Tuesday, February 5, 2013

Jin ifrit Mencuri Cincin Nabi Sulaiman a.s.


 Salah satu daripada mukjizat yang diberikan oleh Allah swt pada Nabi Sulaiman a.s. adalah tertulis pada cincinnya namanya dan nama Allah swt. Adapun setiap sesuatu yang tertulis padanya nama para Nabi dan nama Allah tidak boleh dibawa ke sebarang tempat seperti tempat-tempat yang hina seumpama tandas, tempat-tempat maksiat dan seumpamanya juga tidak boleh dipakai ketika tidur dan ketika berhadas besar.

             Kerajaan Nabi Sulaiman a.s. masyhur serta luas kekuasaannya sehingga anginpun tunduk atas segala perintahnya. Maka ini memudahkan Nabi Sulaiman a.s. untuk pergi ke suatu tempat yang dihajati dengan tidak perlu berkenderaan. Cukup sekadar memerintahkan angin membawanya terbang di atas permaidani sekiranya baginda yang diiringi oleh pembesar-pembesar kerajaannya mahu menziarahi daerah kekuasaan baginda yang luas itu.

             Pada suatu hari, Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesar kerajaannya pergi menziarahi salah sebuah daerah kekuasaan baginda dengan berkenderaan permaidani yang diterbangkan angin sehingga baginda melalui sebuah perkampungan nelayan yang terletak di tepi laut. Ketika itu kelihatan penduduknya sedang menjemur ikan. Di antaranya terdapat gadis-gadis yang turut serta menjemur ikan. Dari kalangan para gadis itu, ada seorang gadis yang amat hitam rupanya dan tidak menarik perhatian kaum lelaki.
             Apabila Nabi Sulaiman a.s. dan para pembesarnya melalui tempat itu, maka penduduk kampung menjadi kehairanan kerana tiba-tiba sahaja cuaca menjadi redup. Lalu merekapun mendongak dan mendapati rombongan Nabi Sulaiman a.s. sedang melalui kawasan itu.
            Sedang mereka dalam keadaan itu, berkatalah gadis yang hitam rupanya tadi: “Alangkah bahagianya aku sekiranya aku menjadi permaisuri Nabi Sulaiman a.s.”
             Apabila teman-temannya yang lain mendengar ucapan gadis itu, mereka lalu mentertawakannya dan mengejeknya dengan kata-kata menghiris hati: “Wahai gadis tidak tahu diri, sesungguhnya hasratmu sekadar impian. Rupamu yang hitam langsung tidak menarik perhatian. Inikan pula mahu bersuamikan Nabi Sulaiman yang hebat kedudukannya. Sedangkan kami yang mempunyai wajah menarik tidak bercita-cita untuk menjadi permaisuri baginda. Apakah engkau tidak sedar bahawa orang-orang lelaki di kampung kita inipun belum tentu mahu beristerikan engkau yang hitam legam lagi tidak menarik hati? Cukuplah engkau berangan-angan!” Riuh rendahlah suara mereka mentertawakan si gadis hitam tadi.
             Mendengarkan cemuhan dan hinaan mereka, merasa sayulah hati gadis yang malang itu. Dirinya ibarat pungguk merindukan bulan. Rupa yang buruk tidak dipinta. Akhlah yang baik lebih utama.

             Setelah Nabi Sulaiman a.s. bersama pembesar-pembesarnya selesai dari menjelajah ke daerah kekuasaan baginda, merekapun balik ke rumah masing-masing.

             Setibanya Nabi Sulaiman a.s. di istananya, baginda berhajat untuk ke tandas. Sebelum itu, baginda melucutkan cincin yang bertuliskan nama Allah dan namanya, lalu diserahkan pada isterinya.

             Pada masa itulah datang jin Ifrit menyerupakan dirinya sepertimana Nabi Sulaiman a.s, lalu menemui isteri baginda dan berkata: “Wahai isteriku, ambilkan cincinku tadi.” Tanpa merasa ragu, isteri baginda menyerahkan cincin itu pada Ifrif kerana menyangka dirinya Nabi Sulaiman a.s.
 

            Apabila Nabi Sulaiman a.s. selesai melepaskan hajatnya, baginda meminta dikembalikan cincinnya tetapi isterinya berkata: “Sesungguhnya telah aku kembalikan sebentar tadi.” Nabi Sulaiman a.s. diam kehairanan. Kemudian baginda berkata: “Baru inilah aku meminta kembali cincin itu.” Tetapi isteri baginda tetap mengatakan bahawa ia telah diserahkan.
            Nabi Sulaiman a.s. merasa serba salah dan curiga. Kemungkinan cincin itu telah dicuri oleh seorang yang menyamar sebagai diri baginda kerana isterinya tidak mempunyai alasan untuk menyerahkan barang kepunyaannya kepada sesiapapun jua.
            Adapun Ifrit setelah ia mencuri cincin tersebut, iapun masuk ke dalam istana kerajaan dan duduk di singgahsana sambil memerintah rakyat Nabi Sulaiman a.s. ke istana dan mendapati seorang yang menyerupai dirinya duduk di atas singgahsana. Maka fahamlah baginda kedudukan perkara.

             Lalu baginda berkata: “Wahai rakyatku sekalian, sesungguhnya akulah Sulaiman, raja kamu yang sebenar.”

             Jawab rakyatnya: “Tidak, raja itulah yang sedang memberi ucapan. Kamu bukan raja kami. Raja Sulaiman yang sebenar adalah dia yang duduk di kerusi singgahsana. Kamu pendusta!”
 

            Apabila rakyatnya tidak percaya lagi pada baginda, maka baginda pun pergi meninggalkan istana, menuju dari sebuah perkampungan ke perkampungan yang lain dan menyatakan dirinya sebagai Raja Sulaiman tetapi kesemua mereka menafikannya.

Akhirnya baginda pergi ke sebuah kampung nelayan yang terletak di tepi laut, lalu baginda menyatakan hajatnya untuk turut bekerja sebagai nelayan kepada seorang nelayan di tempat itu. Nelayan itu menerima hajat baginda tanpa menyedari bahawa ia sedang berhadapan dengan Raja Sulaiman.

            Nabi Sulaiman a.s. menjalani kehidupannya sebagai seorang nelayan dengan baik dan baginda bekerja bersungguh-sungguh tanpat mengenal jemu dan penat sehingga menghasilkan pendaptan yang lumayan dengan nelayan itu.

             Pada suatu hari, ketika baginda duduk berehat menunggu waktu makan tengahari, baginda tertidur oleh sebab keletihan.

             Tidak lama kemudian, datanglah anak gadis nelayan tersebut membawa makanan tengahari. Berkata si nelayan kepada anaknya: “Wahai anakku, panggillah Sulaiman untuk makan tengahari bersama kita.”
        

     Gadis tersebutpun pergilah mendapatkan baginda yang sedang tidur sambil dikipas oleh seekor ular dengan sehelai daun. Alangkah terkejutnya gadis itu melihat keadaan yang luar biasa ini, lalu segera dikhabarkan kepada ayahnya. Apabila si nelayan menyaksikan sendiri perkara itu, ia pasti baginda bukan sebarangan orang tanpa mengesyaki baginda adalah raja Sulaiman. Mereka meninggalkan baginda sendirian sehingga akhirnya baginda terjaga dari tidurnya dan merekapun menghadapi hidangan tengahari bersama-sama.
             Setelah beberapa lama Nabi Sulaiman tinggal nelayan, maka nelayan itu bermaksud untuk mengahwinkan anaknya dengan baginda. Nabi Sulaiman as tidak pula menolak kehendak nelayan itu. Maka hiduplah Nabi Sulaiman a.s. bersama gadis hitam yang pernah bercita-cita untuk menjadi isterinya suatu masa dahulu sebagai suami isteri yang sah tanpa gadis itu menyedari bahawa Tuhan telah menjadikan impiannya suatu kenyataan.
             Manakalah di istana yang telah ditinggalkan baginda, Ifrit menyamar sebagai Nabi Sulaiman as memberikan pengajaran yang menyesatkan manusia. Berpunca dari amarannya yang jahat itu, Ifrit tidak sanggup menyimpan cincin baginda yang dicurinya itu, kerana khianatnya cincin itu lalu dicampakkannya ke dalam laut yang kemudiannyaditelan oleh seekor ikan. Ifrit meninggalkan takhta kerajaan. Ketika itulah orang ramai baru menyedari kepalsuan orang yang selama ini mengaku dirinya Raja Sulaiman rupanya jin yang menyamar sebagai baginda.

             Segala sesuatu hanya Allah swt yang menentukan.

             Sebagaimana biasa, nelayan dan Nabi Sulaiman as keluar menangkap ikan sebagai memenuhi keperluan hidupnya. Kebetulan pada hari itu, masuklah ikan yang menelan cincin Nabi Sulaiman as ke dalam pukat mereka. Menjelang senja, kembalilah mereka ke rumah. Sebahagian daripada ikan yang ditangkap hari itu mereka jemur manakala sebahagian lagi dijadikan hidangan makan malam.

