Monday, February 28, 2011

Semalam Yang Gelap

Malam tadi cam biasa la, tinggal aku tiga beranak je. Husband aku keje malam, bisnesss maa, carik rejekiii. Semalam baru abis test, ok la, boleh la layan anak-anak aku sblm tido. Yang kecik pe lagi, nyonyot la puas-puas dengan gaya bebas dia. Rasa tak best baring sebelah aku, landing atas badan aku. Perghhh!!! Heaven... dengan sponge semulajadi yang menghangatkan pipi dia yang tembam. Rasa penat tukar lagi kuak lentang lak. Penat kuak lentang tukar gaya laen lak.. Hai anak bujang aku ni.

Yang kakak lak pot-pet pot-pet. Ye la, selalu aku sebuk buat itu ini. Ni aku dah baring sebelah dia bising la sket molot die yang comel tu. Hmmm, layan je la. Tetiba die senyap. Dah tido la kot. Biar la, susu dah abis sebotol. Kenyang la tu. Anak aku yang ni pulak sebok mencanang tadi dia minum susu dalam cawan, tak pakai botol. "Yaya dah nak sekolah dah tak boleh pakai botol lagi dah. Yaya dah besar bu!" dia cakap tadi masa aku tgh makan malam. Ingat memang dah tak nak pakai botol lagi, nak tido mintak gak botol susu. Hai, Yaya.. Yaya..

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Terasa malam yang gelap ni sunyi lak anak-anak aku dah tido. Rasa tak best lak. Yelah, pasal aku tak de nak buat pape. Kalau husband aku kat umah bley gak la aku bermanja-manja sket, walaupun konfom anak aku yang kecik ni nak menyelit gak, pasal nak cap gantung dia ni. Hm, adat la ada anak kecik, macam tu la kan.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Tetiba tergerak lak aku nak intai anak-anak aku ni. Memang la sebelah aku je, tapi aku tak nampak muka. Saje la nak tengok kot-kot diorang ngingau sengeh ke, senyum ke, wat muke moncong ke muka sedih ke. Hm, tenang je baby aku tido. Yang kakak lak? Astaghfirullah!!!! Ingat dah tido, melombong rupenye! Bertuah punye anak! Nak tido pon sempat lagi korek idung. Patut la senyap je, tengah feel rupenye..

SABAU AJE LAHH...

Oitt bebudak, dah maghrib ni, jgn la gaduh2 lagi. Dok diam2, ibu nak mandi. Tulah anak2 aku, mane reti duduk diam, celik mata mula la kereaktifan diorg tu. Yg memanjat, yg menconteng... OOIITTTT!!! Kejap.. kejap.. baru cakap anak aku buat hal lagi..

*******************************************************************************

Die conteng lagii... Hiiiiiiiiiiiiiish, geram betul aku, kertas dah bagi, buku bersepah, lantai ngan dindind jugak die nak. Ni aku nak mandi ni, yg soran lagi ni bergayut je pulak tu. Bukan gayut kat tingkat, dgn aku la. Akuni kan ibu mithali, anak aku yg dah nak masuk setahun setengah ni pantang aku ade je memang gayut la dgn ca gantung. Botol? Bo layan beb! Hish! Gatal lak kepala aku pk cara nak gi mandi nih..

********************************************************************************

Hmmmm, pasang lagu twinkle2 & the gang je la jawabnyer. Bley aku gi mandi jap, aman la sket kot nak solat pas ni, tu pun kalo diorg tak gaduh.. Nanti la aku sambung lagi.



Tuesday, February 15, 2011

AMEK KAUUU....

setelah bertahun2 abis blaja, bertahun2 keje dan dah kawen, ada anak, tetibe gatal lak nak blaja balik. Orait pe. Ok la tu kan, semangat utk memajukan diri tu ade. Nanti bley la aku story the mory kat anak2 aku utk naikkan semangat diorg nak blaja kan.

Aku amik accounting kat UiTM, amek e-pjj. Kelas die sumer online, pas tu seminar sebulan sekali. Ok gak, tak le aku terkejar2 nak gi kelas tiap2 ptg atau tiap2 minggu kan. Memula aku ingat senang la sket aku nak study, tapi dh stat kelas baru tau, mak ooiiii.. penat oiii.. kena lak anak2 aku yg baru 2 org tu lasaknye mcm 10 org, aku pakai broadband, bile aku tgh online tu, sedap2 aku tgh type nk reply soklan lecturer aku, anak pulak sedap2 je tarik aku nyer celcom broadband tu, kene la connect balik, kena log in balik, maknanye aku kena la type balik bnde pjg2 yg aku dh type tu, kalo sekali dua bley tahan lagi la, ni bnyk kali anak2 aku buat hal, angin gak aku. Lagi best kalo diorg tekan power button. Itu macam kalu, rotan juga mari.

Bila aku pk2 balik kesian anak2 aku, pagi sampai ptg aku keje, mlm la time diorg nk bermanja2 ngan aku, kn. Tapi aku balik kang mcm2 aku nak buat, ngan umah aku lagi, nak urus anak2 lagi, sib baik la  aku ada suami yg memahami. Kadang2 aku balik tgk2 nasik + lauk tinggalkan nak panaskan je. Cian laki aku..

Tu la, kalo korang nak blaja, blaja abis2 masa tgh muda2. Kalo bley jgn kawen dulu, pasal dah ada anak nanti susah korg nak ada masa nk blaja. Bukan la nk kata anak tu menyusahkan, tak la, anak tu pun rezeki Allah jugak. Tapi kalo korang x sabar + tabah = tak abis blaja la korang. Kalo tak caya cuba la.. Aku dah rasa, hehee...