Sunday, March 27, 2016

Emas dan Perak Disebut Dalam Al-Quran

Sambungan dari cerita tentang duit kertas dan kaitannya dengan emas.
***************************************************************


Nilai emas? Berbaloikah memiliki emas? Mengapa emas? Beza dengan wang? 

(sumber asal artikel)

image


Surah At Taubah : Ayat 34-35
{34} Wahai orang yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara pendita dan ahli-ahli agama memakan harta orang ramai dengan cara yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Dan (ingatlah) orang yang menyimpan EMAS dan PERAK serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

{35} (Iaitu) pada hari dibakar EMAS dan PERAK itu dalam Neraka Jahanam, lalu diselar dengan dahi mereka, dan rusuk mereka, serta belakang mereka (dikatakan kepada mereka): Inilah apa yang kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu


Surah Az Zukhruf : Ayat 70-72
{70}  Masuklah kamu ke dalam Syurga bersama isteri-isteri kamu, dengan menikmati sepenuh-penuh kegembiraan dan kesenangan.

{71}  Diedarkan kepada mereka pinggan-pinggan besar dan piala-piala dari EMAS; dan sediakan di dalamnya segala yang diingini oleh nafsu serta di pandang indah oleh mata; dan kamu tetap kekal di dalamnya.

{72}  Dan dikatakan lagi kepada mereka: Inilah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya, disebabkan apa yang kamu telah kerjakan.


Emas & Perak Kekal Hingga Ke Akhirat
¤  Emas dan Perak berperanan di akhirat kelak. Orang yang kufur dengan nikmatNya akan dibakar bersama emas dan perak.

¤  Kepada yang beriman pula diedarkan piala-piala dari Emas dan diberi kenikmatan, kegembiraan dan kesenangan didalam Syurga.

Ada banyak lagi ayat Al-Quran tentang emas tapi cukup sekadar 2 surah sudah memadai membuka minda kita bahawa EMAS dan PERAK adalah LOGAM MULIA DAN BERHARGA. Wang kertas/wang fiat US dollar, Singapore Dollar, Euro dan Ringgit Malaysia TIDAK pun disebut didalam kitab suci ini.

Jadi sekarang kita dah pun sedar dan nampak permainan yahudi untuk mengaburkan dan melalaikan kita dari mempercayai Al-Quran. Mereka sengaja membuat sistem wang kertas/wang fiat yang boleh dimanipulasi sebaliknya EMAS TIDAK BOLEH DIMANIPULASI NILAINYA.

Terjermahan Surah sumber IslamGrid@ JAKIM.



Nak quote sikit kata-kata Tun M. : "Nilai matawang tidak terjamin kerana bergantung pada pasaran tukaran matawang dunia yang sentiasa berubah-ubah. Matawang hanyalah sehelai kertas yang digunakan untuk mewakili nilai tertentu tetapi bukan nilai sebenar, namun EMAS boleh mewakili nilai sebenar kerana ia sebuah logam yang berharga di seluruh dunia."

*************************************************************************
p/s: artikel ni pun dah lama pending, ada la setahun kot. lebih pun kot pasal anak yg paling kecik ni dah setahun lebih. Tapi tuan tanah publish jugak la. Kalau nak edit lain hari, tahun depan (kalau ingat lagi. heheee..) buleh edit lagi.

1 comment:

  1. Nice your post.
    You can find latest govt result in Rojgar Result visit here.

    ReplyDelete