             Tatkala isteri baginda menyiang ikan yang akan dimasak malam itu, tiba-tiba ditemui dalam perut ikan itu sebentuk cincin yang bertuliskan nama Nabi Sulaiman as dan nama Allah.

             Segeralah isteri baginda mengkhabarkannya. Demi melihat baginda akan cincin itu, baginda terus mengucap syukur sebanyak banyaknya kepada Tuhan kerana haknya telah dikembalikan tanpa ia duga sementara rasa kasih terhadap isterinya semakin bertambah.

             Setelah cincin itu disarungkan, barulah rakyat baginda meyakini bahawa baginda adalah sebenarnya Raja Sulaiman.

            Nabi Sulaiman as bermaksud untuk kembali ke istana dan melihat keaaan rakyat baginda yang telah lama ditinggalkan. Baginda juga berhasrat untuk membawa isteri baginda bersama-sama tetapi merasa keberatan kerana ditakuti isterinya akan menjadi bahan ejekan berpunca dari kehitaman rupanya itu. Baginda lalu berdoa kepada Allah Taala supaya mengubah rupa isterinya yang hodoh itu menjadi cantik. Doa baginda dimakbulkan sehingga merasa cemburulah teman-teman yang pernah menghina dan mengejek isterinya dahulu.

            Baginda beserta isterinya kembali ke istana dengan disambut meriah oleh rakyat jelata yang telah menyedari kesilapan meraka.

             Kemudian pada suatu hari, dikumpulkanlah sekalian rakyatnya, baik dari golongan manusia, jin dan juga binatang kerana Nabi Sulaiman ingin mengetahui siapakah yang telah mencuri cincin baginda dan menyesatkan rakyat dengan perbuatan durjana. Sesiapa yang telah melakukan kesalahan pasti takut untuk bertemu dengan baginda.


             Setelah sekalian rakyat berkumpul, ternyata yang tidak hadir aalah jin Ifrit. Dengan ini, diisytiharkan bahawa Ifritlah yang telah mencuri cincin baginda. Mendengar kenyataan ini, merasa marahlah golongan jin terhadap Ifrit kerana telah memalukan bangsa mereka di khalayak ramai. Lalu Nabi Sulaiman as memerintahkan beberapa orang bangsa jin untuk menangkap Ifrit. Bangsa jin yang diperintah itu segera pergi mencari tempat persembunyian Ifrit.

             Akhirnya ditemui Ifrit bersembunyi di batu karang di dasar lautan. Ifrit lalu dihadapkan kepada Nabi Sulaiman as dan baginda menghukum sesuai dengan kesalahannya

Monday, February 4, 2013

Nabi Muhammad (s.a.w) dalam Kitab Hindu ?

 article ini diambil dari http://zamanteman.blogspot.com
(klik sini utk link terus ke article)



Seorang professor penyelidik pakar bahasa India dari Universiti Alahabad, dalam buku hangatnya, telah menerbitkan buku mengenai Kalki Avatar beerti Pembimbing Agung. Beliau mendakwa bahawa gambaran mengenai Kalki Avatar yang terdapat didalam kitab suci Hindu yang sebenarnya adalah Nabi Muhammad s.aw.

DiIndia adalah merupakan factor benar bahawa sejurus selepas sesuatu buku dilancarkan akan menjadi suatau bahan bualan dan gossip seluruh negara. Jikalah sekiranya pengarang buku ini, seorang muslim, sewajarnya dia akan ditangkap dan atau beliau akan dibunuh dan semua buku bukunya akan ditarik balik dari berada dipasaran. Hingga ketahap dimana ianya akan tidak dibenarkan untuk diulang cetak. 

Tunjuk perasaan dan keganasan akan tercetus terhadap insan muslim yang tidak berdosa dengan pertumpahan darah dimana mana. Yang menakjubkan bahawa pengarang buku ini adalah seorang yang berfikiran sederhana dan professor khusus yang secara kebetulan adalah seorang Hindu. Nama beliau ialah Mr. Pandit Vedaprakash Upadhal, manamakan tajuk bukunya sebagai "Kalki Avatar. Pengarang adalah penyandang sami berugama hindu Brahmin berasal dari Bengali. Penyelidik sekular. 


Menurut kepercayaan penganut hindu, ada digariskan gambaran dan panduan tentang pemimpin yang bernama Kalki Avatar , ia sangat bertepatan hanya dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jadi penganut hindu diseluruh dunia tidaklah perlu menunggu lagi akan kedatangan Kalki Avatar (semangat/roh) yang dimaksudkan. Sewajarnya mereka segera menerima kenabian nabi Muhammad s.a.w Bin Abdullah sebagai pesuruh Allah (Kalki Avatar) yang dimaksudkan oleh kitab suci hindu mereka itu. 


Fakta fakta dan penemuan mengenainya telah disahkan oleh lapan pandit sami kanan hindu yang lain yang mengatakan penganut hindu selama ini menghanyutkan diri mereka dalam penantian yang tidak berpenghujung, sedangkan pesuruh tersebut telah pun muncul dan telah pun wafat 14 abad yang lalu.

Pengarang mengemukakan bukti yang kukuh saperti dibawah yang digali dari kitab Vedas serta buku buku suci ugama hindu yang lain bagi membuktikan kebenaran hujah beliau:

1. Didalam ramalan Prophecy Hindus Purana (Buku suci hindu) telah dinukilkan bahawa Kalki Avatar adalah pesuruh tuhan yang terakhir dimuka bumi ini untuk pertunjuk bagi seluruh dunia dan seluruh manusia dialam ini. Alqur'an telah memberitahu bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir buat pertunjuk seisi alam termasuk Jin dan manusia.

2. Menuruk ramalan ugama hindu, kelahiran Kalki Avatar akan berlaku disuatu tempat menyerupai pulau (negeri dikelilingi padang pasir) dan mengikut ugama hindu ianya di kawasan bumi Arab.

3. Didalam buku hindu, nama bapa dan emak Kalki Avatar dikenali sebagai VISHNUBHAGAT dan SUMAANI. Jika kita lihat makna bagi kedua nama tersebut, akan kedapatan sesuatu yang menarik untuk direnungi. Lihat, VISHNUBHAGAT = Vishnu beerti tuhan + Bhagat beerti hamba, diterjemah dalam bahasa arab, tuhan itu ALLAH + hamba itu Abdul = Dicantumkan akan menjadi ABDULLAH (bapa kepada Nabi Muhammad s.a.w) Manakala SUMAANI beerti aman atau tenang yang didalam bahasa arab AMINAH (nama emak Nabi Muhammad s.a.w).
1. Dalam buku buku ugama hindu, dinukilkan bahawa bahan makanan asas Kalki Avatar ialah buah korma dan zaitun. Beliau merupakan seorang yang amanah lagi jujur dan paling dipercayai seluruh masyarakatnya. Tak dapat disangsikan bahawa makanan asas Nabi ialah buah Korma dan zaitun. Nabi Muhammad s.a.w juga mempunyai akhlak sebegini tinggi dan dipercayai oleh setiap orang dan masyarakatnya.

2. Dinukilkan juga dalam Vedas, bahawa kelahiran Kalki Avatar akan berlaku ditengah tengah kalangan keturunan yang dihormati. Ini bertepatan dengan dimana Nabi Muhammad dilahir dari golongan Quraish yang terkenal sangat dihormati oleh masyarakat ketika itu.

3. Dalam buku tersebut juga dinukilkan bahawa Tuhan akan mengajar Kalki Avatar melalui malaikat didalam Gua. Bertepatan dimana Allah telah mengajar Nabi Muhammad s.a.w dengan memerintahkan Malaikat Jabrail untuk mengunjungi serta mengajar nabi berupa Wahyu didalam gua yang bernama Gua Al Hira.

4. Juga dinukilkan bahawa tuhan akan memberi kenderaan yang pantas buat Kalki Avatar untuk mengembara keseluruh alam maya serta naik kelangit hingga kelangit ke 7. Ini bertepatan dengan apa yang dialami oleh Nabi Muhammad s.a.aw dalam peristiwa Isyra' dari masjidi haram diMekah ke masjidil al aqsa diPelestin Dan Mi'raj nabi kelangit ke 7 dengan menunggang seekor Burak dalam satu malam.

5. Dinukilkan juga dalam buku tersebut bahawa Kalki Avatar akan diberikan pertolongan yang luar biasa oleh tuhan, ini terbukti jelas bahawa Allah telah memberi bantuan luar biasa kepada Nabi Muhammad s.a.w didalam peperangan Uhud dan yang lain lain.

6. Yang menakjubkan dinukilkan juga bahawa Kalki Avatar akan dilahirkan pada 12 haribulan. Ini bertepatan sekali bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah dilahirkan pada 12hb Rabiulawal (kelendar Islam).

