Monday, May 19, 2014

HUDUD MELEMAHKAN SESEBUAH KERAJAAN??? APA BUKTI???

Assalamualaikum kengkawan sumer.. Erkk... ada ke kengkawan tuan tanah dalam ni? Alah, tak kisah lah. Layannn jer...

Mulanya tuan tanah ingat nak sambung pasal article pasal duit kertas. Tapi tadi dalam tensen-tensen buat kije (tuan tanah terpaksa buat kije orang sekali.. terpaksa okeh... dah tanggung terpaksa la buat kan...) tuan tanah melapang-lapangkan otak menaip macam-macam words dalam Google Search (sekarang dah lama tak layan Yahoo Search.. hahaaa..)

Tuan tanah geram sebenarnya dengan satu stetmen seorang yang dikatakan 'cerdik pandai' ni konon-konon Kerajaan Melayu Melaka dan Kerajaan Uthmaniyah jatuh sebab hukum hudud. Haaaaa!!!!! Engko bior betul yobb!!! Tak abis belajar ke? Aku yang belajar takat sains tulen tak cukup gred ni pun tak buta sejarah. Tak tau banyak pun kurang-kurang tau la jugak sikit-sikit sejarah Islam ni. Yelah, kita orang Islam kena la tau jugak sejarah-sejarah Islam ni kan, nak-nak pulak yang ada kena mengena dengan bangsa kita ke, negara kita ke. jangan asyik baca sejarah Barat atau Zionis yang hanya tau nak memburukkan Islam je.

Macam berit la kan, jangan asyik tengok BBC atau CNN je, kena jugak tengok Al-Jazeera ke... TV3? RTM? Laaagi la... harus dipadankan dengan channel-channel pihak lawan. tau-tau je lah ek.. Tuan tanah seboleh-bolehnya nak elak cakap pasal politik.

Tapi pasal hudud ni.... Rasanya sebagai makhluk yang beragama Islam.. tak kira la manusia ke jin ke.. wajib untuk kita pertahankan agama, apa lagi kalau ada orang yang perlekehkan hukum-hukum agama ni. Kalau tak dengan tangan, dengan hati... Dengan hati pun tak mampu? Bohonggg!!!

Tuan tanah pun usaha la carik balik artikel-artikel yang berkaitan, semata-mata untuk menidakkan stetmen bodoh vangang 'cerdik pandai' tersebut.

Jom..... tambah ilmu sejarah. Tapi cam biasa la, tuan tanah ambil article orang  jer, pasal tuan taah tak reti nak berkarangan ni. BM dapat 3 je.. hehehee...

Sila cari article bertajuk SEBAB-SEBAB KEJATUHAN KERAJAAN MELAYU MELAKA dan KEJATUHAN KERAJAAN TURKI UTHMANIYAH... akan disiarkan tak lama lagi.

Wabillahi taufik, wal hidayah... wassalamualaikum... (tuan tanah tak dapat sambung sebab tak sesuai kalau ada readers yang bukan beragama Islam..)

No comments:

Post a Comment