Tuesday, December 17, 2013

PANDUAN UNTUK MEMBEZAKAN AIR BATU AIR MASAK VS AIR MENTAH

HAIIIIIII!!! Banyak pulak masa tuan tanah lately ni yer. Sebenornyer, tuan tanah tengah agak sibuk sekarang ni, almaklum ler dah ujung taun kan. Sumer nak closing, buat kije kewangan la katakan.

Untuk panduan korang2 nak beli ais a.k.a air batu tapi bukan air batu campur, but of kos la air batu campur pun pakai air batu jugak kan... ni tuan tanah titipkan cara2 nak bezakan air batu daripada air masak atau bukan air masak. Buleh dapatkan cd yang original.. eh, article yg original kat sini. (tak tau la pulak kalau blogger ni pun mengkopi pes jugak..)

***********************************************************************************************
Pernahkah kita terfikir apakah ais yang kita minum itu betul-betul bersih, adakah ia sudah dimasak? Ini cara-caranya nak tahu adakah ais itu dibuat daripada air mentah atau air yang sudah dimasak:

Ais dari air mentah berwarna putih kerana masih banyak gas yang terperangkap di dalamnya. Biasanya, ais yang dibuat dari air mentah adalah ais blok. Ais ini jelas-jelas tidak baik dimakan/minum, lebih-lebih lagi jika airnya diambil dari sumber air yang tercemar.

   
Ais blok. Eeee, tengok tu main pijak2 je ngan kasut plak tuh..

Ais dari air masak akan kelihatan jernih kerana gas di dalam air terlepaskan ketika proses perebusan. Biasanya, ais seperti ini disebut ais kristal. Sekarang, ais kristal sudah banyak digunakan, ianya berbentuk kiub dan berlubang, berlubang di tengah-tengah.

Ais kristal.

 ************************************************************************************************

Tapi pape pun rasanye lebih baik la buat ais sendiri. Ala, bukan susah pun kalu nak buat banyak2 ais kan. Senang jer:

1. Masak air banyak2, masak dlm periuk pun lagi ok. Tapi make sure periuk tak de bau kari sume la tau.

2. Biar kejap supaya sejuk sikit, kalau nak masuk fridge tengah panas kan buleh merosakkan fridge, nanti jangan carik tuan tanah ekk.

3. Masukkan dalam plastik bungkus makanan, ikat dengan getah gelang pun bolehhh. (plastik makanan yang korang buat bungkus lauk tu la.) Masukkan dlm bekas cam bekas2 eskrem cenggini pun buleh jer.. Lagi senang nak susun dalam freezer nanti kan.




4. Masukkan dalam freezer. Biarla sampai beku.

5. Bila nak gunakan ais, keluarkan satu ketul / bekas ais. Siramkan bawah air mengalir. Tujuannye supaya ais tu "crack", so senang la nak ketuk bagi pecah.

6. Masukkan pecahan2 ais dalam air/minuman anda. Hmmmm... terjamin kebersihan dan halalnyer kan...

2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    Salam perkenalan.. :)
    terima kasih atas info tu !
    i follow..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wa'alaikumussalam. salam perkenalan jugak.. tak perasan ada jugak orang yg bukak blog ni.. hehehh.. kot la buleh dipanggil blog. artikel dlm ni banyak kopi pes je. niat asal cuma utk simpanan sendiri. print banyak2 cm buang kertas pulak kan. tapi kalo ada yg nak share buleh je, pasal sy pun share pun dari orang

      Delete