7. Dinukilkan juga dalam Vedas bahawa Kalki Avatar adalah merupakan seorang penunggang kuda yang baik dan ahli main pedang yang cekap, ini bertepatan dengan Nabi Muhammad s.a.w yang terkenal dalam bidang berkenaan. Lagipun pengarang mengajak penganut ugama hindu berfikir bahawa zaman kuda dan pedang telah berlalu dan kini manusia menggunakan senapang dan roket. Adalah sesuatu yang dangkal mengharapakan datangnya Kalki Avatar yang ditunggu tanpa penghujung, walhal ia telah pun muncul 1400 tahun yang lalu.
Dalam alqur'an telah diceritakan tentang ciri ciri dan tanda tanda mengenai Nabi Muhammad s.a.w dengan jelas dan bertepatan apa yang dinantikan oleh penganut hindu terhadap Kalki Avatar. Pengarang telah memberi hujah hujah yang mengatakan Kalki Avatar yang dimaksudkan itu adalah Nabi Muhammad s.a.w dan kepada yang masih lagi menunggu akan kedatangan Kalki Avatar? sewajarnya berfikir semula dan renungilah akan kebenarannya.


Wednesday, January 30, 2013

11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

sedikit perkongsian ilmu dicedok dari http://spanarburuk.blogspot.com


11 ORANG YANG MENDAPAT DOA MALAIKAT

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.


3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


link asal article : http://spanarburuk.blogspot.com/2012/08/11-orang-yang-mendapat-doa-malaikat.html

Tinggal dunia glamor demi Islam

dicedok dari http://www.halimislam.com
 
ISLAM telah membuka mata anak muda kelahiran Brooklyn, New York, Amerika Syarikat ini yang suatu masa dahulu terlibat dengan penjualan dadah di jalanan sebelum beralih ke dunia hiburan hip hop

Dua mimpi yang menjadi igauan sepanjang hidup bergelumang dengan dosa itu akui Jason Perez ialah dia pasti akan meringkuk dalam penjara ketika usianya mencecah 21 tahun. 

Manakala mimpi keduanya pula ialah walau bagaimanapun dia cuba mengelak semua itu daripada berlaku, dia tetap akan berkesudahan dengan kematian.

Rupa-rupanya, kedua-dua mimpi ngeri Jason itu ternyata benar. Uniknya, Jason kini bernafas semula dengan nama Islamnya, Jason Hamza Perez.
 
 
                       Jason Hamza Perez berusaha membantu mereka yang hidup di jalanan kembali kepada jalan kebenaran.

"Saya tidak tahu tentang nafsu. Islam menyedarkan saya bahawa di jalanan anda selalu mencari musuh. Namun, dalam Islam ia mengajar saya bahawa dalam rangka untuk menemukan musuh saya, saya harus melihat diri di cermin terlebih dahulu. Hakikatnya, musuh saya adalah diri saya sendiri iaitu nafsu saya," akui Hamza.

Tayangan dokumentari bertajuk, The New Muslim Cool yang pernah menjadi isu hangat rakyat Amerika Syarikat suatu ketika dahulu, sedikit sebanyak mengandungi pengalaman hijrah akidah dan kerohanian Hamza sebaik bergelar Muslim. Dokumentari itu turut menyelitkan pandangannya yang berketurunan Puerto Rico tentang agama.

Kini, Hamza telah mengucapkan selamat tinggal kepada dunia muzik dan hip hop yang suatu masa dahulu digilainya. 

Menurut Hamza, dia mengambil keputusan muktamad itu dengan alasan memberikan lebih tumpuan kepada keluarga, membantu mengukuhkan fungsi masjid dan melaksanakan kerja-kerja kemasyarakatan secara profesional. 

Malah isteri Hamza, Jennifer Maytorena Taylor merupakan generasi keempat Muslim keturunan Afrika di Amerika Syarikat, yang juga pengarah dan penerbit dokumentari, The New Muslim Cool.

Hamza membentuk sebuah komuniti yang terdiri daripada orang keturunan Latin dan Afrika-Amerika yang mana akhirnya ia berpindah dari Massachusetts ke Pittsburgh.

Dia menjadi begitu aktif dengan anggota komuniti tersebut sehingga sanggup bekerja keras demi membantu insan-insan yang terlibat dengan penagihan dadah keluar daripada kehidupan di jalanan.

Akhirnya, dia berakhir di penjara sebagaimana yang sering dimimpikan sebelum ini. Ironinya bukan sebagai rakan satu sel tetapi sebenarnya Hamza menjadi guru agama atau pendakwah di Penjara Allegheny County. 

Berkongsi cerita bagaimana dia boleh bertukar menjadi seorang Muslim akui Hamza, dia mempunyai seorang teman bernama Louie Ekuador. Mereka membesar bersama dan kemudian sama-sama juga terlibat dalam penjualan dadah. 

"Saya mencari kebahagiaan sebagai orang muda, tetapi saya tidak pernah menemuinya. Saya mencuba kehidupan jalanan dan dadah, tapi itu hanya membuat saya menjadi lebih tertekan.

"Biarpun kami berjaya mengumpulkan wang yang banyak, sayangnya ia tidak memberi apa-apa kepuasan, jauh sekali kebahagiaan. Suatu hari, sedang kami duduk melepak, kami didatangi oleh seorang Muslim. Dia mula bercerita tentang Islam. Akhirnya kawan saya itu menjadi Muslim," ceritanya. 

Kebetulan pula, rumah kediaman Hamza berhadapan dengan sebuah masjid. Cuma dia tidak pernah tahu tentang Islam dan ajarannya. Satu-satunya perkara yang dia tahu mengenai Islam ialah mereka membunuh kambing. 

"Jadi, dalam masyarakat, masjid mereka lebih dikenali sebagai tempat di mana kambing dibunuh. Memang benar, saya rapat dengan bangunan itu tetapi tidak benar-benar tahu tentang apa yang terjadi di dalamnya. Kawan saya, Louise akhirnya memeluk Islam dan menghilang diri selama 40 hari. Khabarnya, dia pergi dengan Jemaah Tabligh menyebarkan Islam.

"Namanya pun sudah berubah menjadi Luqman. Suatu hari Luqman datang berpakaian serba putih dengan seorang syeikh bernama Iqbal. Pada masa itu saya dan beberapa teman jalanan sedang bermain dadu, minum, dan merokok. Saya terpegun melihat Louise, wajahnya kelihatan bercahaya. Saya boleh melihat perubahan dalam dirinya. 

"Jadi, saya terus meninggalkan yang lain. Saat itu, syeikh ada bertanyakan sama ada saya percaya akan Allah yang Esa dan Nabi Muhammad. Saya tahu tentang Allah tetapi tidak tentang Muhammad. Melihat perubahan pada Louise, tanpa ragu-ragu dan teragak-agak, saya minta diajar mengucapkan dua kalimah syahadah, di tepi jalan itu juga. Adik saya yang menyaksikan insiden itu juga, ikut bersyahadah," katanya.

Terang Hamza lagi, berita pengislaman itu diterima sedih oleh keluarganya. Pun begitu, apabila mendapati dengan cara itu dia adik beradik bebas daripada dadah dan kegiatan berbahaya, ibu bapa mereka merestuinya. 

"Ibu saya sangat menyokong kerana saya berubah menjadi seorang anak yang memberatkan ibu, membantu dalam urusan keluarga dan melakukan apa sahaja yang dimintanya.

"Dulu sebelum menjadi Muslim, saya tidak pernah ambil kisah tentang ibu. Perubahan dalam diri saya turut menarik kakak saya untuk bergelar Muslim. Kemudian, salah seorang rakan saya ikut jejak. Akhirnya, lebih daripada 55 orang kenalan saya memeluk Islam," jelasnya.

Langkah seterusnya yang diusahakan Hamza ialah kembali ke tempat di mana mereka menjual dadah dan memasang papan tanda bertanda Heroin membunuh kamu dan Allah menyelamatkan anda!
Hasilnya, ramai daripada mereka terpengaruh.

Ditanya masalah yang dihadapi sebagai Muslim jelas Hamza pada peringkat awalnya, dia bagai hilang arah kerana beranggapan terpaksa menurut apa yang diperkatakan oleh Muslim lain. 

"Saya jadi keliru apabila ada beberapa orang Muslim, mengajar saya untuk melihat Muslim lain dan mengkritik umat Islam lain. Antaranya dalam aspek penampilan seperti Muslim yang berjanggut panjang dan 'pakaian aneh' mereka.

