Sunday, March 27, 2016

Mengapa Seorang Isteri Perlu Berhenti Kerja?

Assalamualaikum semuaaaa...

Wahhaaa.. Tuan tanah dah jenguk kebun. Dah laaamaaaaaa sangatt tuan tanah tak jenguk2 kebun sekangkang kera ni. Nak buat macam mana kan, bizi je.  Kalau ikutkan macam-macam tuan tanah nak cerita. Tapi.. nak bukak e-mail pun tak sempat. Nak main Bingo Blitz pun masa tengah tidurkan anak.. Hahahaa..

Anak??? Haa, ni tuan tanah nak citer ni. Bulan Ogos 2 tahun lepas tuan tanah dah selamat tambah saham akhirat lagi. Insya Allah saham ke syurga la hendaknyer.

Pasal anak ni len kali citer ek. La ni tuan tanah nak borak2 kosong pasal satu article ni...

"Senyum, Ini Jawapan Bernas Bagi Penjawat Awam Yang Ingin Berhenti Kerja"

Bukan nak kata tuan tanah tak setuju. Memang la tak setuju pun. Masing2 ada reason sendiri kan.

Macam beliau ni, beliau memandang keadaan ekonomi yang makin meruncing. (Ecewah, tetibe bahasa bombastik pulak). Pendapat beliau tidak terhad terhadap lelaki sahaja, termasuk juga wanita a.k.a isteri bekerja.

Bagi tuan tanah pulak, memang tak salah kalau isteri bekerja, untuk membantu suami. Ulang suara untuk membantu suami. Itu pun dengan keizinan suami. Yelah, isteri.. kalau nak keluar rumah je wajib minta izin suami walaupun untuk menziarahi keluarga atau orang tua. Tuan tanah tak nak la bagi dalil2 hadis ke ayat Quran ke, takut salah petik. Lagi pun tuan tanah bukanlah orang  yang arif pasal dalil2 ni. Tapi tuan tanah pasti ada dalil berkenaan perkara ni. Cari la sendiri ye.

Pasal benti keje ni...

Tempat seorang isteri adalah di rumah, mengurus hal ehwal suami dan anak2. Memang tanggungjawab urus rumah tangga ni semua tanggungjawab suami, kalau betul2 ikut Islam. Tugas isteri cuma layan suami je, dan menggembirakan suami. Kalau ikut Islam masak, kemas rumah jaga anak semua kerja suami. Tapi sebagai isteri consider jugak la dah suami keluar kerja, isteri tolong la urus rumah + jaga anak. Lagi pun kan ke tu termasuk menggembirakan suami. Memang tak wajib isteri yang buat tapi wajib isteri tu menggembirakan suami. Lebih2 pulak kalau suami dah arahkan maka wajib isteri laksanakan. Ingat, seorang isteri itu wajib patuh pada suami selagi si suami tak menyuruh isteri tersebut membuat perkara2 yang menyalahi syarak.

Dalam zaman keruntuhan moral sekarang ni, lebih elok la isteri duduk rumah. Sebab.. #1. Untuk menjaga keselamatan diri. Sekarang ni kes samun, rompak, road bully.. bersepah. Belum masuk kes culik, rogol, bunuh, jual dan yang seangkatan. Kalau sorang wanita berada di rumah, duduk diam2 dalam rumah kunci pintu jaga anak2, insya Allah jauh dari segala perkara di atas. Lain la pulak kalau isteri tu memang handal berlawan.

Sebab #2.. Tuan tanah perati anak2 sekarang jauh beza dengan zaman tuan tanah budak2 dulu. Tak de la tuan tanah ni baik sangat kan, tapi kurang2 nilai2 moral dan akhlak tu masih terjaga. Budak2 sekarang.. ada yang dah pandai berjinak2 dengan dadah, bukan takat hisap dadah.. siap jual.. Lepak, mencuri, bergaduh.. termasuk la belasah budak lain yang tak pandai @ tak mampu nak melawan balik pun. Yang masuk ICU, yang mati.. bukan takat pat lima orang lagi dah.. berlebih pun.

Belum tuan tanah citer bab maksiat lagi, pengaruh rakan sebaya, video lucah.. hishhh.. macam2 la..

