenapa harus biarkan pembantu yg beriya2 menggosok baju dan seluarnya, melipat pakaian dlmnya. Kita isteri, sentuhan kita pada brg2 suami sebenarnya ada 'roh' nya, jika 'roh' itu sentiasa di belai oleh org lain... apa akan jadi, sudah pasti daya tarikan itu beralih arah. Tu sebab kadangkala terjadi suami yg segak kacak dan tampan serta isteri yg jelita, bekerjaya hebat serta pandai pun, bermadu dan madu nya pula hanya seorg pembantu rumah yg rupanya alahai... (ni bukan kes menghina fitrah rupa manusia yg dijadikan Allah swt, ini kes nak menunjukkan bahawa si isteri jelita pun, kalau kurang beri perhatian dan belaian suami boleh berubah angin!!!). Jadi berhati2lah dlm mengizinkan org lain menguruskan barangan / kebajikan suami. Begitu juga dlm hal makan minum, kan sudah dipesan org tua bahawa nak jaga suami jaga perutnya terlebih dahulu. Dan antara dua lututnya... (syahwatnya). Insya Allah, suami sentiasa sayang dan merindui kita. Bayangkan suami balik dari kerja, sudahlah lapan jam diluar, makan mungkin beli di kedai, dah tentu org masak. Balik kerumah pun kita minta 'sunarti' buatkan air???. So bila masa kita dapat 'belai roh' suami agar dekat dgn kita??? Jadi kalau setakat secawan / seteko air, tolonglah buat sendiri. Penat usah cerita, semua kita penat, samada bekerjaya diluar atau sekadar surirumah. Namun itulah salah satu dari beribu2 cara yg boleh diguna pakai. Yg kadangkala kita anggap remeh serta tak masuk akal.
Lagi satu bab pakaian kecik, kalau org moden2 sekarang mungkin dia rasa ... apalah mana ade logik, tapi cuba kita lihat org tua dulu2 kat mana agaknya dia sorok pakaian dlm dia ya?  Tak kan tak pakai pula kan, tapi kalau mereka basuh pun mereka sidai dlm satu tempat khas jauh dari penglihatan org lain. Masa saya kecik2 dulu, nenek sidai pakaian dlm dia, dibelakang rumah, dlm satu ruang yg berpagarkan mata punai dan terbuka (berangin) so, semua yg kecil2  (pakaian dlm) nenek sidai disini, jauh dari penglihatan org ramai yg lalu lalang. Sampai hari ini ibu juga sidai pakaian dlm berasingan dgn baju2 lainnya. Berbanding kita sekarang, sidai pakaian dlm, bergayutan di ampaian dan kalau duduk apartment lagi seronok, sidai di ruang yg menghadap ke jalan raya lagi... semua mata boleh memandang. Sorok2lah sikit...malu org tenguk...tak boleh bagi alasan tak ade ruang cuba adjust, ... kita buat diakan, bukan dia yg buat kita... Pakaian dlm ini bekas kita 'menyorokkan' aurat (bahagia sulit)  kita suami isteri. Sekali lagi, sebaik2nya  dijaga / diurus hanya oleh siisteri. Usah sekali2 membiarkan maid / pembantu membasuh (walau guna mesin) dan menyidai lalu melipatkannya. Bukan payah sangat pun, saiznya pun kecik2 saja ye tak...kenapa musti bagi org lain 'menguruskannya'???
Dan ini yg paling penting, bisik nenek ketelinga, "bilik tidur kamu ibaratkan tubuh kamu sendiri, usah dibiarkan orang lain menyentuhnya sewenang2, rahsia suami isteri ada di dlmnya terutama di katil (ranjang). Jadi usahakan sedapat mungkin tangan sendiri yg mengemasnya!!!. Betul juga tu, bukankah saban malam kita bersama suami baring disitu, 'bersama' juga disitu, justeru 'roh' yg ada pada nya hanyalah antara suami dan isteri, peliharalah 'keserasian dan hubungan mesra antara keduanya agar kekal sampai bila2.

MADAH BERMULA..

DENGAN lafaz BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM aku memulakan langkah kaki ke 'rumah' baru. "WELCOME TO MY HOUSE..."