"Sampai satu peringkat, perbuatan mengkritik orang menjadi lebih kerap sementara mengingat Allah menjadi sedikit. Saya mulai rasa kehilangan nikmat kemanisan yang dialami ketika pertama kali menjadi Muslim. 
Namun, saya lakukan transformasi besar bersandarkan pernyataan, hanya melihat kesalahan diri, bukan kesalahan orang," katanya
 
link asal article http://www.halimislam.com/2012/03/tinggal-dunia-glamor-demi-islam.html

Briged al Qassam – Generasi muda perindu syahid…

dicedok bulat-bulat dari blog http://zainurrashid.com
*'saya' di dalam article ini adalah Dr. Zainur Rashid  Zainuddin





Kewujudan para pemuda yang memperjuangkan kemuliaan Islam secara ketenteraan di bumi Gaza dan Tebing Barat bukanlah satu yang rahsia lagi. Merekalah sebenarnya yang merupakan ketumbukan angkatan tentera yang menjadi perisai di barisan depan yang akan mempertahankan Palestin daripada terus dijajah dan diratah oleh regim Zionis Israel selama ini.


Briged Izzuddin al-Qassam atau lebih dikenali sebagai al-Qassam adalah barisan pejuang bersenjata Palestin yang telah diasaskan penubuhannya oleh Sheikh Ahmad Yassin (Pengasas HAMAS), Dr Ibrahim al Maqadema dan Sheikh Salah Shehada sejak tahun 1984 lagi.


Pasukan bersenjata HAMAS yang begitu digeruni oleh Israel ini telah diberikan nama sebagai Briged al-Qassam bersempena dengan nama Sheikh Izzuddin al-Qassam, seorang tokoh pejuang yang berasal dari Syria yang telah terkorban syahid di Ya’bad, Palestin bagi mempertahankan bumi ini daripada penjajahan Inggeris pada tahun 1935.
Di kesempatan yang ada ketika menyertai misi kemanusiaan di Gaza kali ini, saya telah mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai pergerakan ini daripada masyarakat setempat di sana.

Beberapa kali mendengar bunyi letupan di sana sini sepanjang keberadaan kami di Gaza, Namun masyarakat umum termasuk Israel juga amat mengetahui bahawa Briged al Qassam adalah satu pergerakan ketenteraan yang bekerja dengan kerahsiaan yang kuat dan mampu membuat pelbagai kejutan.

Alhamdulillah dengan takdir yang ditentukanNya pula, saya berpeluang untuk mengenali Briged al-Qassam ini dengan lebuh dekat melalui kunjungan ke pusat latihan mereka setelah mendapat jemputan daripada pimpinan kerajaan yang memerintah Semenanjung Gaza. Saya berpeluang menyaksikan sebuah satu demonstrasi latihan ketenteraan yang jarang-jarang sekali dibuka kepada rakyat Palestin apatah lagi kepada pengunjung dari luar Negara.

Objektif penubuhan al Qassam
Objektif  utama penubuhan al Qassam adalah untuk menaikkan semangat jihad di kalangan orang-orang Palestin, orang-orang Arab dan juga umat Islam sejagat. Briged ini bertanggung-jawab untuk mempertahankan tanah suci Palestin daripada penjajahan dan kezaliman Zionis dan seterusnya membebaskan Palestin dan keseluruhan tanahnya yang telah dirampas oleh penjajah Zionis Israel.

Pada peringkat awalnya mereka enggan memberikan maklumat lanjut mengenai kekuatan sebenar briged ini tetapi akhirnya menjelaskan bahawa mereka mempunyai ahli battalion yang terlatih seramai kira0kira 25,000 orang di kalangan pemuda-pemuda yang berumur antara 18-30 tahun.  Sejak intifadah al Aqsa yang berlaku pada tahun 2000, seramai kira-kira 800 ahli briged ini telah syahid bagi mempertahankan Palestin.

Briged al Qassam amat mementingkan latihan dan kualiti ahli Briged yang menjadi tulang belakang perjuangan pembebasan Palestin.

Di antara syarat utama yang dikenakan sebelum mereka dipilih ialah :

1-Gigih berpegang dengan ajaran Islam
2-Kuat mengamalkan sunnah Rasulullah saw
3-Menjaga solat 5 waktu secara berjamaah                                                                                        4-Mengimani perjuangan pembebasan al Aqsa dan Palestin
5-Berdisiplin dan mentaati kepimpinan
6-Mencintai dan bersedia untuk syahid

Saya telah diberitahu bahawa briged ini juga mempunyai skuad wanita walau pun mereka tidak berada di barisan depan ketenteraan. Pernah sekali tentera al Qassam yang berpakaian lengkap ketenteraan dikepung oleh tentera Israel di dalam sebuah masjid, mereka telah menghantar tentera wanita yang tidak berpakaian seragam pada ketika itu untuk masuk ke masjid bagi menyerahkan baju lain kepada anggota yang terkepung, Tentera al Qassam ini kemudiannya berjaya keluar dengan berlakon sebagai orang-orang awam. Walau pun Briged al Qassam kehilangan tiga anggota wanitanya dalam operasi tersebut tetapi mereka tetap Berjaya kerana ramai di kalangan anggota utamanya yang dapat diselamatkan.

Sudah menjadi perkara biasa apabila kedengaran letupan dan bunyi tembakan di wilayah Gaza bukan kerana serangan ketentaraan Israel sebaliknya adalah daripada sesi latihan al Qassam.

Briged al Qassam ini juga sangat terkenal dengan roket artileri al-Qassam yang merupakan roket buatan sendiri. Roket ini sering membawa kemusnahan musuh di tanah suci Palestin yang dijajah serta memberikan kesan trauma mental kepada masyarakat penjajah Israel.
Saya juga berkesempatan menyaksikan satu sesi latihan ketenteraan Brideg al Qassam ini yang menggunakan peluru hidup, bom tangan, senapang AK-47, mesingan dan roket grenad. Bergegar rasanya hati kecil ini ketika menyaksikan demonstrasi yang cukup membuktikan kehebatan generasi muda Palestin ini.

Sesudah sesi latihan itu, kesemua pemuda-pemuda ini berkumpul dan bersujud syukur sebagai satu amalan penting pada setiap kali tamat satu pertempuran melawan tentera Zionis.

Dengan pelbagai maklumat dan diikuti oleh pertemuan yang bermakna ini, saya pasti bahawa mereka adalah generasi pemuda perindu syahid yang begitu digeruni oleh pasukan tentera penjajah Israel yang berjumlah seramai 720,000 orang yang turut mempunyai pelbagai  kelengkapan teknologi ketenteraan yang canggih
Pemuda Briged Al-Qassam melakukan sujud syukur setiap kali pulang daripada bertempur dengan tentera Israel.

Sebelum berpisah, seorang pemuda al Qassal menghampiri saya dan bertanya asal usul kami. Apabila diberitahu daripada Malaysia, dia lantas menjawab bahawa tanah ini juga milik umat Islam di Malaysia. Tentunya jawapan ini begitu mendalam dan menggugah hati sanubari saya.

Ketika berpeluang untuk mengajukan soalan kepada beberapa anak muda Palestin di Gaza samada mereka adalah daripada al Qassam atau tidak, kebanyakan mereka hanya tersenyum kerana mereka biasanya mengistiharkan diri mereka sebagai al Qassam secara terbuka.

Tuesday, January 29, 2013

KULIT DAN SEKSAAN DI NERAKA

credit to : myibrah.com



Allah SWT berfirman di dalam al-Qur’an, yang bermaksud:
“Sesungguhnya orang-orang yang KUFUR INGKAR kepada ayat-ayat keterangan Kami, Kami akan MEMBAKAR MEREKA DI DALAM API NERAKA. Tiap-tiap kali KULIT mereka MASAK HANGUS, Kami gantikan untuk mereka KULIT yang lain supaya mereka dapat MERASA AZAB SENGSARA itu dan (ingatlah) sesungguhnya ALLAH adalah MAHA KUASA, lagi MAHA BIJAKSANA.” (Surah an-Nisa; 56)

Ayat di atas merupakan salah satu peringatan dan ancaman dari Allah SWT kepada umat manusia yang kufur ingkar kepada ayat-ayatNya. Saudaraku, pernahkah terlintas di fikiran kita, mengapa di dalam ayat ini Allah SWT menyatakan KULIT ?
Setelah memasuki Block Dermatology dan Musculoskeletal System baru ana mengerti akan KEMUNGKINAN (sesungguhnya hanya Allah yang Maha Mengetahui segala susatu) kenapa kulit yang Allah Nyatakan di dalam ayat ini. Jadi, marilah kita sama-sama telusuri dan berkongsi sedikit ilmu dan pandangan mengenai hal ini. Bukti Kebesaran Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.