Cuba bayangkan kalau mak bapak keluar rumah siapa yang jaga anak? Nak harap cikgu? Cikgu pun akan cakap mak bapak tak reti jaga anak. Cikgu bukan hanya nak tengok anak kita je, berpuluh mak bapak harap sorang cikgu akan jaga anak dorang yang berpuluh2 tu. Jadi mengharap 100% cikgu mendidik moral dan akhlak anak bukanlah satu idea yang bernas. Cikgu boleh membantu tapi bukan memikul 100% tanggungjawab tersebut.

Nak harap pengasuh? Haloo.. Tak semua pengasuh boleh jaga anak2 majikan macam menjaga anak sendiri. Dorang bekerja untuk duit, bukan bekerja untuk dapat anak angkat. Lagi pun, kalau masa anak banyak dihabiskan dengan pengasuh.. enkorang tengok la nanti, anak tu lagi rapat dengan pengasuh ke mak bapak.

Sebab #3. Banyak perkara mungkar berlaku bila isteri keluar bekerja. Yelah, dah isteri ngadap lelaki2 ensem tiap hari kan. Nak pulak isteri dah mekap lawa2, wangi2.. Si hidung belang dah tak kira dah isteri orang ke anak dara.. asal berkenan aku kebas. Kena pulak si isteri pun menggatal layan, memang menjadi la. Kalau tak caya gi cek kat pejabat agama ke mahkamah syariah ke, mana2 tempat yang berkenaan la, bape banyak kes laki bini cerai disebabkan isteri ada kekasih gelap. Yang dah pernah sedap2 tidur bersama pun ada. Haloo.. bukan takat tidur je, paham2 la ekkk..

Pasal kemungkaran ni, tak semestinyer skandalos je. Sesi mengumpat rakan sebaya, pesen dan penampilan yang tak memenuhi hukum syarak i.e: baju nampak ketul2, tudung ala2 tutup puncak gunung je, kain belah, sanggul style bonggol unta. Alaaa... tuan tanah nak sebut semua banyak sangat.

Sesi mengumpat tu, tuan tanah tau sangat2, memang payah nak elak. Tambah2 kalau ada rasa tak puas hati dengan sape2 kan. Dapat pulak geng yang sehati sejiwa. Emmmphhh.. memang menjadi. Sedap buat ketupat, ada umphhh..

Tu tak masuk pakai wangi2 yg boleh menarik perhatian lelaki ajnabi lagi. Tuan tanah tak kata tak boleh pakai langsung, sekadar untuk menutup 'keharuman semula jadi yang luar biasa' boleh la kot. Ni sebatu lagi bau dah sampai dulu, hape kes. 1 tong ke siram  badan.

Semua2 dosa ni cik kak cik kak ingat cik kak tanggung sorang2 ke? Taaakkkkkk... Allah dah cakap semua dosa isteri2 ni incik2 suami masing2 akan sama2 tolong tanggung jugak kalau diorang pun jenis tak kesah bini aku lawa2 lelaki lain pandang. Kata sayang seben, sampai ati cik kak cik kak sume tarik seben2 cik kak masuk neraka sekali. Incik2 suami pun silap, bangga bila isteri masing2 pakai cenggitu. Termasuk la ayah, abang, adik lelaki, anak lelaki cik kak cik kak yang tak pernah menegur keterlebihan cik kak cik kak ni. Bukan tuan tanah cakap ye, Allah dah bagi tau awal2. Again, tuan tanah tak layak nak bagi dalil, tanya la ustajah2 atau lagi senang sekarang kan informasi di hujung jari. Seru je pakcik gugel banyak yang muncul nanti.

Sebab #4. Dah memang lumrah semulajadi seorang wanita tu dilahirkan dengan 9 nafsu berbanding 1 akal. Susah nak kawal napsu macam2 yang memuncak2 ni. Tadi dah sebut kan napsu nak mengumpat,pakai santek2 sume. Ni napsu nak shopping. Rasa2 kalau dah isteri tu ada duit poket sendiri, kena pulak boleh keluar rumah sendirian tanpa suami, aliran duit keluar tu lebih laju daripada aliran masuk. Sale sana sini, belum lagi katalog macam2 keluar taim2 gaji. Kalau dapat bonus, hmmmm.. lagi la banyak godaan shopping. Betul tak? Itu membantu suami ke namanya?