Kulit
Kulit merupakan organ terbesar yang Allah SWT ciptakan pada tubuh kita. Ia meliputi 16% daripada berat tubuh. Secara histologi, kulit dapat dibahagikan kepada 3 bahagian utama iaitu :
1. Epidermis – lapisan paling atas yang berasal dari ectoderm
2. Dermis – lapisan connective tissue di bawah epidermis yg berasal dari mesoderm
3. Subkutan – lapisan kulit paling bawah dan mengandung banyak sel lemak.
Histologi kulit manusia
Terdapat beberapa reseptor yang Allah SWT ciptakan pada kulit manusia. Antaranya ialah:
1. Mechanoreceptor – receptor yang menerima ransangan tekanan, sentuhan & getaran.
2. Thermoreceptor – receptor yang menerima ransangan suhu (sejuk/panas)
3. Nociceptor – receptor yang menerima ransangan sakit.
Walaupun terdapat banyak receptor di kulit kita, tetapi receptor sakit merupakan receptor yang paling menarik minat saya. Jika ditinjau dari aspek neurologi, threshold receptor sakit lebih tinggi berbanding receptor-receptor lain. Jadi, ia hanya dapat mengesan stimulus yang melampau. Sebagai contoh, jika terdapat ransangan panas, ia akan dikesan oleh termoreceptor. Tetapi, jika haba yang diberikan terlalu banyak (melampau) maka reseptor pula sakit akan teransang.
Sakit
Saudaraku, rasa sakit didefinisikan sebagai suatu deria dan pengalaman emosi yang tidak disenangi, yang berasal dari stimulus yang dapat menyebabkan kecederaan atau yang berpotensi menyebabkan kecederaan pada tubuh. Rasa sakit merupakan amaran kepada kepada kita bahawa ada ‘something wrong’ pada tubuh. =)
Kadang-kadang, dalam menghadapi kesakitan, kita mengeluh seolah-olah tidak redha dengan ketentuan tuhan. Dan yang lebih menyedihkan, ada yang “memaki” Tuhan di atas sakit yang menimpa.
Saudaraku sekalian, pernahkah kita terfikir bahawa di saat kita sedang merasai kesakitan, sebenarnya kita juga sedang mengecapi nikmat dari Allah SWT, Tuhan semesta alam? Nikmat yang saya maksudkan di sini ialah nikmat berupa keupayaan tubuh kita untuk mengesan rasa sakit.
Saudaraku, cuba kita bayangkan bagaimana keadaan kita jika Allah SWT mematikan semua nociceptor pada tubuh kita. Mungkin ada orang yang berpendapat “Syok la klo cenggitu, klo nak branak pun x la sakit” =p.
Tapi saudaraku, tanpa receptor sakit, kita tidak akan sedar yang tubuh kita sedang mengalami kecederaan. Sebagai contoh, seseorang yang mengalami appendicitis (biasa orang sebut kne appendix) tidak akan tahu bahawa peradangan sedang terjadi di appendixnya. Maka dia akan tetap “tenang-tenang aja” (bak kata orang Medan), sedangkan inflamasi yang sedang terjadi boleh menyebabkan appendixnya pecah dan menyebabkan keadaan yang lebih parah.
Tanpa rasa sakit, orang yang mengalami kemalangan tidak akan sedar bahawa tulang rusuknya telah patah (close fracture) dan lebih teruk lagi, jika tulang yang patah itu menikam paru-paru atau jatungnya.
Penderita Coronary Heart Disease mungkin tidak dapat didiagnosis penyakitnya tanpa angina pectoris (sakit dada). Akhirnya, jantungnya mengalami ischemia (x cukup oksigen) kerana penyumbatan pada artery coronary (saluran darah yang membawa darah ke otot jantung) dan akhirnya dia mati akibat gagal jantung (heart failure), tanpa sempat didiagnosis dan diberikan terapi.
Maka benarlah bahawa menderita kesakitan juga merupakan salah satu nikmat dari nikmat-nikmat dari Allah SWT yang tidak terhitung banyaknya. Dan perkara ini membuktikan kebenaran firman Allah SWT di dalam al-Qur’an, yang bermaksud ;
“Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkanNya kepada kamu), nescaya kamu tidak akan dapat menghitungnya…” (Surah an-Nahl;18)
Maka, sepatut dan seharusnyalah kita bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat yang dikurniakan kepada kita.
Allah berfirman di dalam surah Ibrahim, ayat ke-7 yang bermaksud:
“Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu berfirman: Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah pedih.” (Surah Ibrahim;7)
Tetapi saudaraku, syukur tidak cukup hanya dengan lafaz “Alhamdulillah” tetapi, syukur kita haruslah dizahirkan dengan mentaati perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
Mantapkan amalan fardhu. Perbanyakkanlah amalan sunat. Kadang-kadang, ada orang menyangka bahawa dengan amalan fardhu sahaja sudah cukup baginya. Saudara, apakah kita akan berpuas hati jika setiap kali kita makan, hidangan yang disediakan hanyalah nasi putih, tanpa lauk pauk yang enak? Semestinya kita jemu bukan? Begitulah juga halnya dengan ibadah kita. Tanpa ibadah sunat, kita tidak akan dapat merasa apa yang dikatakan manisnya iman.
Seksaan Neraka
Saudaraku, jika kita merujuk kembali kepada terjemahan ayat ke 56 Surah an-Nisa, sedarkah kita betapa dasyatnya seksaan yang Allah sediakan bagi orang yang kufur? Kulit kita yang terbakar disiat oleh Malaikat Zabaniyah lalu Allah SWT menngantikannya dengan kulit yang baru, lalu di bakar lagi, dan disiat lagi. Begitulah halnya berterusan tanpa henti. Tujuan rasa sakit yang Allah ciptakan bukannya lagi berfungsi sebagai amaran bahaya tetapi kini berubah menjadi SEKSAAN. (Sedih saat ana menjalankan praktikum fisiologi dimana kami diminta menyediakan preparat nerve muscle dari katak. Semasa ana menyiat kulit katak, ana terbayangkan bagaimana menderitanya kita jika kulit kita disiat di neraka – na’uzubillah )
Rasulullah SAW bersabda ;
“Seksa terkecil bagi ahli neraka di hari kiamat ialah selipar api neraka, yang apabila dipakai, otak akan mendidih disebabkan panasnya”
Abu Hurairah RA berkata ;
“Jika ada seratus ribu orang lebih di dalam suatu masjid, lalu seorang ahli neraka menghembuskan nafasnya di situ, maka matilah semua orang di dalam masjid.”
Ketahuilah wahai diriku dan saudaraku, seseungguhnya Allah SWT telah menciptakan neraka dan kedasyatan untuk penduduknya. Allah SWt berfirman:
“Takutilah mereka dengan hari penyesalan (kiamat), ketika dihukum tentang perkara yang telah dilakukan sedangkan mereka dalam kelalaian dan mereka tiada beriman”. (Surah Maryam;39)
Sungguh, ini semua telah ditentukan dan akan menjadi kenyataan di hari kiamat, yang menghairankan, kita masih tertawa dan terpaut oleh kehinaan dunia. Kita tidak tahu bagaimana keputusan Allah untuk kita.
(Petikan dari Kitab Mukasyafah al-Qulub oleh Imam al-Ghazali)
Jika Allah telah memudahkan mu ke jalan yang baik, bergembiralah, barangkali engkau jauh dari neraka. Jika kau telah berniat ingin baik, tentulah akan dimudahkan buat menuju ke sana. Jika engkau berniat buruk, akan dimudahkan pula jalan ke sana (neraka). Allah Azza Wa Jalla berfirman;
“Sesungguhnya orang-orang yang baik dalam kenikmatan (syurga) dan sesungguhnya orang-orang yang jahat dalam neraka” (Surah al-Infithar;13-14)

Sumber: http://www.soutulislami.blogspot.com/
link article : http://myibrah.com/kulit-dan-neraka
 

BATU HAJARUL-ASWAD ADALAH SUPER CONDUCTOR YANG SANGAT HEBAT

credit to:  www.halimislam.com



Encyclopedia Amerika menulis: "... Sekiranya orang-orang Islam berhenti melaksanakan tawaf ataupun solat di muka bumi ini, nescaya akan terhentilah pusingan bumi kita ini, kerana putaran dari super konduktor yang berpusat di Hajar Aswad, tidak lagi memancarkan gelombang elektromagnetik.

Menurut hasil kajian dari 15 Universiti: menunjukkan Hajar Aswad adalah batu meteor yang mempunyai kadar logam yang sangat tinggi, iaitu 23,000 kali dari besi yang ada.

Beberapa angkasawan yang mengangkasa melihat suatu sinar yang teramat terang mememancar dari bumi, dan setelah diteliti ternyata berpunca dari Baitullah atau Kaabah. Super konduktor itu adalah Hajaratul Aswad, yang berfungsi bagai mikrofon yang sedang berpancar dan jaraknya mencapai ribuan batu liputan pancarannya.