Sebab #5. Dah memang Allah tentukan tanggungjawab suami untuk beri nafkah pada isteri. Nafkah zahir, nafkah batin, memenuhi keperluan isteri semua. Jadi tanggungjawab suami la keluar kerja, mahu tak mahu suami perlu kerja keras untuk menyara keluarga.. isteri dan anak2. Tiada alasan untuk suami tidak mahu memenuhi keperluan isteri dan anak2 melainkan jika ada keuzuran atau masalah2 lain yang boleh diterima akal. Ulang suara ye, keperluan.. bukan kehendak tau. Kalau kehendak isteri dan anak2 dapat dipenuhi itu dikira bonus. Pandai2 korang nak beristeri, pandai2 la korang nak sara anak isteri korang ye.

Lain la kalau memang tak mampu nak tanggung sorang2, isteri perlu bantu. Tapi jangan nanti mengungkit pulak. Pompuan ni pantang laki buat silap sikit, semua di ungkitnyer. Dah jadi nusyuz tuuuu... Dah dapat kebenaran tu jangan la berlebih2 pulak. Tapi kalau suami dah mampu nak tanggung semua, dah mampu bagi duit poket (nafkah) yang mencukupi lebih elok la kalau isteri duduk rumah. Bukan untuk orang lain, untuk suami, anak2 dan diri sendiri jugak.

Suami pun dah balik tu dah rehat2 kejap tolong la jangan terus lepas tangan je. Suami isteri sama2 penat, yang balik kerja ke, yang kat rumah ke. Sama2 la jalankan tanggungjawab, bertolak ansur, tolong menolong. Bukan untuk orang lain, rumah tangga korang jugak. Kalau dah berumah tangga kena bersedia dengan risiko2 penat tahap gaban cenggitu. Jangan kata tuan tanah tak faham, kerana tuan tanah juga seorang ibu, dan sedang merancang untuk berhenti kerja bila kewangan keluarga sudah stabil. (suami tuan tanah sedang membina kerjaya, dan untuk itu tuan tanah harus bersabar untuk berhenti sehingga kerjaya suami betul2 mantop.)
 
Untuk mengelakkan perkara2 di atas demi keselamatan di muka pengadilan selepas dihidupkan semula setelah mati nanti, baiklah kiranya seorang isteri menjaga urusan rumah tangga sahaja. Melainkan seseorang wanita itu adalah "superwoman" yang boleh menahan diri dari napsu yang bermacam2, harus wanita itu untuk membantu suami mencari rezeki, menampung ketidakcukupan. Soal rezeki, Allah dah tentukan yang terbaik untuk setiap hamba-Nya. Walaupun perit untuk kita, tapi mungkin itulah sebenarnya yang terbaik untuk kita. Jangan jadi seperti Qarun yang melupakan Allah setelah dilepaskan dari kemiskinan hidup, sedangkan telah terbukti kemiskinan adalah lebih baik baginya berbanding kekayaan harta.

“Siapa banyak cash, dialah Raja.” 

Ungkapan yang hanya sesuai bagi mereka2 yang suka bermewah2 dan berlebih2an yang mungkin boleh menyebabkan pembaziran. Sesungguhnya pembaziran itu amalan syaitan. Mengapa perlu jadi raja sedangkan bersederhana itu lebih afdal?

Senyum lagi.. Apa yang datang dari Allah adalah sebaik2 pemberian kepada hamba-Nya, walaupun perit, walaupun pedih. Kita tak nampak hikmah di sebalik kesusahan itu.

p/s: banyak lagi sebab2 tuan tanah nak bagi tapi dah lupe, sebab artikel ni tuan tanah pikir setahun yang lalu. Ni tuan tanah sambung kerja2 yang terbengkalai je. Heheee..

1 comment:

  1. I like your post.
    We have posted a good data on your site, it is very usefully for you Sarkari Result visit here.

    ReplyDelete