Prof Lawrence E Yoseph - Fl Whiple menulis: "... Sungguh kita berhutang besar kepada orang Islam, solat, tawaf dan tepat waktu menjaga super konduktor itu ..." Subhanallah, Alhamdulillah, Laa Illaha illallah, Allahu Akbar. Betapa bergetar hati kita melihat dahsyatnya gerakan tawaf haji & Umrah.


link asal : http://www.halimislam.com/2012/11/fakta-menarik-batuhajar-aswad-merupakan.html

THE ONLY LIVING SAHABI (SATU-SATUNYA SAHABAT NABI YANG MASIH HIDUP)

credit to : www.halimislam.com


Inilah pohon yang memahami cinta buat Nabinya Muhammad SAW صلى الله عليه وسلم. Pohon yang diberkati.



Sehingga sekarang pokok ini masih hidup lagi di Jordan. Sebab itu ianya digelar "the only living sahabi" atau "sahabat Nabi yang masih hidup".




Sedikit sejarah mengenainya...




KISAH 1 

Sebelum Rasulullah diangkat menjadi Nabi dan Rasul, baginda sering mengikut bapa saudaranya, Abu Thalib pergi berdagang... Pada suatu hari Abu Thalib pergi ke Syam untuk berdagang, dan dibawanya sekali baginda yang masih  muda pada ketika itu, dan beberapa pemuka Quraisy yang lain....



Dalam perjalanan, mereka berhenti sebentar untuk berehat sambil berteduh dibawah sepohon Pokok...Tidak jauh dari tempat rehat mereka, ada sebuah biara yang didiami oleh Ahli-ahli kitab.. dari tingkap biara itu ada seorang Rahib (Ahli Kitab) yang sedang tekun memerhati rombongan Abu Thalib yang sedang berehat..



Rahib itu keluar dan menuju kearah pohon itu,... Rahib itu menemui ketua Rombongan (Abu Thalib) dan bertanya akan perkara berkaitan seorang budak yang turut serta dalam rombongan itu... dia meminta izin untuk bertemu dan memeriksa fizikal budak itu...



Diamati satu persatu lalu dia memegang tangan budak itu sambil berkata, .... “Aku bersumpah kepadamu, dan demi Tuhan yang esa, agar engkau menjawab pertanyaan-pertanyaan ku ini dengan jujur. ”

Rasulullah menjawab, “Aku selalu berkata jujur, dan aku tidak pernah berdusta ...Bertanyalah. ” 



Rahib itu melanjutkan pertanyaannya, “Apakah yang paling kau suka perhatikan ? ” 

Rasulullah menjawab, “Langit dan bintang-bintangnya.”

Rahib itu bertanya lagi, “Apakah kau juga bermimpi ?

Rasulullah menjawab, “Ya, dan apa saja yang aku lihat dalam mimpi, aku

lihat juga dalam keadaan berjaga.

Rahib itu bertanya, “Boleh aku melihat di antara kedua bahumu ?

Rasulullah menjawab, “Ya, silakan.” 

Rahib itu mendekati Rasulullah dan menyingkap jubah yang dipakai baginda, diantara kedua bahunya... Dia melihat  cop mohor kenabian (Khatamun Nubuwah) sebesar buah apel..... “Sama.” 



Abu Thalib bertanya, “Apa maksud mu..? Sama dengan apa ? ” 

Rahib itu menarik lengan Abu Thalib dan memimpinnya jauh dari rombongan yang sedang leka berteduh....  “Katakan kepadaku. Apa hubungan kamu dengan anak ini ?” 

Abu Thalib, yang sangat mencintai Rasulullah seperti anaknya sendiri, menjawab, “ Dia anak ku.” 

 Rahib itu menggeleng-gelengkan kepalanya “Tidak mungkin...!! dalam perkiraan ku Ayah anak ini telah meninggal dunia. ” 

Abu Thalib terkejut dengan kenyataan Rahib itu, lalu dia membenarkan..“ Benar.. Dia adalah anak saudaraku... Bapanya adalah adik ku,...meninggal dunia sebelum dia dilahirkan, dan aku sangat mencintainya seperti mana aku mencintai anak-anak ku sendiri..

Rahib itu berkata kepada Abu Thalib, “ Anak ini akan menjalani kehidupan yang gemilang dan luar biasa di kemudian hari.... Aku khuatir, Jika orang lain mengetahui apa yang telah aku lihat dan mereka mengenalinya, mereka akan membunuh anak ini..... Sembunyikan dan lindungi dia dari musuh-musuhnya ....Dia lah penghulu dan utusan Rabb alam semesta, dia diutus oleh Allah sebagai rahmat bagi alam semesta."



Terkejut dengan perkataan Rahib tadi, segera Abu Thalib bertanya, "Bagaimana kamu ketahui tentang hal ini ? "  

Sang Rahib menjawab, "Sesungguhnya ketika rombongan kamu muncul dan berhenti berteduh, aku melihat pohon bersujud kepadanya dan pohon ini tidak akan bersujud kecuali kepada seorang Nabi.... Dialah Nabi yang ditunggu-tunggu....Sesungguhnya aku dapat mengetahuinya melalui tanda-tanda yang dinyatakan dalam Kitab-kitab lama,.... tanda kenabian yang terletak pada bagian bawah tulang rawan diantara kedua bahunya yang mirip buah apel, menguatkan lagi kepercayaan aku tentang perkara ini"



Setelah itu, Rasulullah pun dipanggil untuk menemui si rahib, ketika Rasulullah berjalan, tiba-tiba saja awan menaungi beliau...., pohon yang sebelumnya menaungi orang Quraisy di tempat duduknya, tiba-tiba saja beralih menaungi Rasulullah....Semua rombongan termasuk Abu Thalib, takjub dengan apa yang terjadi....."Lihatlah, naungan pohon itu telah pindah kepadanya..."



Rahib didalam kisah ini adalah seorang pendita Nasrani yang bernama Bahira...







KISAH 2


Ketika Rasulullah صلى الله عليه وسلم keluar ke Syam bersama Maisarah -pekerja Sayyidatuna Khadijah ra- untuk berniaga, Baginda صلى الله عليه وسلم pernah berteduh di bawah pohon ini sebelum sampai ke sana.
Semasa Baginda صلى الله عليه وسلم berteduh di bawahnya, dahan dan ranting² pohon ini bergerak menaungi Baginda صلى الله عليه وسلم daripada cahaya matahari.

Seorang paderi yang melihat kejadian ini datang bertemu Maisarah & menunjukkan kepadanya pohon tempat teduhan Rasulullah صلى الله عليه وسلم itu dengan berkata: "Hanya seorang Nabi sahaja yang berteduh di bawah pohon ini."
Pohon ini terletak di tengah padang pasir bernama Buqa'awiyya di negara Jordan. Dari segi geografi, ia berdekatan dengan kota Bosra di Syria. Sebagaimana kita tahu, Rasulullah S.A.W 2 kali tiba di Bosra 1. Ketika bersama bapa saudaranya Abi Talib sewaktu berumur 12 tahun & bertemu dengan Rahib Buhaira dan terserlah tanda kerasulan baginda di belakang bahu sepertimana tercatat dalam kitab injil tentang tanda kerasulan nabi akhir zaman. 2. kali kedua rasulullah ke bosra membawa barang dagangan saidatina khadijah. apa yg menarik..selepas dari tanah Tabuk hingga ke Bosra sejauh lebih 500km..kita tidak akan berjumpa dengan pokok seumpama di atas.
Lihatlah sampai hari ini ia tetap subur walaupun berada di tengah² padang pasir yang kering kontang. Tiada tumbuhan hidup sepertinya. ALLAH menghidupkannya dengan kehendak-NYA jua, ALLAHU ALLAH. Pohon itu adalah satu-satunya sahabat Rasulullah yang masih hidup hingga ke hari ini.......
Dan di dalam foto ini juga, Habib Umar Benhafidz seorang daripada keturunan Rasulullah 
صلى الله عليه وسلم menziarahi pohon di mana Datuknya - Rasulullah صلى الله عليه وسلم- pernah berada di situ.

**article from : www.halimislam.com

Tuesday, December 25, 2012

Ada lagi satu perkara..

Lupa pulak, 27 hb ni kakak nak register tadika, 28 hb pulak besday adik yg kecik. Happy upcoming b'day my little baby.

Sekarang ni si kecik tu tengah galak nak belaja jalan. Berdiri belum betul lagi nak terus jalan memang la tumbang. Sebenarnya dia dah boleh jalan 6-7 langkah tapi Dik Dijah ni gelojoh sangat, excited sangat kot. Dia baru berdiri tak tegak betul lagi nak terus menapak.

Nak tidur pun tengah menyusu badan boleh dia nak berdiri nak jalan lagi. Kalau bukan nak belajar jalan pun memang si kecik ni tak reti menyusu diam2 mesti bontot gatal nak menonggeng2 tak pun berpusing dengan landing macam2 free style. Hmmm, macam2 perangai.

Kakak Yaya Nak Sekolah Dah..

Assalamualaikum...
Pagi ni baru teringat anak dara sulung tu nak resgister tadika besok. Entah macam mana la nanti agaknya dia yer. Kesian Kakak Yaya, kawan2 dia yang lain dah sekolah dari tahun lepas lagi tapi dia baru nak mula sekolah tahun depan.

Si kakak tu memang dari dulu exited nak sekolah, tapi tahun lepas tak dapat sebab kuota dah penuh. Ha tahun ni takut kuota penuh punya pasal bulan Jun lagi ibu dia naik lif gi pejabat Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional nak register tadika untuk tahun depan. Sib baik la pejabat Jabatan Perpaduan tu berdepan je blok opis ibu Yaya ni. Kuar opis ibu seberang jalan jap dah masuk opis JPNIN.

Tapi satu benda yang ibu takut ni, takut Yaya tak boleh catch up kat kelas pasal dia dah tertinggal setahun dari kengkawan dia. Banyak tu kalau nak ikutkan. Tapi mujur jugak sikit2 ibu dia dah bekalkan basic untuk sekolah. Alhamdulillah takat ABC, 123 dia dah boleh lepas, cuma nak kena ajar dia ikut arahan. Kadang2 bila ibu main2 ngan dia ala2 cikgu dengan murid dahjadi macam Yaya pulak cikgunya, dia pulak yang nak ngajar kita. Silap haribulan nanti cikgu dia yang pengsan tak larat nak ngadap dia sorang.

Satu lagi perkara Kakak Yaya ni banyak sangat tanya. Sumer bende dia nak tanya. Kalau kita jawab dia nak ikut skema jawapan dia je pulak tu, selagi jawapan kita lain dari yang dia nak selagi tu la dia akan bertanya, sampai dia puas hati. Tapi lumrah la kan, budak2 memang suka banyak tanya. Masalahnya pertanyaan dia kadang2 di luar jangkaan kita. Macam hari tu ibu citer kat Yaya dengan Adam kisah2 nabi. Dia boleh tanya kenapa tak de nabi perempuan? ha, kalau korang ape korang nak jawab. Sebab tak nak hampakan dia ibu jawab la jugak dengan jawapan yang di dalam level penerimaan dia, sebab girl tak kuat macam boy, boleh angkat meja angkat kayu angkat macam2, sambil refer pada abah dia. Kalau tak kuat macam mana nak tolong orang, nabi kena rajin tolong orang, sebabtu tak de nabi perempuan. OK, kakak jawab, sib baik dia puas hati dengan jawapan tu.

Hmm, macam mana la pulak kat tadika nanti gak nyer ek???

Thursday, December 20, 2012

Hilang....

Tak de ape yg hilang pun. Saje tak tau nak bagi tajuk pe. Dah lama tak update blog ni, bukan lupa nak update, tapi memang lupa aku ada blog. Har har har.... apa punya manusia daaa... Tu lah dia, melayu mudah lupa. Sungguh, ni pun tangah cek emel gmail pas tu terus selongkar blog orang, baru perasan rupa2 nya aku ada blog sendiri. Ala, sebelum2 ni pun memang aku jarang pun jenguk2 sini. Sibuk laa..

Macam2 hal jadi dalam 7 bulan ni. Yg best, yag tak best, suka duka sumer ada la. Nak citer sume tapi otak cam tak bleh refresh lak sekarang ni.

Yang terbaru, aku gi kursus jauuuuhhhhh kat seberang. Jangan jeles kiter gi Sabah free wak.. Jabatan tanggung la tiket pergi balik tapi yg tak beh nye tido kat asrama la. Hmmm, ada kawan halimunan lak tu. Tu pun nasib baik tau masa dah sampai airport KK nak balik KL. Yang lagi sedihnye aku gi Pasar Philippine tak sopping2 pong.. Tak do duit la yang, beli ala kadar utk family dan opis mate terdekat je, untuk diri sendiri pun tak beli pape tau. Cian kiter kann...

Hmmm... Hal2 lain nanti aku citer len kali la, kalo tak bizi la. Almaklum la, aku ni kan dalam golongan kaum2 ibu yang bekerja, pagi sebok ngan keje, balik bizi ngan anak2 lak. Pas tu hujung2 minggu gi kelas lak (walaupun kelas cuma 2-3 minggu sekali tapi hujung ngan malam pas anak2 tido + my mr. mama gi keje je la aku ada masa nak wat assignment tu).

Wokeh, sambung balik keje. Jangan curi tulang, tak berkat rejeki ok..

Friday, May 4, 2012

YEZZ!!!

Haha! lagi beberapa saat nak pukul 5 tapi nak tulis gak. Nak bitau korang jer rumah aku dah ada Unify. Jangan jeles! Hahaa.. Err, tapi yg tadi aku nak tulis tu aku x ingat lagi la. Nanti aku tulis lagi. Bai, loceng dah bunyik nak balik..

Tetiba Rasa Macam Nak Menulis Sesuatu

Sebeno nyer aku maleh nak menulih. Tapi dah ada belog kan kena la jugak tulih sket2. Alah, bukan aku ader pengikut pon, saje je suke2. Tu la, dolu tgk org lain ada belog aku pun sebok nak membelog jugak. Biar la. Ske ati tangan aku la gatal2 nak buat belog, kan?

Dah ada belog ni x de masa lak nak bukak. Singgah belog orang ada lak masa. Hampeh betul aku ni. Facebook aku jarang teramat aku ngadap. Kalo tetiba nampak rajin lak Ummi Aulia' ni masuk tu maknanya Incik  Hubby yang masuk, k. Jangan terpedaya.

Alamak, dok membebel ni dah lupa pulak aku nak tulis pe. Nanti2 la aku x bizi aku tulis balik. Lagi 2 minit nak pukul 5 ni pun. Nak balik dah. Bai..

Wednesday, November 16, 2011

Terlaksanakah tugas kita sebagai Umat Islam?

 Kisah di bawah adalah diambil dari forum kementerian kesihatan....


Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak bernama Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah. Selepas SPM, aku masuk ke Tingkatan 6 manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat.

Kenangan sewaktu kanak-kanak hing...ga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama.
Setiap kali hari raya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumahku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya. kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali untuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim.

Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku. Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami. 20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya.
Hubungan aku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya.

"He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago... Subhanallah!

Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan...

Assalamu'alaikum... Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang.

Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku. Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan ? betul tak?

Memanglah... Kenapa kau tanya macam tu?

Kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham... diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house.
Tapi, mengapakah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni?

Dan mengapa aku di Islamkan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata. Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain. Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu. Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah.

Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tidak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah? Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal... sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah.

Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar.

Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telah dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu. Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru.
Aku ingin berdakwah!

Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih dari 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?
Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

SOLAT SELEPAS HAID - MAKLUMAN PENTING UTK KAUM WANITA

Assalamualikum lagi skali.

Ni aku nak share pulak lagi satu bab, hal2 orang pompuan. Penting ni utk pengetahuan kita, orang lelaki pun kena jugak ambik tau. Jangan nak kata tak payah blaja ye sebab awak tu nanti nak kawin ada bini kena jaga, anak anak pompuan nak kena didik. Kalo korang biarkan diorg dengan pemahaman singkat pasal 'bab2 orang pompuan' ni korang yang kena tanggung azab kat neraka nanti tau.

So, sama2 kita lepak kat sini ye, atau boleh gi santai2 kat szlihin.blogspot.com

Selamat menimba ilmu. Tataa..

***Sampaikanlah ilmu walau satu ayat....

YouTube Punye Hal..

Assalamualikum..
Agak dah lama jugak aku tak masuk blog aku ni, asyik masuk blog orang je. Bukan pe, kalo masuk blog sendiri kena wat posting baru, dah ganggu masa aku nak wat keje. Kalo masuk blog orang sambil2 nunggu sistem aku loading bley gak aku jenguk2 jap posting diorang. Hehee..

Aku paling suka blog mamat ni, solihinzubir.com ngan blog kedua dia ni, szlihin.blogspot.com. Best aa citer2 die, banyak aku nak share ngan korang tapi aku nak share yg pasal topik ni dulu, YouTube Yg Misteri... Hehee. ni aku tukar tajuk je, jgn marah ek brader Solihin. Yg lain2 aku tak kesah sangat, yg ptg aku nk try tang download tu. Heheee...


***Saje aku tak tulih detail biar korang tengok sendiri kat link aku bagi tu. Credit utk brader Solihin Zubir.

Tuesday, November 1, 2011

AL-KISAH YAYA : BUNYI GONG GONG...

Hmmm... Lamanyer teman x mengupdate belog ni yer.. Macam2 bende teman nak share tapi x de masa nak nulih2 ni. Asyik lalu-lalang belog org jer.. sambil2 buat keje. Hari tu sebok ngan keje+kelas+exam. Skang exam dah abih tinggal keje je yg berlonggok2. Adat la, selagi hidup selagi tu la ade je keje. Berdebar2 lak tunggu result 4 hb ni.

Ni nak citer pasal anak dara teman. Baru masuk 4 tahun tapi cakapnyer kadang2 dah macam org besau. Orang besau pun kengkadang terkedu dengar dia cakap.

Hari tu anak dara teman ni, Aulia' a.k.a Kakak Yaya (ni dia yg suruh panggil kakak) borak2 ngan adik ipar teman laki bini. Pak Uda ngan Mak Uda pun rajin melayan. Macam2 la dorang borak malam tu. Citer punye citer Pak Uda dia tanya la pulak dia, saja nak ngetest la tu.

Pak Uda tanya kenapa bunyi anjing "gong gong gong..." Dengan muka serius tanpa ada tanpa ragu2 Yaya jawab, "Yelah, dia bukan kambing kan..." Ok, Pak Uda dah terkedu. Haaaa, ambik la Pak Uda.

+++Hari ni Pak Uda dapat baby, 1st baby dorang. Welcome to the very happening club. Tahniah dari Mak Lang, Pak Lang, Kakak Yaya & Adik Adam. Adam pun dah x layak panggil adik dah, kena blajo panggil abang.. Hehehe..

Sunday, April 10, 2011

BUKTI NABI MUSA MELALUI LAUT YG TERBELAH DUA

 Menarik... aku dapat ni dari 1 blog, aku tepekkan kat sini utk korg baca. Fakta, bukan auta..



LAKARAN artis menunjukkan angin kuat dari timur telah menyebabkan air lagun (kiri) dan sungai (kanan) ‘berpusing’ dan membentuk dinding air dekat Laut Merah.
 
BOULDER, Amerika Syarikat (AS) – Saintis-saintis di AS membuktikan kebenaran kisah Nabi Musa membelah laut seperti yang diceritakan dalam kitab suci al-Quran dan Injil, lapor sebuah akhbar semalam.
Satu kajian oleh sepasukan penyelidik yang diketuai saintis Carl Drews dari Pusat Penyelidikan Atmosfera Nasional di sini, mendapati fenomena itu tidak bercanggah dengan hukum fizik.
Kitab al-Quran menceritakan bahawa Nabi Musa membelah laut dengan menghentakkan tongkatnya ke tanah semasa baginda dan kaum Bani Israel terperangkap di antara pasukan tentera Firaun yang sedang mara dan laut di hadapan mereka.
Kumpulan saintis itu yang mengkaji beberapa peta kuno Delta Sungai Nil mendapati laut terbelah itu merujuk kepada sebuah lagun yang kini dikenali sebagai Tasik Tanis di selatan Laut Mediterranean dekat Laut Merah dan satu cawangan Sungai Nil.
Kini, dengan menggunakan simulasi komputer, saintis-saintis itu menunjukkan bahawa laut berkenaan terbelah dua melalui proses tiupan angin kencang yang dikenali sebagai angin timur bertiup selaju 100.8 kilometer sejam (km/j) selama 12 jam menyebabkan aliran air sungai dan lagun itu berpusing balik lalu membentuk seperti dinding air.
Satu model lautan komputer kemudian digunakan sebagai simulasi bagi melihat kesan angin yang bertiup semalamam ke atas air sedalam beberapa meter itu.
Selama empat jam, tiupan angin tersebut menghasilkan jambatan darat sepanjang 3.2 kilometer (km) dan selebar 4.8km.
Sejurus selepas angin timur reda, air lagun dan sungai itu kembali mengalir ke tempat asal seperti ombak tsunami.
Hasil kajian saintis berkenaan disiarkan di Internet oleh Jurnal Public Library of Science ONE. – Agensi

*************************************************************************************************************
Aku tepek jugak info dari Jurnal Public Library of Science ONE (klik sini kalo korang nak baca lebih lanjut report pasal kajian nih)

Background

Wind setdown is the drop in water level caused by wind stress acting on the surface of a body of water for an extended period of time. As the wind blows, water recedes from the upwind shore and exposes terrain that was formerly underwater. Previous researchers have suggested wind setdown as a possible hydrodynamic explanation for Moses crossing the Red Sea, as described in Exodus 14.

Methodology/Principal Findings

This study analyzes the hydrodynamic mechanism proposed by earlier studies, focusing on the time needed to reach a steady-state solution. In addition, the authors investigate a site in the eastern Nile delta, where the ancient Pelusiac branch of the Nile once flowed into a coastal lagoon then known as the Lake of Tanis. We conduct a satellite and modeling survey to analyze this location, using geological evidence of the ancient bathymetry and a historical description of a strong wind event in 1882. A suite of model experiments are performed to demonstrate a new hydrodynamic mechanism that can cause an angular body of water to divide under wind stress, and to test the behavior of our study location and reconstructed topography.

Conclusions/Significance

Under a uniform 28 m/s easterly wind forcing in the reconstructed model basin, the ocean model produces an area of exposed mud flats where the river mouth opens into the lake. This land bridge is 3–4 km long and 5 km wide, and it remains open for 4 hours. Model results indicate that navigation in shallow-water harbors can be significantly curtailed by wind setdown when strong winds blow offshore.

Thursday, April 7, 2011

Mari kita fikirkan.

Dah lama tak update blog ni. Bz maa.. Hari ini kita review satu artikel dari akhbar berbahasa cina. Menarik gak artikel ni, fakta yg memang tak boleh dipertikai lagi..

DASAR KERAJAAN PERLU BERKESAN
Akhbar Sin Chew Daily terbitan 14 Mac 2011 menerusi tulisan Timbalan Editornya, Tay Ting Hien memaparkan artikel mengenai pelbagai program yang dilancar kerajaan bagi membantu golongan berpendapatan rendah.
Berikut adalah artikel yang ditulis beliau bertajuk ‘Lebih baik dipraktikkan daripada hanya berniat baik’ yang disiarkan dalam ruangan Sudut Pendapat di halaman 28.
Skim Rumah Pertamaku telah dilancarkan baru-baru ini. Menerusi program itu, warganegara berumur 35 tahun ke bawah yang berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan, boleh membuat pinjaman 100 peratus bagi membeli rumah tidak melebihi RM220,000.
Seterusnya, Presiden MIC, Datuk G. Palanivel turut mengumumkan bahawa Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sedang bekerjasama dengan parti itu untuk menggalakkan kaum India berpendapatan rendah di bandar kembali ke ladang-ladang.
Langkah itu, adalah supaya kaum India dapat keluar dari kawasan rumah setinggan yang sesak dan kotor serta menghindari mereka daripada terlibat dengan kegiatan jenayah.
Memang benar dasar kerajaan itu berniat baik dan ia membuktikan bahawa golongan berpendapatan rendah tidak dilupakan. Tetapi dasar yang berniat baik itu, tidak semestinya berkesan untuk menangani segala permasalahan yang dialami kerana penggubal polisi berkenaan tidak memahami masalah yang dihadapi golongan itu.
Cuba kita gunakan kaedah matematik yang termudah sekali. Seorang pemuda bernama Khadafi berusia 30 tahun dengan pendapatan bulanan sebanyak RM3,000. Jika membeli rumah berharga RM200,000 di bawah Skim Rumah Pertamaku, dia perlu membayar ansuran bulanan RM1,200 sepanjang 25 tahun (sehingga usia pencen).
Selepas bayar rumah, baki duit Khadafi sebanyak RM1,800. Bayar pinjaman kenderaan RM800 sebulan, tinggal baki RM1,000 lagi. Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sebanyak RM330, baki wang beliau kini adalah sebanyak RM670.
Jika duit petrol kenderaan RM300 sebulan, bil api dan air, telefon dan pelbagai sebanyak RM300, maka baki akhir yang beliau peroleh adalah RM70 sebulan. Ini adalah untuk duit makan dan minum.
Angka itu hanya cukup untuk makan dan minum dalam masa dua hingga tiga hari sahaja. Jika Khadafi mahu menyara isteri dan ibu bapa beliau, mereka sekeluarga boleh telan angin dan minum air hujan untuk isi perut.
Dalam pada itu, Khadafi menghadapi masalah lebih serius jika dia tinggal di Lembah Klang, kerana rumah dengan keluasan 400 meter persegi telah menjangkau RM230,000 sebuah. Rumah yang lebih selesa turut meningkat kepada antara RM400,000 hingga RM500,000 sebuah.
Oleh itu, kenapa tidak dibina lebih banyak rumah kos sederhana yang berpatutan bagi membolehkan golongan berpendapatan rendah memiliki rumah.
Sementara itu, langkah menggalakkan kaum India di bandar kembali ke ladang-ladang adalah tidak sesuai kerana mereka dijangka hanya akan mendapat pendapatan antara RM400 hingga RM500 sebulan. Kemudahan pendidikan di kawasan ladang juga serba kekurangan.
Sehubungan itu, kerajaan sepatutnya meningkatkan kemudahan asas di ladang-ladang dan memastikan pendapatan ditingkatkan kepada RM800 sebulan.
Dasar-dasar kerajaan yang berniat baik perlu memberi kesan yang praktikal, barulah ia dapat memberi manfaat kepada rakyat.